Keberkatan Bulan Muharam

23 Disember 2009
Berikutan kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia turut dikenali sebagai Awal Muharam, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."

Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan itu.

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam.

Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim daripada api Namrud dan Nabi Musa daripada Firaun dengan hari kiamat

PADA zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim rnencuri juga akan berlaku pada hari Asyura.
Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Firaun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.


"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud)


Ganjaran pahala
Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannyapada hari penuh berkat itu.

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

1. Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.

2. Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam berbuka puasa.

3. Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.

4. Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.

5. Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.

6. Memakai celak. Allah menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.

7. Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Bersedekah. Allah menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.

9. Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.

10. Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.

11. Menahan marah. Allah memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.

12. Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakan-nya dalam kubur.

13. Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.

14. Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.

new entry...

tinggal lagi sminggu lebih...
untuk kembali menempuh cabaran hidup..
cabaran yang mematangkan fikiran...
kehidupan seorang pelajar yang penuh liku dan dugaan..
sekembalinya ke universiti nanti..
aku ingin membuat satu perubahan..
yang mana ia kene dengan bulan ini..
iaitu maal hijrah..
bulan pertama dalam kalendar hijriah..

penghijrahan pertama yg aku ingin buat adalah..
berpindah ke kelas baru..
sudah hmpr 2 tahun aku berada di kelas sama..
jadi aku ingin merasai suasana di kelas baru pula..
tidak ada agenda apa2 yang tersembunyi..
cuma inginkan cabaran serta suasana yang baru..

tinggal lagi 1 sem aku di kedah..
terlalu banyak dugaan yg aku tempuhi..
cukup sukar bagiku untuk mengingagti kembali apa yang berlaku..
dengan kemalasan melampau yg sering melanda diri..
serta kegusaran dan kelemahan diri menguasai diri ini..
tetapi aku kuatkan juga diri ini untuk belajar..
ikut hati da lama aku ingin berenti belajar..
tp fikirkan masa depan aku..
aku gagahi jua diri ini untuk belajar...

malas sbnrnya nk tulis panjang2..
takda apa2 pun kalo tulis pnjang2 ni..
stkat ni saje untuk hari ini..
esok2 berjumpa lagi..
salam...

Kisah Hijrah...

21 Disember 2009
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

salam maal hijrah...

20 Disember 2009
bertemu lagi..
salam maal hijrah diucapkan..
semoga dengan kehadiran tahun baru ni...
akan memberikan satu azam baru..
disamping dengan perhijrahan ke arah yang lebih baik..
penghijrahan yang akan memberikan kita suatu kegembiraan..
dan juga keamanan hidup di dunia ini..

dengan ketibaan tahun baru islam ini..
diharapkan kita akan lebih untuk membuat amal..
setelah ditahun yang sebelumnya..
mungkin kita membuat hanya sedikit amal..
masa ni la kita hendak membuat pelbagai amal..
setelah banyak kali kita tangguhkan...

berbalik kepada awal muharam ini.
mari kita singkap kembali sejarah bulan permulaan islam ini..
disini aku letakkan sedikit info berkenaan awal muharam ini..


Peristiwa Penting Awal Muharam

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

jadi marilah kita bersama meraikan bulan yang mulia ini..
jangan kita lebih mengagungkan bulan2 yang yahudi cipta..
seperti valentine day..krismas..untuk apa kita meraikannya...
takde apa2 faedah yang kita dapat jika kita meraikannya..
buatlah yang terbaik untuk kita..
semoga maal hijrah ini akan mendatangkan pelbagai kelebihan kepada kita..
salam maal hijrah...

Kau Dan Aku Berbeza / Istimewa

13 Disember 2009
SUBHANALLAH.. tengoklah faedah-faedah yang kita dapat jika kita buat ape yang di suruhNYA

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

songsang n hukum Tuhan...

12 Disember 2009
salam n bertemu kembali..
kali ini aku ingin berbicara berkenaan dengan satu perkara atau peristiwa yang menggemparkan malaysia dan dunia ketika ini..
peristiwa yang cukup mengejutkan khsusnya umat islam...
ak sendiri pun rasa mcm nk hentam je bla dngar berita tersebut...

berita tersbut adalah tentang seorang rakyat malaysia..
yang beragama islam dan dilahirkan sebagai lelaki..
telah membuat satu kesalahan besar dalam hidupnya...
kesalahan yang akan memberikan kesusahan kepada dirinya..
aku sendiri pun merasa geram dengan dia ni..
dah la sama jenis ngan aku..
pastu buat plak kerja yang sangat bodoh bagi aku..
terlalu bodoh bagi orang sepertinya...

mungkin dalam masa seminggu ini...
anda dapat mendengar dan melihat siapaka gerangannya...
setiap hari mukanya kuar di paper..
kesnya sangat besar..dan telah melanggari hukum Tuhan..
sangat2 besar sehinggakan telah melakukan satu kesalahan yang berat..
mungkin anda pernah dengar nama Fatin...
atau nama lakinya mohammad fadzil min bahari..

dia telah membuat satu kejutan besar kepada dunia khususnya agama islam...
dia ni telah bertindak di luar batasan agama...
fatin@fadzil min ni telah berkahwin dengan seorang lelaki england..
yang mana lelaki itu sama spesis dengannya..
dia ni telah mengaku bahawa dia telah berkahwin dan menjadi "ISTERI" kepada Ian Young
apabila ini berlaku...sahlah bhawa pernikahan ini atas nama songsang..
kerana lelaki n lelaki tidak boleh berkahwin..
senang citer tidak boleh berkahwin sesama jenis...
tetapi dia telah bertindak sedemikian..
yang mana dia sebenarnya telah mencabar agama islam..
dan dia boleh dihukum..

disini aku ingin membincangkan sedikit sebanyak berkenaan kes ini..yang mana..

1.adakah dia ni masih seorang islam..
2.adakah dia ni seroang lelaki,pondan or khunsa...
3.apakah hukum bagi kes sebgini..??
4.apakah fungsi keluarga dia dalam hal sebegini...


1.Adakah dia masih seorang islam...

hal ini telah dinyatakan didalam media yang bahawa dia ni masih lagi mengaku sebagai seorang islam..tetapi dia telah melakukan satu perkara yang mengaibkan agama islam..selagi mana dia mengaku sebagai islam dan masih lagi mengamalkan ajaran islam itu tidak apa..tetapi kerana telah melanggari hukum Tuhan itu aku tidak dapat diterima..aku tahu yang bahawa manusia akan melakukan kesilapan..tetapi yang ini agak berat sedikit..kerana pertama kali aku dengar yang seorang islam n seorang lelaki berkahwin dengan lelaki lain yang mana dinegara2 eropah membenarkan perkahwinan sebegini...itu negara eropah..tpi ini agama islam melarang umatnya untk melakukan perkara sebgini...jadi cuba2 fikir balik apa yg telah dilakukan...


2.Apakah dia ni lelaki,pondan atau khunsa??

Fadzil ini sebenarnya dalam kategori mana? Jika maknyah, muka dan lagak seperti perempuan, sedangkan alat kelamin lelaki, maka jelas hukumnya haram berkahwin dengan lelaki. Tak kira samada sivil atau syarak. Undang-undang dunia terutama di Barat mungkin boleh mengiktiraf kahwin sejenis, tetapi ia sebenarnya tetap songsang. Jika khunsa, maka alat kelaminnya perlu diperiksa untuk penentuan. Jika benar alat kelaminnya lebih cenderung kepada wanita, maka wajar ia ‘bernama Fatine’. Tetapi bagaimana dengan perkahwinan sivilnya? Siapa wali, saksi, cara beraqad? Rukun dan syarat nikah menurut Islam dipenuhi? Kalau benar beliau Islam, sepatutnya beliau berkahwin secara Islam. Ian Young boleh sahaja masuk Islam dan berkahwin dengan ‘Fatine’ dengan menurut rukun dan syarat perkahwinan dalam Islam


3.apakah hukum bagi kes sebgini???

ALLAH SWT menjadikan manusia berlainan jantina dan berpasang-pasangan dengan tujuan dan maksud tersendiri, iaitu untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Ia dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah al-Hujurat,ayat 13).

ayat diatas telah menjelaskan bahawa Allah S.W.T telah menjadikan manusia itu secara baik..lelaki dan perempuan..sudah elok ciptaan Allah terhadap kita..kenapa ada segelintir manusia yang ingin mengubah diri mereka menjadi suatu yang lain..dalm kes fadzil @ fatin ini..dia telah melakukan satu dosa besar dan haruslah kembali ke pangkal jalan..


4.apakah peranan keluarganya..???

selama dia ni dilahirkan ke dunia..adakah keluarganya telah memberikan satu pendidikan agama yangs secukupnya...aku mengambil ia secara positif..keluarganya telah meberikan pendidikan agama dengan baik cuma dia ni tidak dapat untuk melaksanakan apa yang telah dipelajari..syaitan yang telah mengikuti dan menghasut dia untuk berubah sedemikian rupa..apakah fatin @ fadzil ini telah buta hatinya dan telah membuat keputusan untuk berbuat demikian...


sekarang ni dia telah tersepit dalam masalah yang dia cari sendiri..untuk pulang ke malaysia sudah menjadi serba salah kerana jika dia pulang ke malaysia pihak imigresen dan jabatan agama islam telah menunggu dia..untuk mencari kepastian dan kebenaran kenapa dia melakukan perkara sedemikian..aku harap dia ni dapat kembali ke pangkal jalan kerana masih terbuka ruang unutkknya bertaubat kerana kemaafan Allah itu besar..dan baik dia balik ke malaysia dan meminta maaf kepada keluarganya..dan memulakan hidup baru sebagai lelaki yang sebenar..

sekian..

Cara Tingkatkan Daya Ingatan

07 Disember 2009
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:


Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.


Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.


Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.


Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.


Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.


Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.


Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Bila kita ditimpa musibah...

Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita. Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.


Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.


Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".


Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.


Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.


Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.


Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentiasa bersama kita

Tujuh kalimat untuk diamalkan...

Barang siapa hafal tujuh kalimat ini dan sentiasa mengamalkannya, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilaut.



1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.


4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap "La ila ha illallah Muhammad dur Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

kebosanan....

aku merasa agak kebosanan tika ini..
kerana balik kerja trus tkde buat apa2...
stlh balik keje malamnya kuar makan..
still sama tiap2 hari..benda tu juga yg dibuat..
aku rasa gak nk buat benda pelik skli2..
tp tk tahu nk buat apa..
maybe nk masuk disko..
tp bkn untuk berhibur...
tp untuk tngk keadaan didalamnya..
tk pernah masuk pun kt dlam tu..
tngok cm mana org2 didlam sana...

tp untuk masuk kdalm disko ni agak bahaya..
sbb mcm2 benda ada dalam tu..
smuanya yg tidak baik..
kene hati2 duk dalam sana..
bgi sape2 yg nk berdakwah dlam sana..
dipersilakan dengan hormatnya...
kene ada juga org perlu mengingati sesama sendiri..
jgn pikir diri sendiri saje..
skrg ni pun bnyk sosial problem berkaitan ngan kelab malam ni..
dalamnya terdapat sgala keperluan "asasi"
bnda haram apa yg takde..
jadi kene buat sesuatu...supaya tk merebak teruk..

berbalik kepada kebosanan tadi...
untuk menunggu sharian bergerak..agak lama..
mujur time kerja org ramai..
kalo tk mmg tido ar jawabnya..
kerja di pasar ni berlainan dgn kerja pejabat..
kene sentiasa berjalan dan bercakap..
dalam office lain plak..
duk kt kerusi smbil mengadap kom dan buat kerja..
lama2 blh sakit pnggang jawabnya..
sbb tu aku rasa selesa kerja kt pasar buat masa skrg..
lebih syok..
ok ar..stkt ni dulu..
esok ..lusa..tulak plak..

kelebihan hayati Al-Quran

04 Disember 2009
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.


1. Sabda nabi s.a.w yang ertinya : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun 'alaihi


2. Sabda nabi s.a.w yang ertinya : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih


3.Sabda nabi s.a.w yang ertinya : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim


4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang ertinya : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim


5. Sabda nabi s.a.w yang ertinya : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi


6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang artinya : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih


7. Sabda nabi s.a.w yang ertinya : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim


8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim

kerja......kerja...

setelah hmpir 2minggu ak duk saje kt umah..
akhirnya aku telah start kerja ngan ayah aku..
bukan apa malas rasanya nk keje lagi..
nk rehat katakan.....
start kerja pun untuk 28hr je...
sbb 26hb dah naik kedah balik...
terasa sekejap je duk kat sini...
tp takpe..still ada satu sem lagi untuk dihabiskan...
kene sabar dan teguh...
bknnya lama lagi pun satu sem tu..
4bln lebih aje..

sbgai persediaan untuk sem depan..
ak telah start buat research aku...
dengan hmpir 3 jenis social problem aku buat...
kalo buat satu..maybe tk berapa pasti dngn yg itu..
jadi kene buat lebih skit..
supaya tidak menyusahkan diri dikemudian hari...

dengn keadaan cuaca disini kmbali sedia kala..
hujan yg melimpah2 dalam masa 2 hri..
mmbuatkan ak rasa malas untuk bangun..
tp kerana kerja ak paksakan diri aku juga...
ak kerja pun sbb aku nk beli broadband..
pyh sngt takde internet kt umah sewa..
nk pg cc jauh sngt...
tiap2 hari ke cc tu..
blh patah pinggang ni...
n kene selsema tu da menjadi kebiasaan..keluar malam katakan...
dgn adanya broadband ni sng skit ak wat keje..
segala segi keje ak leh wat..
menyenangkan kerja aku...
tkyah da pinjam broadband or pg cc malam2 buta...

stkt tu je malam ni...
lusa tulak plak ak menulis...
sekian....

Doa Amalan Harian...

01 Disember 2009
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian terkejut. Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadis yang lain: "Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid".

Hadis yang lain mengatakan: "Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid".

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: "Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka".


SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari seg ala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.


SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa me mbaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.


SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.


SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat dari gugurnya.


SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.


SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurn a.


SURAH AL-ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah S.W.T .


SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa, nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.


SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh, ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari sega la penyakit rohani dan jasmani.


SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.


SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad S.A.W bersabda: "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin. Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik".

Dalam satu hadis yang lain Baginda S.A.W. bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah S.W.T. akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu".

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda S.A.W. bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku".

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di dapati di dalam kitab-kitab hadis tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.


SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiaan sejati. Insyallah rakan-rakan semua akan mendapat berkat.

Ujian membuat kita kuat dan tabah...

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???

Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....


Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286


Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139


Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45


Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111


Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129


Aku dah tak tahan lagi !
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

wabak,research....

30 November 2009
sudah agak lama tidak update blog ini...
maklumlah rumah aku takde intenet..
hnya bergantung pada cc saje untuk update apa2..
untuk hari ni ak ingin berbicara tentang wabak yg ada dikg n negeri aku..
pada tahun ini wabak ini kembali menyerang secara mendadak di trg..
sudah agak lama wabak ini tidak menyerang terengganu...
wabak taun yg menyerang skrg ni smkin hebat..
dengan 2 jenis taun yg mengganas..
satu dr ais yg tidak menggunakan air yg dimasak...
dan satu lagi dripada ikan yang tercemar..
dan isi ikan ini kebanyakannya berada dalam keropok..
product yg paling famous ditrg ni...
maybe inilah dugaan yang Tuhan hendak bagi kepada kita..
skrg ni pun ramai manusia yg semakin hari lupa kepadaNya..
jadi Dia pun memberikan sedikit ujian untuk kembali menyedarkan manusia khasnya umat islam...dengan situasi skrg dicampur dengan keadaan hujan yang tidak menentu dan wabak penyakit yang semakin menular di mana..haruslah kita kmbali berfikir kenapa ia terjadi begini..dimanakah silapnya..renung2kan..

kembali kepada diriku..
aku telah pun start buat research untuk semester depan..
research untuk major projct..
satu benda yg paling aku bosan untuk membuatnya..
kerana perlu mencari dan membaca untuk mengambil isi2 yg penting..
cukup malas aku nk buat benda ni..
tp terpaksa buat juga kerana ia amat penting dlm permarkahan..
hmpir 10% sudah aku buat benda alah ni..
masih banyak lagi yg aku perlu buat...
aku memilih topic kemiskinan dan juga alam sekitar kerana ia kena dengan product aku.
product baju lukis tangan...aku dapati 2 topic ini amat sesuai untuk aku ketengahkan dalam penyelidikan aku..
tidak ku tahu reaksi lecturer nnti..
tapi aku cuba buat dulu..
dan aku akan cr topic yg lain lagi sbagai backup...
supaya dikemudian hari tidak ada masalah.....

sekian untk hari ni..
dilain hari pula penulisan terbaru...

Kecantikan Wanita

23 November 2009
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

hujan dan musibah

22 November 2009
skrg ni hujan tidak berhenti2 lagi..
mmg dah musim dia..
payah ar nk benti..
stkt ni kt tmpt aku ditrg..
hmpir 5ribu lebih yg kene pindah sbb air naik..
banjir yg semakin teruk di trg membuatkan aku berfikir..
adakah ini ujian dr Allah..
mmg ini musim tengkujuh di trg..
tp kita kene fikir dr sudut positif..
dengan keadaan banjir yg smkn teruk..
dan serangan wabak taun jenis baru yg melanda trg..
adakah kita perlu fikir ini hanya musibah..
kita perlu fikir ini sbgai ujian dr Allah..
supaya kita terus melakukan apa yg patut..
sbagai contoh..kita perlulah sentiasa taat kepada Allah..
walaupun aku ini bknlah seorang islam yg baik..
tpi hnya untuk ingat mengingati sesama islam..
jadi sama2lah kita solat hajat untuk meminta keredhaan dr Allah..
supaya bala bencana yg smkin menimpa ni akan dikurangkan...

sekian..
nukilan for today..

Nasihat Lukman Al Hakim kepada Anaknya...

20 November 2009
Segala puji bagi Allah SWT, selawat serta salam semoga tetap terlimpahkan kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW, shahabat, keluarga serta orang-orang yang masih berittiba' (mengikuti) kepada beliau sampai hari kiamat.

Al Qur'an adalah sumber hukum dan ilmu pengetahuan yang tak pernah kering untuk ditimba, penuh dengan pelajaran, di dalamnya terdapat hikmah dan teladan. Salah satu isi pokok dari Al Qur'an adalah kisah perjalanan kehidupan para nabi dan rasul serta orang-orang saleh dari umat-umat sebelum nabi Muhammad SAW. Hikmah diceritakannya sirah manusia-manusia pilihan itu tidak lain karena besarnya manfaat dari keteladanan iman, sifat dan akhlaq mereka. Maka disini akan saya angkat sebuah kisah Luqman Al Hakim yang penuh dengan hikmah bagi kita semua.


1. Tidak menyekutukan Allah.
Sebesar-besar kedzaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)
Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertobat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk
disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhak di mintai pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya


2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.
Firman Allah SWT.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)
Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Shalat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)


3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah; karena tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman

"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).


4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT
Firman Allah SWT
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)
Disini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT yaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, yaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.


5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.
Firman Allah swt :
(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)

"Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).


6. Menegakkan solat.
Solat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa solat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
"Hai anakku, dirikanlah solat …"
Solat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.
…"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)


7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.
Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).


8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.
Sesungguhnya segala cubaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi karena itulah bentuk ujian (ikhtibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.
"Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)


9. Tidak Menyombongkan diri
Sifat takabur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."


10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik
Islam tidak menghendaki sikap Ghuluw (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap tahawun (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:
"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, karena tujun diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.

percutian..

18 November 2009
cuti datang lagi..
satu perkara yg paling menggembirakan.
kadangkala akan jadi membosankan...
setelah hmpr 5bln menimba ilmu..memecah kepala otak..perabis duit..
akhirnya cuti itu kunjung jua..
tetapi cuti kali ini disusuli dngn keadaan hujan..
hujan yang tidak henti2...
satu keadaan yg tidak menyelesalan..tmbhan aku balik dr kedah dlm keadaan demam...
tapi aku tidak akan marah dengan hujan..
sbb itu mmg rahmat dr Allah..
kita tidak boleh marah dengan apa yg diturunkan oleh Allah ini..
kerna kadang kala ada hikmahnya juga..

pada cuti kali ini..
tk pasti lagi nak buat apa..
mmg perancangan itu ada..
tp masih lagi tidak dapat dijalankan..
dek kerna keletihan masih lagi melanda diri..
mahu berehat dulu seketika..
maybe akhir bulan nnti baru pikir semula..
mungkin untuk mncari sedikit duit untuk sem depan..
kerna sem depan sem yg paling sakit..
sem yg mengeluarkan bnyk keringat dn duit..
jadi kene bersedia dr awal...

malas nk tulis pnjang2..
tkde idea malam ni..
esok2 plak..
tngh kumpul material lagi ni...
salam...

Tawakal

14 November 2009
Tawakal adalah salah satu sarana terkuat di antara sarana-sarana yang bisa mendatangkan kebaikan serta menghindari kerusakan, berlawanan dengan pendapat yang mengatakan: bahwa tawakal hanyalah sekedar ibadah yang mendatangkan pahala bagi seorang hamba yang melakukannya, seperti orang yang melempar jumrah (ketika haji), juga berlawanan dengan orang yang berpendapat tawakal berarti men-tiada-kan prinsip sebab musabab dalam penciptaan serta urusan, sebagaimana pendapat yang dilontarkan oleh golongan "Mutakallimin" seperti Al-Asy-ari dan lainnya, dan juga seperti pendapat yang dilontarkan oleh para ahli Fiqh dan golongan shufi, (Risalah Fi Tahqiqi At-Tawakkul karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah hal. 87), hal ini akan diterangkan dalam bahasan mengenai prinsip sebab-musabab, Insya Allah.

Ibnul Qayyim berkata : Tawakal adalah sebab yang paling utama yang bisa mempertahankan seorang hamba ketika ia tak memiliki kekuatan dari serangan makhluk Allah lainnya yang menindas serta memusuhinya, tawakal adalah sarana yang paling ampuh untuk menghadapi keadaan seperti itu, karena ia telah menjadikan Allah pelindungnya atau yang memberinya kecukupan, maka barang siapa yang menjadikan Allah pelindungnya serta yang memberinya kecukupan maka musuhnya itu tak akan bisa mendatangkan bahaya padanya. (Bada'i Al-Fawa'id 2/268)

Bukti yang paling baik adalah kejadian nyata, telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang disanadkan kepada Ibnu Abbas : Hasbunallahu wa nima Al-Wakiil, yang artinya : (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung), ungkapan ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim saat tubuhnya dilemparkan ke tengah-tengah Api yang membara, juga diungkapkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika dikatakan kepadanya : Sesungguhnya orang-orang musyrik telah berencana untuk membunuh mu, maka waspadalah engkau terhadap mereka. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam bab Tafsir 4563 (Fathul Bari 8/77))

Ibnu Abbas berkata : Kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim ketika ia dilemparkan ke tengah bara api adalah : "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung". (Hadits Riwayat Al-Bukhari bab Tafsir 4564 8/77)

Dan diriwayatkan oleh Al-Baihaqi yang disanadkan kepada Bastar bin Al-Harits, ia berkata : Ketika Nabi Ibrahim digotong untuk dilemparkan ke dalam api, Jibril memperlihatkan diri padanya dan berkata : Wahai Ibrahim, apakah kamu perlu bantuan ?, Ibrahim menjawab : Jika kepada engkau, maka saya tidak perlu bantuan, (Diriwayatkan oleh Ibni Jarir dalam Tafsirnya 17/45, Al-Baghwi dalam tafsirnya 4/243), ini adalah bagian dari kesempurnaan tawakal yang hanya kepada Allah semata tanpa lainnya.

Akan tetapi apa yang terjadi setelah itu ?!, Allah berfirman : "Kami berfirman : 'Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim', mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi". (Al-Anbiya : 69-70)

Dan befirman pula Allah tentang Nabi Muhammad dan para sahabatnya : "Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar". (Ali Imran : 174). Ibnu Katsir berkata : Setelah mereka bertawakal kepada Allah maka Allah melindungi mereka dari bahaya yang mengancam mereka, dan Allah mencegah dari mereka bencana yang telah direncanakan oleh orang-orang kafir, lalu mereka kembali ke negeri mereka sesuai dengan firman-Nya, Dengan ni'mat dan karunia (yang besar dari Allah, mereka tidak dapat bencana apa-apa) dari sesuatu yang tersembunyi dalam hati musuh-musuh mereka dan (mereka mengikuti keridla'an Allah) dan Allah mempunyai karunia yang besar. (Tafsir Qur'anul Adzhim 2/148)

Dan firman Allah tentang orang-orang beriman: "Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepadamu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak menggerakkan tangannya kepadamu (untuk berbuat jahat), maka Allah menahan tangan mereka dari kamu, Dan bertakwalah kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakkal". (Al-Maidah : 11)

Kandungan dari ayat ini adalah bahwa sikap tawakal kepada Allah yang ada dalam hati orang-orang yang beriman adalah salah satu sebab Allah menahan tangan orang-orang kafir yang hendak mencelakakan orang-orang yang beriman, Allah menggagalkan apa yang diingini oleh orang-orang kafir terhadap orang-orang beriman.

Berita yang menerangkan tentang sebab turunnya ayat ini ada tiga berita, semuanya membuktikan bahwa hanya Allahlah yang menjadi pelindung bagi Nabi-Nya dan Allah pula yang menjaganya dari kejahatan manusia, ketiga berita itu adalah:


1. Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lainnya dari Jabir bahwa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam terpisah dari para sahabatnya lalu bernaung di bawah pohon (Disebutkan bahwa pohon itu adalah pohon yang berduri, An-Nihayah 3/255) beliau menggantungkan pedangnya di atas pohon itu, kemudian datang seorang Arab Badui (Diriwayatkan bahwa nama orang itu adalah Ghurata bin Al-Harits, lihat Shahihul Bukhari dalam kitab Al-Maghazy 4136 V/491 dan lihat pula Tafsir Ibnu Katsir 3/59) kepada Rasulullah dan mengambil pedang milik beliau, lalu orang itu berdiri di hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, sambil bertanya: Siapakah yang dapat mencegahmu dari aku .?. Beliau menjawab: Allah !, orang Arab Badui itu bertanya dua atau tiga kali: Siapa yang dapat mencegahmu dari aku ?, dan Nabi menjawab: Allah, Jabir berkata: Kemudian orang Arab itu menyarungi pedangnya, lalu Nabi memanggil para sahabatnya, dan mengabarkan kepada mereka tentang kejadian Arab Badui itu, sementara Arab Badui itu duduk di sisi Rasulullah dengan tidak memberi hukuman kepada orang itu. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya 3/311, Bukhari bab Jihad 2910 6/113, diriwayatkan oleh Ath-Thabari dalam Tafsirnya 6/146)


2. Berita yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lainnya dari Ibnu Abbas -tentang ayat ini ia menyebut ayat 11 dari surat Al-Ma'idah- dan ia berkata : Sesungguhnya orang-orang dari kaum Yahudi membuat makanan untuk membunuh Rasulullah dan para sahabatnya, kemudian Allah mewahyukan kepada utusan-Nya itu tentang rencana mereka, maka Rasulullah dan para sahabatnya tidak makan makanan itu. (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari dalam tafsirnya 6/46 dan Ibnu Abu Hatim sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Ibnu Katsir 3/59)


3. Dikisahkan bahwa orang-orang dari Kaum Yahudi bersepakat untuk membunuh Nabi dengan cara mengundang Nabi dalam suatu urusan, ketika Nabi datang kepada mereka, mereka membuat siasat untuk melempar beliau dengan sebuah batu besar pada saat Rasulullah bernegosiasi dengan orang-orang Yahudi, lalu Allah memberitahukan rencana mereka ini kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, kemudian Rasulullah kembali ke Madinah dengan para sahabatnya. (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari dalam Tafsirnya 6/144) maka pada saat itulah Allah menurunkan ayat yang berbunyi: "Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepadamu". (Al-Maidah : 11)

pelepasan kesakitan..

sudah lepas kesakitan yang dialami..
kesakitan yang melampui jiwa..
penggunaan minda yang tersangat teruk..
dan hati yang sering kali disakiti dengan benda2 yg berfaedah..

hampir 2 minggu kesakitan ini berlangsung..
ia beraksi dengan baik kesakitan ini..
walaupun ada satu ketika tidak dapat aku menahan kesakitan itu..
ada ketika itu juga aku terus menerus menahan sakitnya itu..
dalam 1 minggu yang last sblum berlangsung arena permarkahan..
ketika ini terdapat beberapa minor n major mistake...
dalam menjadi yg ok2 saje..msti ada masalah..
dengan permasalahan duit n teknologi..
membuatkan aku mcm nk giveup dengan benda itu..
tp kekuatan aku memberikan aku semngat untk meneruskannya...

dan hri pembebasan masalah tiba pada saatnya..
arena yg sngt aku takuti setiap sem..
arena yg mmpu menggugat kelakian aku..
yg juga boleh menjadikan aku lemah seketika..
mmg setiap sem ada saje masalah dengan teknologi..
sem ni lagi teruk..dengan hard disknya rosak..
cmpur plak dengan virus dr surabaya..yg merosakkan video sahaje..
sbb itulah aku tidak dapat menyiapkan 2d animation aku kerna virus itu..
aku sudah dapat mengagak berapa yg akan aku dpt..
tp aku biarkan aje..
malas nk fikir dah..
just fikir nk cri duit plak cuti ni..
tmpung untuk sem depan..yg penuh dengan dugaan...
yg penuh dengan kesakitan..
yg terus menerus akan ada masalah..dr semua segi..
kita tunggu aje mcm mana..

sekian..
lain kali akan ada nukilan baru..

Renungan Bersama

06 November 2009
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain...

Bacalah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Kunjungan..

pada hari kelmarin..
aku,ejoy,izzat,farhat dan ajim telah merantau ke penang..
untuk mencari sebuah kedai printing..untuk print kerja yg bersaiz A2..
mengikut rumuor oleh kawan2 yang mengatakan print di tmpt tersebut harga murah..
dalam pukul 12.09tghari,kami telah bergerak dahulu ke uitm untuk print slip exam..
maklmlah hari jumaat ada exam bisnes..kalo tak print slip..memang tak amik exam ar..

dalam pukul 1 baru bergerak ke penang..dan dalam pukul 2 kami pun sampai ke penang..
kami pun dalam keadaan kebingungan mencari tmpt print yg digembar-gemburkan itu..
namanya bannerKing,sebuah kedai print yg berada di depan komtar..
setelah tawaf di komtar selama 4kali,barulah dapat jumpa tempat tu..
memang nama tempat tu bannerKing,tp tulisannya kecil haram..tk nampak dri jauh..
yang nampak besar tulisan UV je..mcm tu plak nama kedai..
setelah jumpa tempat tu..kena cari plak parking...
cari punya cari,jumpala satu kat komtar,tu pun dkt tingkat 3..itu baru sikit..
kami pun jalanlah sambil ditunjukkan jalan oleh izzat..sbb dia dah familiar dngn penang ni,jadi kami pun ikut jela izzat ni...kt mana dia bawa pun tk tahu..
sampaikan naik tangga 45anak tangga masih tk jumpa jalan...
last2 jumpa gak tangga untuk ke supermarket..sampai saje dalam tu..
tak jumpa plak jalan kuar kat mana..dalam keadaan lapar dan dahaga..kami gagahkan diri untuk mencari tmpt print tu..
and then akhirnya jumpa gak tempat tu...
tapi kesengsaraan tidak sampai disitu sahaja...
setelah sampai di kedai print tu..ejoy pun deal ar dngn pekerja kt situ..
pada mulanya kerja yg nk print tu siap esok..setelah deal2 dngn pekerja dan boss..
pukul 6ptg boleh siap benda tu..kami pun setuju dengan harga rm30...
tapi pada waktu itu jam menunjukkan pukul 2.30 ptg,jadi skli lagi kami menjadi gila untuk mnantikan jam menitik ke pukul 6..kami pun apa lagi terus blah untuk makan..

apa lagi,izzat pun bawa kami makan di tmpt yang aku tk tahu nama tmpt..
tapi nama kedai aku ingat iaitu restoran kapitan,sebuah kedai mamak..
selepas habis makan,kami pun terus gerak balik ke komtar untuk amik kerja tadi..
walaupun waktu masih menunjukkan pukul 3.55,tp menurut kata izzat,jalan di komtar nnti akan mengalami kesibukan yang serius sbb org balik dr pejabat..
jadi smpi je di komtar,ronda2 di dalam supermarket...
selepas itu dalam masa satu jam dihiasi dengan melihat skrin besar diluar komtar
aku tngk dah macam mamat2 indon yang duk mencangkung sambil melihat dengan pandangan yang pelik,iaitu mcm tk pernah lihat benda itu..
dan dalam pukul 5.40,kami pun pergi ke kedai itu..dan pekerja disitu terus bg apa yang kami print tadi,ckup berbaloi dengan apa yang telah dihadapi..
warna yang cukup sharp,quality yg baik dan hati puas..
dan terus kami balik ke rumah..dalam pukul 7.15 sampai kt umah..
sampai ajer,terus tido..dek keletihan yg teramat dicmpur tidak tido slama 2 hri..
smpi sini saje nukilan bersahaja untuk hari ini..
esok lusa penulisan baru akan terbit..

Pakai Baju Kebaya(untuk wanita)

04 November 2009
pemakaian baju kebaya ketika ini sudah menjadi kebiasaan kepada kaum wanita di malaysia.terlalu ramai yang memakai baju kebaya ini,baju yang sendat dibahagian pinggang dan punggung.memang nampak cantik jika memakai pakaian ini tetapi pemakaian seperti ini boleh menyebabkan banyak perkara yang akan berlaku,antaranya yang paling senang adalah kaum lelaki akan tertarik dengan pemakaian sedemikian kerana ia menampakkan bentuk tubuh badan walaupun wanita tersebut memakai pakaian.disini aku ingin menceritakan sedikit tentang hukum pemakaian baju kebaya ini,info2 yang aku dapat berkenaan ini setelah aku mengikuti ceramah oleh ustaz Azhar.antara yang dibertahu adalah..

hukum pemakaian baju kebaya ini adalah pada sesetengah tempat ia dibolehkan dan ada sesetengah tempat tidak dibenarkan memakainya.aku huraikan dulu yang tidak dibolehkan dipakai di tempat yang tidak sepatutnya.wanita apabila telah memakai baju kebaya ini jika keluar dari rumah untuk ke pejabat,supermarket,atau mana2 tempat awam,hukumnya akan menjadi haram,ia menjadi haram kerana berpakaian yang menampakkan bentuk badan didepan khalayak ramai atau bukan mahram dia.sebab itu ia dikatakan haram.sudahlah pakaian seperti itu menampakkan bentuk badan dan diperhatikan oleh orang lain,dosa juga dapat kerana ia haram dipakai jika keluar rumah untuk ke tmpat2 awam.

ada sesetengah tempat yang dibenarkan dipakai,hanya didepan mahramnya saje dibolehkan untuk memakai baju kebaya ini seperti suami,adik,saudara mara.ini kerana mereka adalah orang yang terdekat dengan dia dan mempunyai hubungan dengan dia,jadi ia dibolehkan untuk memakainya.

persoalan lain pula,bagi perempuan yang suka memakai seluar khususnya seluar panjang,baju yang dipakai mestilah berada di bawah bulatan punggung,maksudnya disini adalah baju yang dipakai mestilah menutup bahagian punggung.memang boleh untuk memakai seluar tapi seperti ayat diatas,kena berpakaian mengikut apa yang dibenarkan.

jadi sebagai ulasan kepada nukilan diatas,wanita yang suka berpakaian seperti baju kebaya,hendaklah cuba meninggalkan pemakaian sedemikian jika ingin keluar rumah,jika hendak pakai sangat hanya dalam rumah atau didepan mahram saja.sekadar peringatan.

Dr.Asri - Fahaman Wahabi..

untuk 2-3 hari ini kita dapat melhiat di dalam paper or tv yang menunjukkan berita tentang penahanan bekas mufti perlis yang juga pensyarah di USM,DR.Asri Zainul Abidin di sebuah rumah ketika sedang memberi ceramah.penahanan tersebut adalah atas dakwaan beliau memberi tidak mempunyai sebarang pentauliahan untuk memberi ceramah di negeri selangor.ditambah pula dengan dakwaan bahawa beliau ini adalah salah seorang pengamal fahaman wahabi dalam pembelajaran dan pengajaran beliau bahkan dalam kehidupan beliau.penahanan yang dibuat oleh JAIS ini telah memberikan satu persepsi negatif kepada JAIS sendiri kerana menahan seorang bekas mufti yang sedang menyampaikan segala ajaran2 islam yang perlu disampaikan kepada umat islam.tapi dakwaan oleh JAIS ini telah menyebabkan ramai yang terkejut dengan tindakan tersebut.mmg betul yang dia tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah di negeri selangor,tp itu ketika dia masih menjadi mufti perlis,ketika masih menjadi mufti,hanya beliau seorang sahaja yang tidak diberi tauliah untuk mengajar di selangor sedangkan semua 13 mufti di malaysia ini diberi tauliah.kenapakah ini trjadi.apakah dakwaan orang ramai yang mengatakan beliau ini adalah pengamal fahaman wahabi.sebelum menjelas dengan lebih lanjut tentang kes ni,ingin diberitahu dahulu apa itu fahaman wahabi ;

FAHAMAN WAHABI
fahaman wahabi ini telah wujud sejak dahulu lagi yang mana ia telah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang lahir di Ainiyah,Najd,Arab Saudi,beliau adalah dari golongan bani Tamim.Fahaman ini telah diperkenalkan setelah beliau melihat segala yang dibuat oleh umat islam ketika beliau di Madinah,mendapati bahawa ramai umat islam yang suka beribadat dekat dengan makam Nabi Muhammad S.A.W

fahaman ini yang dipraktikkan oleh beliau ini telah ditentang keras oleh ramai orang yang melihat bahawa segala ajaran2 yang beliau sampaikan ini lain dari ajaran islam yang sebenar sehingga pada satu ketika Raja Osman bin Ahmad Ma'amar yang juga raja di negeri kelahiran beliau yang pada mula percaya dengan ajaran beliau,tapi setelah lama kelamaan beliau merasa ganjil dan mula memburu beliau dan mahu membunuh beliau.setelah itu beliau lari ke Duri'yah dan telah mendapat bantuan dari raja Muhammad bin Saud.selepas dri itu fahaman ini berkembang pesat di sana dan telah menyebabkan ramai pengajar fahaman wahabi dibunuh kerana syarif mekah menolak segala ajaran Muhamad bin Abdul Wahab ini.sejak daripada itu bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab telah memfatwakan bahawa ramai orang di mekah telah kafir kerana berdoa dan bertawwasul(perantaraan) di depan makam Nabi.

antara fahaman yang dibawa oleh fahaman wahabi ini adalah;

1.Mempelajari ilmu Usuluddin(Tauhid),perlu menganut fahaman Ibnu Taimiyah dahulu

2.Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuat sahaja tanpa Ijma' Ulama dan Qias

3.Melarang menziarahi makam atau kubur

4.Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain.

5.Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara, Tahlil dan sebagainya.

6.Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

7.Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.

8.Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak boleh berlagu.

9.Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.

10.Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi.


11.Tidak membaca doa Qunut

12.Membaca Yassin pada malam jumaat


Di Malaysia,Majlis Fatwa tidak pernah mengeluarkan bahawa Fahaman Wahabi ini adalah ajaran yang sesat.Ia adalah Khilafiah(pertikaian) yang mana timbul persoalan mengenai Takwil(tafsiran.terdapat beberapa pendakwah yang telah dikenalpasti sebagai pengamal fahaman wahabi ini secara terang-terangan iaitu Dr.Abdulllah Yassin dan Ustaz Hussein Yee dan terbaru pendakwaan terhadap Dr.Asri Zainul Abidin.

berkenaan masalah Dr.Asri Zainul Abidin ini,aku melihat dari sudut yang positif,aku tidak mahu berpihak kepada sesiapa kerana aku ni hanya seorang yang masih lagi kurang ilmu agama.pada pandangan aku setelah melihat sedikit sebanyak penulisan Dr.Asri ini didalam webnya www.drmaza.com,aku tidak nampak pun penerapan fahaman wahabi di dalam penulisannya,mungkin aku terlepas pandang dalam penulisannya yang lain,setakat yang aku lihat,tidak nampak pun yang Dr.Asri menerapkan fahaman ini.jadi penahanan bekas mufti perlis ini adalah tidak masuk akal,jika atas tidak mempunyai tauliah,masih lagi dapat diterima,tp jika pasal dakwaan mengamalkan fahaman wahabi ini dah menjadi kes yang serius,kena lihat balik pada kes ini

memang akan ada masalah dalam menyampaikan ajaran islam,memang akan ada segelintir orang yang tidak akan puas hati dengan seseorang,itu lumrah dunia yang mana manusia akan menjadi tidak puas dengan apa yang dimiliki,dan juga cemburu dengan apa yang diperolehi oleh orang lain.dalam menyampaikan segala dakwah dan ajaran islam ini,memang akan ada banyak masalah untuk sampai kepada orang lain.setiap orang akan diuji dengan segala macam masalah,ia sekadar untuk menguatkan keimanan dalam diri manusia itu.

setiap masalah itu akan ada penyelesaiannya,jadi setiap orang islam yang ada di dunia ini khususnya di malaysia,perlulah bersatu padu dalam menyampikan apa yang patut,sudahlah kita lihat dunia skrg ni mengalami masalah yang cukup tenat.masalah antara kafir dan islam,di malaysia ini sendiri sudah banyak masalah2 yang berkaitan dengan sosial yang sudah cukup teruk,tapi berapa banyak sangat yang diambil perhatian,tapi ulama juga yang ingin dihentam,memang betullah kata yang mana ulama akan dipinggirkan,golongan lain akan diperbesarkan.ini hanya satu masalah,masih banyak masalah yang akan timbul dilain hari,jadi marilah kita bersama dalam menyampaikan dakwah secara baik.biarlah dakwah itu sampai ke tempatnya,jangan pula disekat dakwah itu.kerana dunia skrng pun sudah semakin tua,makin dekat kiamat makin banyak masalah yang datang,jadi kembalilah kepada ajaran islam yang sebenar

dia datang....

tinggal dalam 4 hari lagi sebelum perjuangan selesai..
perjuangan untuk menentukan apakah aku layak...
layak untuk mendapat sebutir nikmat...
nikmat yang tidak terhingga..atau...
hanya kesengsaraan yang tidak berperi..
kesakitan yang berpanjangan...
masih banyak lagi yang aku perlu buat...
terlalu banyak!!!!

tetapi..aku masih lagi buat biasa..
walaupun masih banyak kerja yang perlu dibuat..
terus terang aku cakap...semester ni adalah yang paling best..
best sbb banyak tido dari buat kerja..
bnyk bermain dari melakukan projek universiti..
mmg best tido dan bermain..
tp kesannya adalah jangka panjang nnti..
apakah yang akan org cakap nnti..
apakah yg akan family ckp nnti..
setelah berjuta duit habis..
ini saja hasil yang dapat..
tidak brbaloi langsung..

tp ia mmg salah aku..
terlalu malas untuk membuat kerja..
terlalu lembab untuk berkerja..
terlalu leka dengan keduniaan yang sementara..
terlalu lalai dalam menjalankan tugas..
terlalu sambil lewa dalam berkerja..
aku dah berjanji dngn diriku untuk semster ini..
akan aku buat yang habis baik..
tapi inikah hasil yang aku dapat..
mmg cukup mengecewakan diri aku sendiri..salah siapa??
salah diri aku juga..
tp aku tk tahu kenapa jadi mcm ni...
masih menghitung apa masalah aku ni..
setiap sem dah berjanji..tp tak tertunai juga..
aku perlu mencari lubang yang membuatkan aku terhumban..
terhumban ke lembah yang penuh dengan masalah..
akan aku cuba menyelesaikan masalah aku ini..
walaupun aku tahu mmg aku tidak akan dapat menyelesaikan semua masalah..
everything in this world have their problem..
so,we can' solve that in easy way and in one time..

stkt ni saje coretan permasalahan untuk hari ini..
selepas ni kupasan ttg Dr.Asri plak..bekas mufti perlis..
lihat apa kupasan yang ingin aku buat..

Kolam Al-Kauthar

01 November 2009
Dicerita dalam satu riwayat/hadis panjang Imam Maliki yang ditulis di dalam kitab Al-Muwwatobb iaitu di dalam bab Wudhuk..

"Bahawasanya pada hari kiamat kelak,akan datang berjuta-juta manusia untuk bertemu dengan Nabi masing-masing,maka di dalam riwayat tersebut,Nabi Muhammad S.A.W telah ditanya oleh para sahabat ;
"Ya Rasulullah,bagaimanakah kamu mengenali umatmu sedangkan terdapat terlalu ramai manusia dihadapanmu"

maka Rasulullah bertanya kembali kepada para sahabat;
"jika kamu mempunyai 100 ekor kuda yang berwarna hitam,adakah kamu dapat mengenali seekor kuda yang berkepala putih dikalangan kuda-kuda yang berwarna hitam."

dari situ Rasulullah S.A.W telah menjawab soalan para sahabat ;
"Aku mengenali umatku dengan melihat pada bekasan air wuduk yang diambil oleh mereka"

disini dapat diulas bahawa,orang yang mengambil wudhuk untuk menunaikan solat,di Akhirat kelak seluruh tubuh badan mereka bercahaya,dan dari situlah Raslulullah S.A.W dapat mengenali mereka..

dan apabila Rasulullah S.A.W melihat betapa ramainya umatnya,Rasulullah S.A.W tersangat gembira dan terus memanggil umatnya itu "mari....mari...,datanglah kepadaku,dan minumlah air di kolam Kautharku."

dan secara tiba-tiba disekat oleh para malaikat,menyekat sebahagian daripada umat Nabi S.A.W.Terus Nabi S.A.W bertanya kepada para malaikat,
"kenapa kamu menyekat dan melarang umatku dari meminum air di kolam kautharku".lalu para malaikat pun menjawab,

"memang benar ini umatmu,tetapi setelah kewafatan kamu,mereka ini telah meninggalkan segala apa yang diperintahkan dan mempertahankan apa yang dilarang".

setelah mendengar apa yang diberitahu oleh para malaikat sebentar tadi,Nabi S.A.W pun berkata kepada sebahagian umatnya yang disekat oleh para malaikat,
"pergilah kamu dari sini dan janganlah kamu minum air di kolam kautharku."

daripada cerita diatas,apa yang terjadi adalah,semua yang dilihat oleh Nabi S.A.W ketika di Akhirat adalah golongan yang mengamalkan segala ajaran yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang,golongan yang badannya bercahaya dek basah oleh air wudhuk,tetapi ada dikalangan mereka ini yang tidak menyampaikan apa yang patut disampaikan dan telah mengingkari apa yang perlu dilakukan,alaupun di kalangan mereka terdapat Imam,bilal atau ulama.

jadi kita sebagai umat nabi Muhammad S.A.W haruslah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghindarkan diri kita daripada memasuki golongan yang sedemikian,biarlah kita ini tergolong dalam golongan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

cerita yang aku cerita ni adalah sekadar untuk peringatan kepda aku dan juga semua orang agar kita tidak lalai dan leka dengan permainan dunia kerana ia hanya sementara dan di akhirat kelak adalah kekal abadi.marilah kita sama menjadi seorang umat islam yang bukan sekadar muslim mukmin tapi muslim muqtaqqin.