10 perangkap syaitan

11 Julai 2011
firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

dalam dunia zaman moden sekarang ni...manusia seakan sudah lupa bahawa mereka ini ada perkara yang perlu untuk dipersiapkan untuk dibawa ke akhirat kelak...dalam keterbukaan minda mereka kepada perkara2 yang batil menyebabkan mereka ini terbuai2 dengan mimpi bahawa mereka ini masih lagi jauh untuk sampai ke peringkat yang mana benda yang sangat dekat dengan kita yakni MATI...

dalam post kali ini saya ingin meluangkan sedikit masa untuk membahaskan perkara berkenaan dengan benda yang juga sentiasa ada dengan kita selain ALLAH,Malaikat..yakni syaitan...benda yang sering membisikkan ke dalam telinga kita dengan perkara2 yang boleh membawa kita ke arah kehancuran jika tidak kita sedari akan tipu daya syaitan ini..yang mana makin hari makin menjadi2 dan kita pun terikut2 dengan rentak mereka...bersuka ria la mereka akan tipu daya mereka telah berjaya dimakan oleh manusia yang lalai...

dari percakapan kita sehingga kepada perlakuan kita adakah kita sedar bahawa kita sudah diperdaya oleh syaitan...dengan bahasa2 yang kasar dan agak kurang ajar...bahasa kesat...adakah itu hanya terbit dari naluri kita ini...atau adakah ia bisikan2 misteri syaitan yang telah berjaya memperdaya manusia khususnya umat islam untuk terus menari2 dengan syaitan ini...

terdapat 10 pintu utama yang akan dimasuki oleh syaitan seperti yang diberitahu oleh ulama yakni :

Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering “ (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.

Kesepuluh melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

maka haruslah kamu untuk sentiasa bersedia menangkis akan tipu2 daya syaitan ini supaya kamu tidak akan tergolong sekali dalam keluarga syaitan ini...jadikan Rasulullah sebahai idola atau bapa kepada kita..kerana dialah insan yang sempurna...dan dilampiri dengan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T...insyaAllah kamu akan berjaya melalui hidup ini dengan baik...

Dajjal,Yakjuj Makjuj,Nabi Isa dan Juga Imam Mahdi

10 Julai 2011
Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernamaYafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu. Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat

DAJJAL

Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:
Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?
Dalam hadis diceritakan:
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?
Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”
Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”
Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Gelaran Al Masih
Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.
Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.
Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:


Kisah Malaikat penghantar amalan solat akhir waktu

Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…

tapi jika bersolat ada “Posmen” pula untuk hantar

amalan kita pada Allah….

Kisahnya….


Setiap kita ada malaikat…

Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.

Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..

Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol… Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….

Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga… Tapi sekatannya… MasyaAllah….

Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita… Kenapa lewat poskan
amalan kita… Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…

Tetapi… Penjaga langit pertama tidak heran… Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai….

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….

Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua….. Samalah juga…. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan… Merayu lagi posmen kita. Tapi masih tidak dipedulikannya…

Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….

Dikutip satu persatu amalan kita… Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…

Dilangit ketiga… Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….

Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi… Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita…. Tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…

Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….

Tak di dunia di akhirat pula….

Hilang duit…. Hati risau…
Tender ditolak…. Ujian bertimpa-timpa….Ishhhh….

Tak berbaloikan kita buat amal…. Tapi tak sampai….
Dahlah tu…Tak de nilai….. Kena azab lagi nanti….

Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami, suka solat di
awal waktu. Gentarkan hati kami selagi kami tak segerakan…
Biarlah kami gentar di dunia… Agar kami tidak gentar lagi di hari akhirat..

Ameen….


kredit to armadrafar.wordpress.com

Isra' wal Mikraj...

02 Julai 2011
Sebelum Israk Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk Mikraj (dari Masjidil Haram kepada Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Israk Mikraj (Naik ke Hadrathul Qudhus untuk bertemu dengan Allah)


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj


Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Imam Muda 2




Alhamdulillah....pada tanggal 1 Julai 2011..maka berakhirlah program yang menjadi suatu program yang paling dinanti-nanti oleh semua rakyat malaysia...satu program yang telah memecahkan tradisi...program yang telah memberikan ilham baru dan juga persepsi baru kepada orang2 muda...yang sememangnya diharapkan untuk memimpin masyarakat...


daripada 9 minggu yang mencabar...dengan cabaran serta tugasan2 yang menguji akal serta psikologi para peserta..ke semua imam muda musim kedua ni telah berjaya untuk menghadapinya dengan baik walaupun pada akhirnya hanya tinggal Imam Muda Hassan dan juga Imam Muda Nazrul di peringkat akhir...akan tetapi mereka2 yang tersingkir ini juga tidak kurang hebatnya kerana mereka mampu untuk mencapai tahap yang diperlukan untuk memasuki program imam muda ni....bukan semua yang mampu untuk mencapai piawaian standard....kerana kesemua yang terpilih ini adalah hebat2 belaka....

ana sangat meminati program ini kerana di dalamnya terdapat banyak input2 yang ana tidak tahu....untuk menjadi seseorang imam yang juga ketua kepada masyarakat haruslah bersedia dari semua segi.....dari ilmunya hingga kepada penampilannya...haruslah lengkap...dan kesemua 10 Imam Muda yang dipilih mempunyainya.....dari segi pertuturan juga haru fasih dan yakin dalam hujahnya.....ini yang ana cuba belajar...cuba untuk memperbaiki diri ini walau sedikit...


dan akhirnya daripada 10 Imam Muda...tinggallah 2 orang imam muda yakni Ustaz Hassan dan juga Ustaz Nazrul...dengan hujah serta bacaan yang penuh keyakinan telah memberikan satu saingan yang sengit kepada ke dua2 Imam Muda ini...pada permulaannya ana melihat yang Ustaz Nazrul yang akan memenangi Imam Muda kali ini....ana tertarik dengan gaya beliau ni...kepetahan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau...tidak ana lupakan juga pada Ustaz Hassan..seorang anak yatim yang telah berikan yang terbaik buat dirinya sendiri dan juga pada keluarganya...khususnya ibunya,seorang penoreh getah...ana salute pada ibu ustaz Hassan kerana telah berjaya melahirkan seorang insan yang hebat seperti Ustaz Hassan ini....jadi tak sia-sia lah pengorbanan ibunya kerana Ustaz Hassan telah berjaya menjadi juara Imam Muda yang kedua ini..tahniah diucapkan pada Imam Muda Hassan..pada Imam2 Muda yang lain...anda semua juga adalah juara kerana andalah pemimpin muda yang dicari2 oleh masyarakat sekarang khasnya untuk berdakwah dengan orang muda....teruskan kecemerlangan anda semua dan diharap mampu untuk melahirkan Imam Muda yang lain di masa akan datang....dan kita nantikan pula program Ustazah Pilihan...walaupun ana membantah keras program ini dijalankan...

Ilmu Agama yang akan terus hilang

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."

HR Muslim

keterangan

Satu demi satu ulama2 kita meninggalkan kita...dengan ilmu yang ada pada mereka ini...mampu untuk kita berpijak dibumi yang nyata...berapa ramai lagi ulama or ustaz yang ada di dunia ini...khasnya di Malaysia ini...jika dari sekarang kita tidak ambil ilmu2 dari mereka ini...kemungkinan kita akan terus ketinggalan dan kita akan dianggap jahil jika kita tiada ilmu berkenaan agama Islam kita sendiri..

kita sendiri tahu kan bahawa ulama itu pewaris nabi....mereka inilah yang punya autoriti dalam agama....jika tiada mereka ini...kemana hala tuju Islam itu sendiri....tapi sekarang dimana letaknya taraf alim ulama kita...sudah seperti tiada penunjuk aras bahawa mereka ni lebih berkuasa dari kita..malahan mereka ni sudah tiada terdaya lagi untuk menghalang atau memberi nasihat pada orang zaman sekarang...sepertinya tiada telinga untuk mendengar kata2 mereka...malahan hanya boleh dengar saja...actionnya tiada....sedarlah semua bahawa....tanda2 kiamat sudah banyak kelihatan...di negara arab pun sudah ada persengketaan..peperangan yang semakin menjadi2....masalah sosial yang semakin berat...jika kita sendiri tiada ilmu agama..bagaimana untuk kita menempuh arus kemodenan yang semakin lalut ini..

pada hari ini pun sering kali kita dengar ustaz,imam,ustazah kita dicerca..diherdik..difitnah...kerana apa????....kerana yang mencerca,mengherdik ni tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memahami apa yang cuba disampaikan....orang yang mempunyai ilmu yang lebih dari kita..haruslah kita hormati mereka.....tapi...sesetengah orang pada hari ini dengan sesuka hati saja...memperkatakan benda2 yang kurang elok kepada alim ulama ini....kita sendiri pun tak pasti bila kita akan melangkah ke dunia yang baru...yakni Akhirat..jadi moleklah dari sekarang kita mempelajari seberapa banyak ilmu agama yang kita mampu....supaya tiada kesusahan di masa hadapan....