Hikmah Diam

31 Oktober 2009
Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menaykiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.


Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia

Petikan Minda...

pada hari ini ada sedikit sebanyak yang ingin aku kongsikan...perkara2 yang berlaku dalam masa seminggu ini dan yang bakal berlaku dalam seminggu akan datang...perkara2 yang akan dilistkan nanti ini adakah ia satu titik permulaan atau hitam dalam hidup..perkra2 tersebut adalah :

1.BOSAN
- dalam masa seminggu selepas uitm kedah telah menghabiskan sesi pembelajaran secara rasmi sebelum memasuki sesi final exam plak..aku telah mengalami satu kebosanan yang nyata kerana time ni aku merasakan tidak ada apa2 yang boleh aku buat dalam masa seminggu ini walaupun terdapat berjuta kerja dan masalah yang perlu diselesaikan untuk melengkapkan semester ini.kebosanan yang terjadi pada aku ini adalah kerana hanya duduk di rumah dan makan,n jika ada budak2 rumah ajak keluar..aku pun follow..selepas dri itu kembali ke rumah untuk tido..kenapa ini terjadi???ini kerana perkataan M or L bermain2 dalam kepala..M untuk malas n L untuk lazy...frasa ni jika berada dalam kepala..mmg tak jadi apa..krja tak jalan..sgala macm pun tk jalan..

2.KERJA

- kerja yang ada pada aku skrg ni sudah terlalu banyak..salah siapa?..salah aku juga..terlalu malas untuk melihat dan menyentuh kerja2 tersebut..entah kenapa aku semakin malas untuk membuat kerja..adakah aku merasa aku sudah ingin menghabiskan pengajian aku di uitm kedah ini dan seterusnya ingin berkerja untuk membantu family plak...tp jika pikirkan pengajian aku..aku menjadi malas dan seperti tiada semangat untuk memnyentuh kerja yang ada..ditambah ada beberapa masalah untuk diselesaikan dalam satu msa membuatkan aku terus menerus merasa malas untuk membuat kerja..

3.MASA
- perkara yang dianggap penting juga dalam hidup..masa adalah satu elemen pelengkap dalam hidup ini..tanpa ada masa ni..hidup menjadi kucar kacir..tidak ada sebarang perancangan jika tiada masa dalam kehidupan..bagi aku masa adalah penting di dalam hidup aku..tetapi kesilapan dalam pengurusan masa menyebabkan aku telah terpelanting jauh dalam hidup ini..pengurusan masa yang teruk juga menyebabkan hidup aku kini dalam keadaan serba tidak sempurna..sejak kecil lagi aku telah diajar untuk menguruskan masa dengan baik..tapi aku tidak mempraktikkan benda itu dalam kehidupan aku..dan kini aku merasa sangat ketinggalan dalam hidup ini..untuk mengejarnya balik akan memakan masa yang sangat panjang untuk kembali ke jalan yang sebetulnya..dengan urusan masa yang baik akan membuatkan aku lebih baik dan aku kini cuba untuk cuba uruskannya dengan baik..

4.DUIT

- satu benda yang juga penting dalam kehidupan masa kini..tanpa adanya benda ni..hidup mcm kurang sesuatu..kerana dengan ada benda ini..semua yang ada didepan dapat diselesaikan dengan baik..perkara baik atau jahat..tak perlulah untuk menceritakan perkara jahat tu sbb tidak elok untuk kita menceritakan keburukan kita kepada orang..biar kita sahaja yang menyimpannya..duit ni sering menjadi masalah kepada aku untuk semester ini..kerana semester ini aku telah cuba belajar untuk berdikari iaitu menyewa di luar kampus..dan percubaan pertama ni menemui kegagalan kerana kos hidup untuk berdikari tmbahan pula aku ni still belajar menyebabkan aku merasa sangat tertekan...dengan seorang lagi adik aku telah memasuki universiti..membuatkan aku berfikir banyak kali untuk menelefon kluarga untuk meminta duit..tapi untuk meminjam kepada rakan2 aku tidak merasa untuk berbuat demikian kerana aku tahu mereka juga sama seperti aku..mulai sem depan akan aku cuba fikir kembali masalah ini..yang berkemungkinan aku akan kembali menetap di kolej..mungkin kurang sikit masalah yang akan dihadapi..ditambah plak sem depan adalah sem last untuk menghabiskan diploma ini..jadi lebih baik masalah ini difikirkan balik..

5.KEWAJIPAN
- perkataan yang sering terngiang2 dalam kepala otak aku ni....apakah kewajipan aku sebagai pelajar,anak,kawan dan islam..sebagai pelajar semua tahu yang kita harus belajar untuk memenuhkan ilmu didada ini kerana zaman skrg ilmu lebih dititik beratkan kerana tanpa ilmu kita akan mudah ditipu dan merana..tnpa ilmu ini juga kita tidak akan dapat mencari sesuap nasi..pada aku ilmu yang pada aku skrg masih tidak lagi mencukupi walaupun telah belajar hampir 5 tahun selepas SPM..masih terlalu banyak untuk aku cari..

sebagai anak pula...aku masih tidak tahu apakah kewajipan sebenar aku ketika ini..walaupun family aku selalu support aku tapi aku masih lagi mcm org bodoh yang tidak tahu apa...yg aku hanya duit..duit..dan duit..apakah yang sebenarnya harus aku lakukan sebagai anak..dengan aku selalu membawa masalah kepada keluarga aku telah membuatkan mereka pening memikirkan masalah aku ini..aku masih cuba untuk memperbaiki hidup aku ini..terlalu jauh aku terpesong....masih lagi aku fikir mcm mana untuk kmbali kepada hidup yang sebenar...

as a friend..aku telah cuba untuk membahagiakan kawan2 aku..walaupun kadangkala aku membuat kesilapan dalam komunikasi..sedikit sebanyak telah melukakan hati sesetengah kawan...aku tlah cuba untuk menjdi seorang rakan,kawan,sahabat yang baik...tpi kadangkala aku sendiri telah menghampakan mereka dengan sikap aku ini..aku bukan manusia yang perfect yang ada ketika aku akan berlaku kasar walaupun ia bukan sifat aku..ak seorang yang cukup menghormati orang..aku juga boleh mendengar masalah kawan2..tpi ada ketika masalah yang ingin aku cuba selesaikan menghadapi sedikit masalah..aku telah cuba untuk menyatukan kawan2 yang semakin renggang tapi ada sesetengah kawan2 yang cukup sukar untuk berbuat demikian..nasihat aku cuba menjadi pemaaf dan maaf yang kita lafazkan cukup besar pahala yang kita akan dapat walaupun rakan kita itu telah menikam belakang kita...harus diingat,jika kita tidak bertegur sapa selama 3 hri berturut akan mendapat dosa..jadi cuba2 la berbaik..

dalam hdup kita ini ada agama...banyak agama yang dianuti di dunia ini..dan aku sebagai seorang yang beragama islam juga ada kewajipan dan tanggungjawabnya yang tersendiri..sebagai seorang islam yang baik..kita harus membuat segala yang dsuruhNya..jgn kita tinggalkan kerana dosa sentiasa mengekori kita setiap hari..terlalu banyak tanggungjawab kita sbagai islam yang blh kita lkukan seperti menuntut ilmu,hormat keluarga,menyatukan hubungan yang terputus,berkawan,bersolat,dan banyak lagi yg dapat kita lakukan..apa yang dapat aku lihat sepanjang aku belajar hampr 5 tahun ni..masalah yang sering aku lihat adalah salah faham antara kawan2..masalah ni masih lagi berlanjutan sehingga kni..aku sudah bosan melihat benda2 ini..dan satu lagi masalah aku lihat adalah,ini untuk kaum hawa..maaf jika perkara ini mengguris hati...apa yg aku lihat semakin ramai wanita yang berpakaian ketat,terlalu ramai..dalam islam ,wanita yang berpakaian ketat ni akan menjadi bahan bakaran api neraka kerana menunjukkan bentuk badan..harus diingat benda2 ini akan memberikan keseronokan kepada lelaki..jadi cuba2 la utnk berubah kepada yang lebih baik..skali lagi aku minta maaf jika pandangan aku ini kasar....skdr untuk merubah diri aku dan dalam masa yg sama cuba untuk mengubah diri org lain..

6.PERASAAN
- terus terang aku cakap benda ini menjadi bahan utama dalam kepada otak aku untuk semester ini..aku tidak mengetahui kenapa benda ini terdapat dalam minda aku..aku tahu mmg benda ini ada dalam diri setiap manusia..tp seringkali bila ia menjelma membuatkan aku sangat sakit untuk aku cuba menelan segala yang terpendam..terlalu banyak mainan perasaan yang bermain di fikiran ku..marah,rindu,cinta,sakit hati adalah peneman dalam hidup aku semester ini..perasaan marah dan sakit hati ini adalah perkara biasa bagi aku kerana akan ada sesetengah perkara yang akan membuatkan aku merasa sedemikian..marah dan sakit hati ini telah menjadi mcm darah daging aku sendiri..aku telah cuba untuk mengurangkan sedikit perasaan sedemikian...tp masih gagal..satu lagi perasaan yang bermain2 di minda adalah rindu dan cinta..ia menjadi bahan atau rencah utama dalam minda semester ini..ia beraksi dengan riang dan kadangkalanya sugul..masalah ini terjadi kerana terdapat sesetengah wanita yang telah menarik perhatian aku..terus terang aku ckp yang pada umur aku yg skrg ni baru benda ni masuk ke kepala otak aku..baru ku tahu bagaimana rasa dan erti rindu yg sebenar dan juga perasaan cinta yang sebenar..kedua2 benda ini telah aku buang jauh2 kerana ia sangat menggangu konsentrasi hidup aku..dan aku minta maaf kepada individu yang telah aku cuba untuk mengambil dia kerana telah menggangu kehidupan dia..aku tahu yang aku bukan seorang yang baik..dan bukan juga seorang yang jahat..aku berharap dia dapat meneruskan kehidupan dia dengan baik dan skali lagi minta maaf jika selepas ni ak akan bersikap dingin atau kasar dengan dia..selepas ini ak tidak akan menggangu lagi hidup dia..akan aku meneruskan hidup aku dan akan kembali kepada misi aku dalam hidup ini...

demikian sedikit sbnyak coretan yang cukup panjang lebar yang terbit dri hati dan diri yang hina ini...jika terdapat perkara yang menguris hati..aku minta maaf..hanya untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada diri aku dan juga orang lain..

lain hari pula akan aku kupas hidup aku ini..disamping dengan modul baru dalam blog ini iaitu kupasan tentang isu2 masa kini..dan juga pengekalan posting2 yang berunsurkan dakwah..hanya untuk menjadikan blog ini lebih baik...salam

Permata Di Syurga...

29 Oktober 2009
Ibnu Abas R.A telah meriwayatkan daripada Nabi Muhammad S.A.W telah berkata bahawa di dalam syurga akan ada mahligai yang dihiasi dengan permata2...mahligai yang terdapat di syurga ada 10 kesemuanya yang mana ia dihiasi dengan permata2 yang indah2..seperti :

MAHLIGAI 1 : dihiasi dengan permata PERAK yang panjang dan lintangnya adalah 1000 tahun perjalanan untuk merentasinya

MAHLIGAI 2 : dihiasi dengan permata EMAS yang panjang dan lintangnya adalah 1000 tahun perjalanan untuk merentasinya

MAHLIGAI 3 : dihiasi dengan permata ZUMRUD yang berwarna hijau dimana panjang dan lintangnya adalah 3000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 4 : dihiasi dengan permata DELIMA yang mana panjang dan lintangnya adalah 4000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 5 : dihiasi dengan permata yang berwarna KUNING dimana panjang dan lintangnya adalah 5000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 6 : dihiasi dengan permata ZABARJAD dimana panjang dan lintangnya adalah 6000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 7 : dihiasi dengan permata ZUMRUD yang berwarna hijau yang mana panjang dan lintangnya adalah 7000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 8 : dihiasi dengan TANAH YANG BERWARNA PUTIH dimana panjang dan lintangnya adalah 8000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 9 : dihiasi dengan permata JAUHAR(permata yang kecil) dimana panjang dan lintangnya adalah 9000 tahun perjalanan

MAHLIGAI 10 : dihiasi dengan permata JAUHAR dimana panjang dan lintangnya adalah 10000 tahun perjalanan

kesemua mahligai yang terdapat diatas ini perjalanan yang akan direntasi hanya dalam sekelip mata sahaja walaupun panjang dan lintang mahligai itu panjang.tapi di dalam syurga semuanya tidak ada yang mustahil..Allah boleh melakukan semua yang kita rasa mustahil..

marah

marah...
satu perasaan yang ada dalam diri setiap manusia..
perasaan yang boleh aku anggap negatif..
tapi kadangkala boleh dianggap positif juga..
ia juga kadangkala blh memberikan pengajaran kepada seseorang
dan juga boleh memberikan kebaikan kepada seseorang..
marah yang melampau juga boleh membuatkan kita merasa puas..
tp dalam satu detik akan membuatkan kita dibenci..
tp kalo marah untuk menyedarkan seseorang..akan memberikan kesedaran kepada org..

setiap manusia ni akan ada masa dia marah..
akan ada masa dia steady..
tapi jika org yang steady ni dikacau dengan perkara2 yang membuatkan dia marah..
kemarahan dia sukar dibendung..jika org itu tidak mampu sabar..
pada aku kesabaran adalah elemen penting dalam hidup ini..
sebb dengan kesabaran la kemarahan dpt dibendung..
dengan kesabaran jugala..kita dapat menjadikan hidup kita ini lebih sempurna..

berbalik kepada phrase marah tadi..
keinginan untuk marah itu ada dalam diri setiap insan..
keinginan untuk sabar juga ada diri setiap insan..
akan tetapi marah yang diselaputi dengan perkara negatif akan menghilangkan kesabaran..
kesabaran yang tidak diselaputi dengan iman akan membinasakan kita..
sbb kita akan dipinggirkan dr komuniti kecil seperti kawan..
ia juga akan memberikan kesan jangka panjang kepada kita..

jadi untuk memarahi seseorang..
perlulah kita fikirkan dulu..
apa kesan jika kita marah pada seseorang tnpa usul selidik..
juga kesan kepada kita jika marah yang melampau..
dan kesan jika kita trlalu bersabar...
sbb kita bukan mcm nabi yang boleh bersabar..
mmg kita nk jadi mcm nabi..
tp fitrah kita skrg menghalang kita menjadi sedemikian..
ditambah pula dengan keadaan sekeliling..
jadi marilah kita cuba bersabar dr memarahi..
walaupun kita rasa kita betul..
terima kasih..

bersikap lemah lembut....

25 Oktober 2009

Kelemahlembutan adalah akhlak yang mulia. Ia berada diantara dua akhlak yang rendah, iaitu kemarahan dan kebodohan. Bila seorang hamba menghadapi masalah hidupnya dengan kemarahan dan emosional, akan tertutuplah akal dan fikirannya yang akhirnya menimbulkan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah Ta'ala dan rasul-Nya. Dan jika hamba tersebut menyelesaikan masalahnya dengan kebodohan dirinya, nescaya ia akan dihinakan manusia. Namun jika ia hadapi dengan ilmu dan kelemahlembutan, ia akan mulia di sisi Allah Ta'ala dan makhluk-makhluk-Nya. Orang yang memiliki akhlak lemah lembut ini, Insya Allah akan dapat menyelesaikan masalah hidupnya tanpa harus merugikan orang lain dan dirinya sendiri.


Melatih diri untuk dapat memiliki akhlak mulia ini dapat dimulai dengan menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya suatu perkara sebelum bertindak. Kerana setiap manusia tidak pernah terpisah dari masalah hidup, jika ia tidak membekalkan dirinya dengan akhlak ini, nescaya ia akan gagal untuk menyelesaikan masalahnya. Dengan agungnya akhlak ini hingga Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa sallam memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya : " Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)." (H.R Muslim).


Akhlak mulia ini terkadang diabaikan oleh manusia ketika amarah telah menguasai diri mereka, sehingga tindakannya pun menampakkan sikap negatif bagi dirinya ataupun orang lain. Padahal Rasulullah sudah mengingatkan dari sifat marah yang tidak pada tempatnya, sebagaimana beliau bersabda kepada seseorang sahabat yang meminta nasihat : " Janganlah kamu marah." Dan beliau mengulangi berkali-kali dengan bersabda : "Janganlah kamu marah." (HR. Bukhari). Dari hadis ini diambil faedah bahawa marah adalah pintu kejelekan, yang penuh dengan kesalahan dan kejahatan, sehingga Rasulullah mewasiatkan kepada sahabatnya itu agar tidak marah.


Tidak bererti manusia dilarang marah secara mutlak. Namun marah yang dilarang adalah marah yang disebabkan oleh dorongan hawa nafsu yang menyebabkan pelakunya melampaui batas dalam berbicara, mencela, mencerca dan menyakiti saudaranya dengan kata-kata yang tidak terpuji, yang mana sikap ini menjauhkannya dari kelemah lembutan. Didalam hadist yang shahih Rasulullah bersabda : "Bukanlah dikatakan seorang yang kuat dengan bergulat, akan tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah." (Muttafaqun 'Alaih).


Ulama telah menjelaskan berbagai cara untuk menyembuhkan penyakit marah yang tercela yang ada pada seorang hamba, yaitu :

1. Berdoa kepada Allah "Azza wa Jalla yang membimbing dan menunjuki hamba-hamaba-Nya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri mereka. Allah berfirman : "Berdoalah kalian kepada-Ku niscaya akan Aku kabulkan." (Ghafir : 60).

2. Terus menerus berzikir pada Allah seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih, bertahlil dan istighfar kerana Allah telah menjelaskan bahawa hati manusia akan tenang dan tenteram dengan mengingati-Nya. Dia berfirman : "Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28).

3. Mengingat nash-nash yang menganjurkan untuk menahan amarah dan balasan bagi orang yang mampu menahan amarahnya, seperti sabda Nabi: "Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya dihadapan para makhluk-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari surga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemauannya." (HR. Tirmidzi, ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat Shahihul jami' No.6398).

4. Merubah posisi ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaknya ia duduk, dan jikalau ia duduk hendaklah ia berbaring, sebagaimana perintah Rasulullah dalam sabda beliau : "Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda/hilang marahnya (maka cukup dengan duduk saja), dan jika belum hendaklah berbaring." (Al-Misykat 5114).

5. Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab-sebab yang akan membangkitkan kemarahannya. Demikianlah jalan keluar untuk selamat dari marah yang tercela. Dan betapa indahnya perilaku seorang muslim jika dihiasi dengan kelemah lembutan dan kasih sayang, karena tidaklah kelemah lembutn berada pada suatu perkara melainkan akan membuatnya indah. Sebaliknya, bila kebengisan dan kemarahan ada pada suatu urusan niscaya akan menjelekkannya. Yang demikian ini telah disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis berikut : "Tidaklah kelembutan itu berada pada sesuatu kecuali akan menjadikannya jelek. "(HR. Muslim) Allah Subhanahu wa ta'ala mencintai kelembutan, sebagaimana sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyenangi kelembutan dalam segala urusan. Dan Dia memberikan pada kelembutan apa yang tidak diberikan-Nya kepada kebengisan."(HR. Muslim). Bersegeralah menghiasi diri dengan akhlak terpuji yang dimiliki rasulullah dan dicintai Allah ini. Dan jauhilah kemarahan, kebengisan dan ketidak ramahan, karena yang demikian akan menghinakan derajat pelakunya dan membuat keonaran dikalangan manusia serta menimbun dosa disisi Allah ta'ala. Ingatlah selalu sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang dihalangi untuk berakhlak lembut, maka ia akan dihalangi dari seluruh kebaikan."(HR Muslim). Wallahu a'lam

kawan..

kawan,sahabat,teman,or friend...
perkataan yang sama saje untuk mngambarkan perhubungan sedemikian..
ianya satu hubungan yang begitu erat jika kita pegang ia dengan baik..
ianya juga boleh menjadi satu perkara yang menyakitkan...
kawan juga boleh menjadi keluarga terdekat..
ia juga boleh menjadi musuh dalam selimut..
teman yang sejati mmg payah nak dicari..
teman yang biasa cukup ramai dikalangan kita..
teman yang mesra senang didapati tp sukar untuk dipelihara..

sahabat
juga memberikan kita semangat...
kadangkala memberikan kita kemurungan..
juga dapat memberi kita kesakitan..
dan dapat juga menghadiahkan kita satu keseronokan hidup..
sahabat ini adalah satu kurniaan dari ilahi...
untuk menggantikan keluarga yang mungkin jauh di mata..
tp kawan ni dekat dengan kita..
boleh diharap apabila diperlukan..
kerana sahabat ni sangat kita perlukan dalam hidup..

teman..
satu ungkapan selain sahabat dan kawan..
teman ni adalah orang yang terdekat dengan kita..
teman ni diperlukan jika kita rasa jauh...
juga dikehendaki jika kita rasa terpinggir..
teman ni adalah orang sangat dekat dengan kita..
teman sebeginila cukup sukar untuk kita cari..
pencarian teman yang sejatilah yang akan membuatkan kita sakit.
sakit dari semua sudut yang ada dalam kehidupan ni..
teman yang memijak kepala kitala yang paling senang kita cari..
teman macam ni lah yang kita kene tolak ke tepi..
kerana dia akan menikam kita dari belakang..
tikam dengan pedang lidah yang cukup tajam dan panas..

jadi...
haruslah kita berhati2 dalam mencari sahabat atau kawan...
kerana kelak kita yang akan merana jika tersilap pilih sahabat..
pemilihan teman juga perlu dititik beratkan..
kerana segelintir teman ni kemungkinan akan menjadi teman hidup..
teman yang akan bersama2 dengan kita sepanjang hayat...
jadi pilihlah yang terbaik dan mampu membimbing kita...
kepada sesiapa yang tidak bertegur sapa dengan kawan2..
perlulah minta maaf atau menjadi pemaaf..
biarla dia tikam belakang,mengutuk dri belakang..
kita sebagai umat islam haruslah bersabar...
dan haruslah kita menjadi seorang yang pemaaf..
walaupun kadangkala kita cukup sukar untuk memaafkan orang..

aku sudah acap kali memerhatikan perkara sebegini..
sudah lali dengan situasi yang bagi aku cukup sedih..
sedih kerana secara tiba2 menjadi musuh dalam sekelip mata..
walau sudah hampir 2-3 tahun berkawan..
kepada rakan2 sebgini..cuba2 buang sikap yang begini..
kerana tanpa rakan,kawan,sahabat ni...
hidup kita tiada makna..tiada seri..
jadi nasihat seorang lelaki yang dah meningkat dewasa..
maafkanlah manusia yang kita anggap kawan...
dan jadilah seorang yang pemaaf..
kerana satu lafaz maaf itu besar pahalanya...
jadi fikirkan dan cuba praktikkan..

Silaturrahim

15 Oktober 2009
Rahim secara bahasa bererti rahmah iaitu lembut dan kasih sayang. Tarahamal qaumu ertinya saling berkasih sayang.


Imam Al-Azhary berkata yang dimaksud dengan firman Allah: "Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam". (Al-Anbiya': 107) adalah kasih sayang.


Tarahhama 'alaihi berarti mendoakan seseorang agar mendapatkan rahmat, istarhama berarti memohon-kan rahmat. Rajulun rahumun (orang laki-laki yang penyayang) dan imra'atun rahumun (perempuan yang penyayang). Ar-Rahmah fi bani adam, berarti kelem-butan dan kebaikan hati.


Seseorang dikatakan dekat dengan kerabat apabila dia telah memiliki kasih sayang dan kebaikan sehingga menjadi sungguh baik dan lebih sayang Abu Ishaq berkata: Dikatakan paling dekat rahimnya iaitu orang yang paling dekat kasih sayangnya dan paling dekat hubungan kerabatnya.


Ar-ruhmu dan ar-ruhumu secara bahasa adalah ka-sihan dan simpati. Allah menyebut hujan dengan nama rahmat. Ibnu Sayyidih berkata bahwa yang dimaksud dengan ar-rahim dan ar-rihimu adalah rumah tempat tumbuhnya anak, dan jamaknya arhaam.


Al-Jauhary berkata ar-rahim berarti kerabat.

Imam Ibnu Atsir berkata bahwa dzu rahim adalah orang-orang yang memiliki hubungan kerabat yaitu setiap orang yang memiliki hubungan nasab dengan anda.

Imam Al-Azhary berkata ar-rahim adalah hubung-an dekat antara bapak dan anaknya dengan kasih sayang yang sangat dekat.

Allah Ta'ala berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan sila-turrahim." (An-Nisa': 1)


Orang Arab mengatakan: " Saya ingatkan engkau dengan takut kepada Allah dan hubungan silatur-rahim".

Dalil-dalil


Allah Ta'ala berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling memin-ta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim." (An-Nisa': 1).


Keluarga adalah pondasi utama terbangunnya se-buah lingkungan masyarakat. Dan perekat pertama hubungan antar manusia adalah pengikat hubungan yang bernilai rububiyah yang merupakan pengikat hubungan yang paling dasar. Allah memuji hubungan manusia karena ikatan kekerabatan. Maka bertakwalah kepada Allah yang kamu saling berjanji dan berikrar dengan keagungan nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain dengan kebesaran nama-Nya dan kamu saling bersumpah satu sama lain dengan nama-Nya. Tumbuh-kanlah nilai takwa di antara kalian agar hubungan kerabat tetap bersambung dan langgeng. Hubungan kerabat adalah hubungan yang sangat penting setelah hubungan rububiyah dan perasaan takut kepada Allah. Kemudian, takut untuk memutuskan silaturrahim, selalu memperhatikan hak-haknya, menjaga kelestarian hubungan jangan sampai menghancurkan dan menganiaya kemesraannya, jangan sekali-kali mencuba mengusik dan menyentuh keutuhannya. Berusahalah untuk selalu dekat, cinta, hormat dan memuliakan silaturrahim. Jadikanlah kerinduan dan keteduhan hidup anda di bawah naungan dan kemesraan silaturrahim, Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan meng-awasi kamu". (An-Nisa': 1)

Dan Allah Ta'ala berfirman: "Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut kepada Tuhannya". (Ar-Ra'd: 21)


Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan agar kita menyambung hubungan baik dengan orang faqir, hubungan baik dengan tetangga dan hubungan baik dengan kerabat dan sanak famili. Apabila manusia memutuskan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah untuk dihubungkan, maka ikatan sosial masyarakat akan hancur berantakan, kerusakan menyebar di setiap tempat, kekacauan terjadi di mana-mana dan gejala sifat egoisme dan mau menang sendiri akan timbul dalam kehidupan sosial. Sehingga setiap individu masyarakat menjalani hidup tanpa petun-juk, seorang tetangga tidak tahu hak bertetangga, se-orang faqir merasakan penderitaan dan kelaparan sendirian dan hubungan kerabat berantakan, sehingga kehidupan manusia berubah menjadi kehidupan hewani serba tidak berharga.

Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang senang diluaskan rizkinya dan ditunda umurnya, maka hendaklah bersilatur-rahim". (Muttafaq 'alaih)

Nasihat-Nasihat

Hiasilah wahai manusia hubungan kerabatmu dengan ridha Allah, langkah-langkahmu menuju ke tempat tinggal kerabatmu adalah keberkahan dan derajatmu akan tinggi di sisi Allah bila engkau melangkahkan kaki untuk bersilaturrahim. Malaikat rahmah selalu mengiringimu dan merupakan ibadah kepada Allah pada saat engkau bersilaturrahim serta engkau akan mendapatkan pahala dan pengampunan dari Allah. Tatkala engkau mengunjungi bibimu yang sedang sakit berarti engkau telah menghiburnya dan sebagai tanda keberhasilan dalam mendidikmu.


Saudara laki-laki dan saudara perempuan baik sekandung maupun hanya saudara sebapak atau seibu, atau sepersusuan, semuanya hendaklah saling menyayangi, menghormati dan menyambung hubungan kera-bat baik pada saat berdekatan atau berjauhan.


Hubungan persaudaraan khususnya antara saudara laki-laki dengan saudara perempuan memiliki sentuhan yang sangat unik yaitu sentuhan batin yang sangat lembut serta kesetiaan yang sangat dalam dan semakin hari semakin bertambah subur walaupun berjauhan jarak tempatnya.


Wahai saudariku sekandung, Allah mewasiatkan kepadaku agar aku selalu menyambung silaturrahim, secara fitrah kita bersaudara dan dengan Kitabullah kita diperintahkan bersilaturrahim serta Allah mengancam dengan siksa dan celaka bagi orang yang memutuskan hubungan kerabat.


Dari Jubair bin Muth'im bahwa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan masuk Surga orang yang memutuskan hubungan kerabat". (Muttafaq 'alaih)


Menyambung silaturahim dengan paman dan bibi adalah termasuk bagian dari silaturrahim, berdasarkan hadits dari Abu Hurairah bahwa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apakah kamu tidak sadar bahwa paman seseorang adalah saudara bapaknya".


Menyambung hubungan kerabat dengan anak pe-rempuan dari saudara perempuan termasuk bersilatur-rahim dengan ibunya dan demikian pula bersilatur-rahim dengan saudara perempuan ibu. Dari Barra' bin Azib bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Saudara perempuan ibu (bibi) memiliki keduduk-an seperti ibu". (Muttafaq 'alaih)


Dari Ibnu Mas'ud bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Saudara perempuan ibu (bibi) adalah ibu". (HR. Ath-Thabrani)


Wanita adalah makhluk yang lemah dan menjadi kuat karena dengan adanya laki-laki. Pada saat saudara laki-laki berkunjung ke rumah saudara perempuan, maka dia bergembira dan berbahagia dengan kunjungan tersebut. Suami dan keluarganya juga ikut bergembira, dengan rasa bangga saudara perempuan tersebut bercerita kepada penduduk kampungnya bahwa saudara laki-laki tersebut datang berkunjung untuk mengetahui keadaan dan kesehatannya dan mereka itulah yang menjadi penopang hidupnya setelah Allah pada saat-saat susah dan kesulitan.


Betapa lezatnya makanan yang datang dari sauda-ra, bapak atau paman serta betapa berharganya hadiah yang datang dari saudara dan kerabat.


Saudara perempuan tersebut mengungkapkan kegembiraan dengan mengucapkan semoga Allah melu-ruskan niatmu wahai saudaraku, semoga Allah senantiasa memberi keselamatan kepada kalian dari setiap musibah, saya sangat berbahagia atas kehadiran kalian dan saya sangat bergembira dan bangga dengan kunjungan kalian di hadapan suami saya dan keluarganya. Wahai saudaraku tatkala kalian masuk ke rumahku seakan ruangan rumahku bercahaya dan seluruh rahasiaku ingin aku ungkapkan serta keadaanku berubah semua. Hadiah yang kalian berikan walaupun sederhana akan tetapi sangat berharga bagiku bukan karena mahalnya akan tetapi pemberian itu dari tangan kalian. Saya merasa bangga dan mulia dari seluruh manusia di dunia ini.


Wahai saudaraku, kunjungan kalian mendatangkan suasana baru bagi hidupku dan saya melihat ruangan rumahku seakan semakin cerah setelah kedatangan kalian. Kegembiraan yang tak mungkin dunia memberikannya kepadaku dan kebahagiaan seakan aku mampu memeluk bintang gejora. Tidak ada saat yang paling bahagia dalam umurku tatkala kalian memuliakan rumahku dengan kunjungan kalian.

Ya Allah saya bersaksi di hadapanMu bahwa sau-dara-saudaraku telah bersilaturrahim, maka sambunglah ya Tuhan Dzat Yang Maha Penyayang.


Wahai saudaraku, kalian hanya sekedar menunaikan kewajiban dan tugas kemasyarakatan, tetapi saya berbahagia selamanya yang tidak mungkin terhargai oleh apa pun.


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, maka rahim berdiri dan berkata: Ini adalah kedudukan yang tepat bagi orang yang berlindung dari memutuskan hubungan silaturrahim, Allah Ta'ala berfirman: "Benar, bukankah engkau senang jika Aku menyambung orang yang menyambung silatur-rahim dan saya memutus orang yang memutuskan silaturrahim. Dia berkata: "Ya, Allah Ta'ala berfirman: "Itulah permohonanmu yang Aku kabulkan."


Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bacalah jika kalian mau firman Allah Ta'ala (artinya): "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?" (Muhammad: 22)


Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu 'anhu bahwa dia berkata bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Rahim bergantung di 'Arsy, lalu berkata: "Barangsiapa yang menyambungku, maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskanku, maka Allah akan memutuskannya".


Sesungguhnya orang-orang yang berakal dan berfikir serta berhati yang jernih akan mampu mencerna makna nasihat kebenaran dan kemudian menjadi peringatan baginya.


Allah Ta'ala berfirman: "Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Rabbnya dan takut kepada hari hisab yang buruk". (Ar-Ra'd: 21)


Inilah sifat seorang mukmin, setiap apa-apa yang diperintahkan Allah Ta'ala untuk menghubungkan, maka mereka pun menghubungkan. Mentaati secara sempurna dan istiqamah di atas kebenaran dan berjalan di atas manhaj Kitabullah dan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan mampu menyelamatkan kita dari penyelewengan dan kesesatan.


Orang yang terbiasa tidak menjaga janji Allah dan tidak istiqamah di atas jalan lurus sesuai kehendak Allah, maka dia tidak mungkin mampu memegang janji dan ikatan dengan siapa pun. (Kholid Ar Rasyid)

pembebasan bebanan...

tinggal lagi 1-2 minggu untuk dihabiskan aku punya final part 5 ni..
tapi masih banyak lagi yang aku perlu buat..
terlalu rumit untuk aku mmbuat smua itu dalam masa yg sangat singkat..
mmbuat photoshoot adalh perkara yg paling rumit..
sbb ia memerlukan satu ketelitian didalam membuatnya...
aku pula bukan mempunyai kepakaran di dalam photography ni..
hanya pertolongan rakan2 yang akan membuatkan aku lebih tahu..
aku juga tidak ada satu kepakaran di dalam mencari seseorang model..
model untuk pakaian aku..kesemua model yang diperlukan adalah bersaiz xl keatas..
cukup sukar untuk aku mencarinya....
aku pula jenis yang cukup malu untuk berhadapan dengan orang lain selain dr family n friend..
tp akan aku cuba untuk kuatkan diri ini untuk aku berdepan semua itu..

pakaian yang akan dibuat nnti adalah pakaian yg lain dri yang lain..
kerana ia lukisan tangan sepenuhnya..
lain dr lukisan batik kerana ia menggunakan sepenuhnya tangan..
lukisan yang dibuat nnti menggunakan motif yang berunsurkan ketimuran...
aku sebenarnya cukup malas nk buat benda2 ni..
tapi aku kuatkan juga diri ini untuk ak membuat benda2 itu..
kerana kemasukan aku ke bidang grafik ini adalah untuk aku mempelajari bahagian advertising..
bidang yang sangat aku minati...bidang yang lebih santai..
kerana aku tidaklah power dalam melukis jika aku masuk ke bidang animation..
kerana aku lebih meminati penggunaan komputer dr manual..
mungkin kerana Tuhan memberikan aku kelebihan di dalam penggunaan komputer..
tetapi aku akan cuba untuk menguasai penggunaan tangan..
supaya tidak kekok dalam memasuki industri nnti..
aku juga meminati profession lecturer..
tpi aku tidak mempunyai kelebihan di dalam profession itu.
kerana aku tidak pandai dalam mengajar org..
walaupun aku suka ajar org..tp tidakle power..

berkenaan diriku ketika ini pula...
aku didalam satu dilema yang sangat besar..
tidak aku tahu apakah dilema tersebut..
aku sedang mencari dilema itu..
cukup sakit apabila memikirkan dilema tersebut..
tetapi akan aku cuba mengurangkan kesakitan itu..
kerana jika aku terus menerus memikirkan dan menyimpannya..
diri ini akan menjadi lain..lemah dan tidak bermaya...
dan juga menjadi mcm separuh giler..aku tidak mahu menjadi sbegitu rupa..
cukuplah aku giler dengan kerja2..jgn ditmbh lagi dengan giler yg aku sendiri tidak thu..

cukupla untuk hari ini..
lain hari plak aku memberikan coretan bersahaja..

minda terasa berat, jiwa menjadi kacau bilau dan hati menjadi sekecil zarah..

Tanda Cinta Sejati

07 Oktober 2009

Anda dapat menemukan seseorang yang benar-benar sangat cocok untuk dijadikan pasangan hidup dan bahkan memilikinya lebih dari satu dalam hidup Anda. Tetapi kemudian bagaimana Anda benar-benar mengetahuinya dengan yakin?

Berikut bantuan untuk meyakinkan keputusan hubungan Anda:


Ungkapkan keinginan dan mengapa menginginkannya?

Anda harus memiliki kejelasan tidak hanya tentang apa yang Anda ingin dari cinta, tetapi apa yang diinginkan dalam hidup dengan pasangan Anda. Segera setelah mengetahui itu, Anda akan yakin telah masuk dalam suatu hubungan dengan tujuan dan visi yang jelas seperti apa hubungan Anda dengan dia. Menentukan kriteria akan membantu terhindar dari kesulitan terlibat dengan seseorang yang tidak cocok bagi Anda.


Ukur romantisme Anda

Meskipun kedengarannya basi, buatlah daftar harapan pasangan ideal Anda. Isi dengan keinginan pasangan sempurna, istimewa tetapi realistis. Semakin banyak Anda tahu apa yang sesuai bagi Anda, semakin mudah menangkap saat bila dia akan berjalan bersama Anda.

Cintai diri sendiri

Ada pepatah lama mengatakan: “Anda tidak akan bisa membahagiakan orang lain sampai Anda membahagiakan diri sendiri.” Hal ini tidak hanya akan membantu pada saat bertemu dengan seseorang yang baru tetapi juga membantu Anda memulai hubungan pada saat yang tepat.


Jadilah yang terbaik

Cinta bukan hanya sekedar mencari seseorang yang akan membuat Anda bahagia. Kecocokan akan menghasilkan yang terbaik- mungkin seseorang yang akan membuat Anda menjadi orang yang bahagia dan lebih produktif.


Cara terbaik untuk menemukan cinta sejati adalah pintar-pintarlah memilih seseorang dan jelas mengapa Anda memilihnya.

bebanan terlepas...

pada hari ini...
aku telah mengalami satu bebanan yang sangat berat..
satu bebanan yang boleh memberikan aku sakit kepala..
bebanan yang memberikan aku tekanan..
melepasinya adalah saat yang paling gembira..
setelah berada di dalam dilema untuk melepasinya..
cabaran demi cabaran aku laluinya dengan sempurna..
walaupun pada permulaannya agak down..
tetapi selepas itu bangkit kembali...
tidak ku tahu adakah ia akan memberikan aku satu kepuasan..
kepuasan yang lebih apabila mendapat keputusannya..
untuk keesokkannya..ada satu lagi bebanan berat akan menimpa..
bebanan ini lagi berat untuk ditanggung..
tetapi InsyaAllah aku akan dapat melaluinya..
malas nk tulis panjang2..kepala da berat..
esok plak akan menyusul..

minda terasa berat, jiwa menjadi kacau bilau dan hati menjadi sekecil zarah..

Dosa-Dosa Besar...

05 Oktober 2009
Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:


01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homoseks (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak

35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

petikan minda....

kali ini aku ingin membincangkan pasal wanita..
wanita ni sebenarnya satu ciptaan Allah yang terbaik..
kerana wanita ni mempunyai satu naluri yang berbeza dengan lelaki...
naluri yang membuatkan dirinya sangat istimewa..
penerapan naluri itu kedalam diri wanita itulah yang membuatkan..
lelaki sangat tertarik dngan wanita ini...
rupa paras wanita juga memberikan ekspresi pertama kepada lelaki...
itu terjadi kerana lelaki skarang lebih pandang kepada rupa paras..
tidak seperti zaman dahulu..yang lebih penting adalah hati..
sekarang ia berlaku kerana kurangnya iman dalam diri..
hanya pentingkan kepada rupa paras..
jangan terpedaya kepada rupa paras..kerana ia boleh membunuhkan lelaki..
bukan semua wanita yang berkelakuan sedemikian..
hanya segelintir sahaja yang berbuat begitu...
wanita2 seperti inilah yang membuatkan lelaki menjadi tergila2..
harus diingat bahawa kecantikan wanita tidak sama dengan wanita di syurga..
memang perlu juga kecantikan dalam diri wanita itu..
pada aku kecantikan yang ada dalam hati lebih baik..
kerana hati yang cantik..akan membuatkan rupa paras automatik cantik..
ini adalah pandangan aku..kerana ia adalah kecantikan sebenar..

wanita bagi aku adalah makhluk yang cukup baik..
kerana kebaikan dalam dirinya tidak sama...
jika dapat yang baik..mmg cukup bertuah..
jika dapat yang agak kurang baik..kita boleh ubahnya kepada baik..
tetapi ia memerlukan masa yang lama untuk mengubahnya..
kerana petunjuk adalah daripada ALLAH S.W.T..
jika tidak dapat petunjuk daripadaNya..kita tk dapat berbuat apa2..
kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukannya...
pada zaman sekarang ni...faktor umur tidak perlu diambil kira..
kerana jodoh adalah pegangan Tuhan..
tidak kita perlu untuk berbunyi dengan apa yang Tuhan bagi..
terimalah dengan seadanya..lebih baik daripada tidak dapat apa2..
cukuplah setakat ni untuk hari ini..
esok2 dalam usluk bicara yang lain plak

minda terasa berat, jiwa menjadi kacau bilau dan hati menjadi sekecil zarah..

Balasan Syurga Bagi Wanita...

04 Oktober 2009
Keadaan wanita di dunia ini tidaklah lebih dari:
  • Mereka meninggal sebelum sempat menikah.
  • Mereka meninggal setelah diceraikan suaminya, dan belum sempat menikah dengan yang lain.
  • Mereka telah menikah, akan tetapi suaminya tidak bersamanya di syurga, semoga Allah SWT melindungi kita dari hal ini.
  • Mereka meninggal setelah suaminya meninggal.
  • Suaminya meninggal dan mereka tetap tidak bersuami baru hingga meninggalnya.
  • Suaminya meninggal kmudian merekapun dinikahi oleh laki-laki lain.

Keadaan di atas masing-masing kelak akan mempunyai balasan tersendiri saat mereka di syurga sebagai berikut:

Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di surga dengan seorang laki-laki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Di surga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan."(Hr. Muslim).

Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Apabila seseorang belum menikah, yaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkan dengan laki-laki yang ia sukai di surga. Karena kenikmatan surga tidaklah hanya khusus untuk laki-laki saja, akan tetapi semuanya adalah juga untuk laki-laki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan (surga) adalah perkawinan."(Al-Majmu' al-Tsamin, 1/175).

Dan juga seperti mereka yang meninggal setelah diceraikan, wanita yang suaminya tidak masuk surga. Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Seorang apabila termasuk ahli surga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ahli surga, maka sesungguhnya bila ia masuk surga, di sana akan ada laki-laki ahli surga yang akan memperisterinya." (Al-Majmu' al-Tsamin, 1/173) Maksudnya akan menikah dengan salah seorang dari mereka.

Wanita yang meninggal setelah sempat menikah, maka saat di syurga ia untuk suaminya yang dahulu.

Wanita yang suaminya meninggal kemudian tetap tidak menikah setelah kematian suaminya hingga ia pun meninggal, maka ia akan tetap menjadi isterinya di syurga.

Wanita yang suaminya meninggal dan kemudian menikah dengan laki-laki lain, maka ia untuk suami yang paling terakhir, walaupun sempat menikah berkali-kali, berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Wanita adalah untuk suami terakhirnya."(Silsilah al-Ahadits al-Shahihah li al-Albani, 1281).

Dan berdasarkan perkataan Hudzaifah ra. kepada isterinya: "Jika kamu tetap ingin menjadi isteriku di surga, maka janganlah menikah dengan siapapun sepeninggalku. Sesungguhnya wanita saat di syurga adalah untuk suami terakhirnya di duania kerana itulah Allah SWT pun mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk dinikahi oleh orang lain sepeninggalnya, kerana mereka itu kelak akan menjadi isteri-isterinya di syurga." (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah li al-Albani, 1281).

Petanyaan: Bila ada yang berkata: "Sesungguhnya tersebut dalam do'a jenazah kita membaca:

"Dan gantikanlah (untuknya) suami yang lebih baik dari suaminya (yang terdahulu)."(Hr. Muslim).

Maka jika ia telah bersuami, bagaimana kita mendo'akan untuknya dengan do'a seperti itu dan kita mengetahui bahwa suami di dunia akan menjadi suami di surga, akan tetapi bila ia belum mempunyai suami dimanakah suaminya ?

Jawapan: Adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ibn 'Utsaimin yaitu: "Jika dia belum menikah, maka yang dimaksud adalah suami yang lebih baik dari suami yang ditakdirkan untuknya jika dia tetap hidup. Adapun jiaka dia sudah menikah, maka yang dimaksud dengan suami yang lebih baik adalah yang lebih baik sifat-sifatnya di dunia, karena yang disebut dengan menggantikan adalah bisa dengan menggantikan orangnya seperti bila kita menukar kambing dengan unta, atau bisa dengan mengganti sifat-sifatnya seperti bilamana kita berkata: semoga Allah menggantikan kekufuran orang itu dengan keimanan, atau seperti pada firman Allah SWT:

(aitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit,… (QS. Ibrahim:48). Dimana buminya adalah tetap bumi ini akan tetapi diratakan dan langitnya adalah tetap langit ini akan tetapi terbelah." (Al-Bab al-Maftuh, 3/23-24).

minda berterbangan...

pada hari ini aku tidak berbuat apa2 pun..
kecuali bawa barang yang aku ingin buat dalam kelas..
selebihnya bka internet n on9..
itulah keje aku hari ini..
sbb aku punya kerja masih lagi ada masalah..
masalah berkenaan pakaian yang akan aku contengkan..
masih lagi tidak menepati piawaian semasa 9002:1
baju yang diperlukan adalah lebih besar..
tp yang aku beli masih lagi tidak dapat memuaskan hati pensyarah..
jadi aku terpaksa untuk berulang alik skali lagi ke SP..
untuk mencari pakaian yang lebih sesuai dengan aku punya produk...
jika ikutkan hati malas nk datang dah...
tp disebabkan telah berjanji dengan pensyarah..terpaksala aku datang juga..
walaupun lwt hampir 1 jam..
tp yang syoknya still dapat sign attendance..

yang paling penting adalah dapat melihat wajah kawan2..
kawan2 adalah organn yang paling penting di negeri kedah ini bg aku..
kerana hanya kawan2 saje yang dapat membantu..
kerana family berada jauh di mata..
hanya kawan2 saje yang dapat memberikan semangat berterusan kepada aku..
terdapat juga kawan2 yang sangt istimewa..
kawan seperti inilah yang dapat memberikan semangat yang jitu..
untuk aku meneruskan pengajian aku ini...
kawan yang istimewa ini jugalah yang memberikan aku kehidupan yang baru..
ketika ini aku telah menemui seorang dua kawan yang boleh memberikan makna kepada aku...
penemuan yang tidak disangka2 ini memberikan aku penanda aras dimana aku sebenarnya..
adakah aku masih lagi dialam khayalan atau realiti...
mungkin Tuhan ingin memberikan aku satu peluang untuk aku merasai nikmat itu..
nikmat yang tidak pernah kurasai selama ini...
terus terang cakap tidak ku pernah merasai perkra sebegini...
walaupun dah hampir 23 tahun umurku..
tapi tidak pernah kurasakan benda2 begini...
adakah hatiku telah terbuka untuk menerima perkara itu..
kerana selama ini ia tertutup rapi tnpa diusik.
dan kini ia telah dikacau oleh seorang dua yang mampu mengoncangkan hati ini..

pada aku benda itu lumrah dunia..
sesiapa pun akan merasainya..
cuma masa sahaja yang menentukan bila ia akan berlaku..
dan bagi aku kini sudah terpancar cahaya tu kepada aku..
cahaya yang berunsurkan kecintaan yang padu..
katakan lah aku ni jiwang..tetapi ini yang aku rasai..
sudah lama terperap didalam hati ini..
dan kini ia terburai sudah..

sekian sahaja nukilan malam ini..
esok lusa benda yang lain plak...

minda terasa berat, jiwa menjadi kacau bilau dan hati menjadi sekecil zarah..