Petikan Minda...

31 Oktober 2009
pada hari ini ada sedikit sebanyak yang ingin aku kongsikan...perkara2 yang berlaku dalam masa seminggu ini dan yang bakal berlaku dalam seminggu akan datang...perkara2 yang akan dilistkan nanti ini adakah ia satu titik permulaan atau hitam dalam hidup..perkra2 tersebut adalah :

1.BOSAN
- dalam masa seminggu selepas uitm kedah telah menghabiskan sesi pembelajaran secara rasmi sebelum memasuki sesi final exam plak..aku telah mengalami satu kebosanan yang nyata kerana time ni aku merasakan tidak ada apa2 yang boleh aku buat dalam masa seminggu ini walaupun terdapat berjuta kerja dan masalah yang perlu diselesaikan untuk melengkapkan semester ini.kebosanan yang terjadi pada aku ini adalah kerana hanya duduk di rumah dan makan,n jika ada budak2 rumah ajak keluar..aku pun follow..selepas dri itu kembali ke rumah untuk tido..kenapa ini terjadi???ini kerana perkataan M or L bermain2 dalam kepala..M untuk malas n L untuk lazy...frasa ni jika berada dalam kepala..mmg tak jadi apa..krja tak jalan..sgala macm pun tk jalan..

2.KERJA

- kerja yang ada pada aku skrg ni sudah terlalu banyak..salah siapa?..salah aku juga..terlalu malas untuk melihat dan menyentuh kerja2 tersebut..entah kenapa aku semakin malas untuk membuat kerja..adakah aku merasa aku sudah ingin menghabiskan pengajian aku di uitm kedah ini dan seterusnya ingin berkerja untuk membantu family plak...tp jika pikirkan pengajian aku..aku menjadi malas dan seperti tiada semangat untuk memnyentuh kerja yang ada..ditambah ada beberapa masalah untuk diselesaikan dalam satu msa membuatkan aku terus menerus merasa malas untuk membuat kerja..

3.MASA
- perkara yang dianggap penting juga dalam hidup..masa adalah satu elemen pelengkap dalam hidup ini..tanpa ada masa ni..hidup menjadi kucar kacir..tidak ada sebarang perancangan jika tiada masa dalam kehidupan..bagi aku masa adalah penting di dalam hidup aku..tetapi kesilapan dalam pengurusan masa menyebabkan aku telah terpelanting jauh dalam hidup ini..pengurusan masa yang teruk juga menyebabkan hidup aku kini dalam keadaan serba tidak sempurna..sejak kecil lagi aku telah diajar untuk menguruskan masa dengan baik..tapi aku tidak mempraktikkan benda itu dalam kehidupan aku..dan kini aku merasa sangat ketinggalan dalam hidup ini..untuk mengejarnya balik akan memakan masa yang sangat panjang untuk kembali ke jalan yang sebetulnya..dengan urusan masa yang baik akan membuatkan aku lebih baik dan aku kini cuba untuk cuba uruskannya dengan baik..

4.DUIT

- satu benda yang juga penting dalam kehidupan masa kini..tanpa adanya benda ni..hidup mcm kurang sesuatu..kerana dengan ada benda ini..semua yang ada didepan dapat diselesaikan dengan baik..perkara baik atau jahat..tak perlulah untuk menceritakan perkara jahat tu sbb tidak elok untuk kita menceritakan keburukan kita kepada orang..biar kita sahaja yang menyimpannya..duit ni sering menjadi masalah kepada aku untuk semester ini..kerana semester ini aku telah cuba belajar untuk berdikari iaitu menyewa di luar kampus..dan percubaan pertama ni menemui kegagalan kerana kos hidup untuk berdikari tmbahan pula aku ni still belajar menyebabkan aku merasa sangat tertekan...dengan seorang lagi adik aku telah memasuki universiti..membuatkan aku berfikir banyak kali untuk menelefon kluarga untuk meminta duit..tapi untuk meminjam kepada rakan2 aku tidak merasa untuk berbuat demikian kerana aku tahu mereka juga sama seperti aku..mulai sem depan akan aku cuba fikir kembali masalah ini..yang berkemungkinan aku akan kembali menetap di kolej..mungkin kurang sikit masalah yang akan dihadapi..ditambah plak sem depan adalah sem last untuk menghabiskan diploma ini..jadi lebih baik masalah ini difikirkan balik..

5.KEWAJIPAN
- perkataan yang sering terngiang2 dalam kepala otak aku ni....apakah kewajipan aku sebagai pelajar,anak,kawan dan islam..sebagai pelajar semua tahu yang kita harus belajar untuk memenuhkan ilmu didada ini kerana zaman skrg ilmu lebih dititik beratkan kerana tanpa ilmu kita akan mudah ditipu dan merana..tnpa ilmu ini juga kita tidak akan dapat mencari sesuap nasi..pada aku ilmu yang pada aku skrg masih tidak lagi mencukupi walaupun telah belajar hampir 5 tahun selepas SPM..masih terlalu banyak untuk aku cari..

sebagai anak pula...aku masih tidak tahu apakah kewajipan sebenar aku ketika ini..walaupun family aku selalu support aku tapi aku masih lagi mcm org bodoh yang tidak tahu apa...yg aku hanya duit..duit..dan duit..apakah yang sebenarnya harus aku lakukan sebagai anak..dengan aku selalu membawa masalah kepada keluarga aku telah membuatkan mereka pening memikirkan masalah aku ini..aku masih cuba untuk memperbaiki hidup aku ini..terlalu jauh aku terpesong....masih lagi aku fikir mcm mana untuk kmbali kepada hidup yang sebenar...

as a friend..aku telah cuba untuk membahagiakan kawan2 aku..walaupun kadangkala aku membuat kesilapan dalam komunikasi..sedikit sebanyak telah melukakan hati sesetengah kawan...aku tlah cuba untuk menjdi seorang rakan,kawan,sahabat yang baik...tpi kadangkala aku sendiri telah menghampakan mereka dengan sikap aku ini..aku bukan manusia yang perfect yang ada ketika aku akan berlaku kasar walaupun ia bukan sifat aku..ak seorang yang cukup menghormati orang..aku juga boleh mendengar masalah kawan2..tpi ada ketika masalah yang ingin aku cuba selesaikan menghadapi sedikit masalah..aku telah cuba untuk menyatukan kawan2 yang semakin renggang tapi ada sesetengah kawan2 yang cukup sukar untuk berbuat demikian..nasihat aku cuba menjadi pemaaf dan maaf yang kita lafazkan cukup besar pahala yang kita akan dapat walaupun rakan kita itu telah menikam belakang kita...harus diingat,jika kita tidak bertegur sapa selama 3 hri berturut akan mendapat dosa..jadi cuba2 la berbaik..

dalam hdup kita ini ada agama...banyak agama yang dianuti di dunia ini..dan aku sebagai seorang yang beragama islam juga ada kewajipan dan tanggungjawabnya yang tersendiri..sebagai seorang islam yang baik..kita harus membuat segala yang dsuruhNya..jgn kita tinggalkan kerana dosa sentiasa mengekori kita setiap hari..terlalu banyak tanggungjawab kita sbagai islam yang blh kita lkukan seperti menuntut ilmu,hormat keluarga,menyatukan hubungan yang terputus,berkawan,bersolat,dan banyak lagi yg dapat kita lakukan..apa yang dapat aku lihat sepanjang aku belajar hampr 5 tahun ni..masalah yang sering aku lihat adalah salah faham antara kawan2..masalah ni masih lagi berlanjutan sehingga kni..aku sudah bosan melihat benda2 ini..dan satu lagi masalah aku lihat adalah,ini untuk kaum hawa..maaf jika perkara ini mengguris hati...apa yg aku lihat semakin ramai wanita yang berpakaian ketat,terlalu ramai..dalam islam ,wanita yang berpakaian ketat ni akan menjadi bahan bakaran api neraka kerana menunjukkan bentuk badan..harus diingat benda2 ini akan memberikan keseronokan kepada lelaki..jadi cuba2 la utnk berubah kepada yang lebih baik..skali lagi aku minta maaf jika pandangan aku ini kasar....skdr untuk merubah diri aku dan dalam masa yg sama cuba untuk mengubah diri org lain..

6.PERASAAN
- terus terang aku cakap benda ini menjadi bahan utama dalam kepada otak aku untuk semester ini..aku tidak mengetahui kenapa benda ini terdapat dalam minda aku..aku tahu mmg benda ini ada dalam diri setiap manusia..tp seringkali bila ia menjelma membuatkan aku sangat sakit untuk aku cuba menelan segala yang terpendam..terlalu banyak mainan perasaan yang bermain di fikiran ku..marah,rindu,cinta,sakit hati adalah peneman dalam hidup aku semester ini..perasaan marah dan sakit hati ini adalah perkara biasa bagi aku kerana akan ada sesetengah perkara yang akan membuatkan aku merasa sedemikian..marah dan sakit hati ini telah menjadi mcm darah daging aku sendiri..aku telah cuba untuk mengurangkan sedikit perasaan sedemikian...tp masih gagal..satu lagi perasaan yang bermain2 di minda adalah rindu dan cinta..ia menjadi bahan atau rencah utama dalam minda semester ini..ia beraksi dengan riang dan kadangkalanya sugul..masalah ini terjadi kerana terdapat sesetengah wanita yang telah menarik perhatian aku..terus terang aku ckp yang pada umur aku yg skrg ni baru benda ni masuk ke kepala otak aku..baru ku tahu bagaimana rasa dan erti rindu yg sebenar dan juga perasaan cinta yang sebenar..kedua2 benda ini telah aku buang jauh2 kerana ia sangat menggangu konsentrasi hidup aku..dan aku minta maaf kepada individu yang telah aku cuba untuk mengambil dia kerana telah menggangu kehidupan dia..aku tahu yang aku bukan seorang yang baik..dan bukan juga seorang yang jahat..aku berharap dia dapat meneruskan kehidupan dia dengan baik dan skali lagi minta maaf jika selepas ni ak akan bersikap dingin atau kasar dengan dia..selepas ini ak tidak akan menggangu lagi hidup dia..akan aku meneruskan hidup aku dan akan kembali kepada misi aku dalam hidup ini...

demikian sedikit sbnyak coretan yang cukup panjang lebar yang terbit dri hati dan diri yang hina ini...jika terdapat perkara yang menguris hati..aku minta maaf..hanya untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada diri aku dan juga orang lain..

lain hari pula akan aku kupas hidup aku ini..disamping dengan modul baru dalam blog ini iaitu kupasan tentang isu2 masa kini..dan juga pengekalan posting2 yang berunsurkan dakwah..hanya untuk menjadikan blog ini lebih baik...salam

0 comments:

Catat Ulasan