Kisah Juraish Dan Ibunya

20 Mei 2010
Untuk relate kepada sambutan hari ibu ini,aku ada satu kisah dimana seorang lelaki yang bernama Juraish dan juga seorang ibunya yang sudah tua. Untuk dijadikan cerita,seorang pemuda yang bernama Juraish yang sangat tekun dan khusyuk dalam beribadat dan telah menjadikan sebuah pondok kecil di hujung kampong sebagai sebuah surau untuk beliau beribadat di dalamnya.Juraish ni mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan mengharapkan Juraish ni sebagai tempat menghuraikan segala isi hati dan menghabiskan hari-hari tua bersama anak lelakinya itu.

dipendekkan cerita,pada suatu hari ni,ibu kepada Juraish ni telah pergi ke tempat pengibadatan anaknya di hujung kampung sana,sesampainya ibu Juraish di pondok itu,dia melihat Juraish sedang khusyuk beribadat,dan ketika itu ibunya memanggil anaknya itu,dan setelah mendengar panggilan dari ibunya ketika Juraish sedang asyik bersolat,Juraish merasa ragu samada mahu meneruskan solatnya itu atau menyahut panggilan ibunya,dan Juraish membuat keputusan untuk meneruskan solatnya itu,begitu jugalah perkara sama yang berlaku untuk hari ke-2 dan ke-3.

tetapi pada hari ke-3 ,ibu Juraish yang sudah semakin tidak sabar kerana panggilanya tidak disahut oleh anaknya itu telah keluarlah kata-kata “YA ALLAH,JANGAN ENGKAU MATIKAN ANAKKU INI SEBELUM DIA BERTEMU DENGAN SEORANG PENZINA”.kisah ini menjadi semakin menarik kerana selepas kata-kata ibu Juraish yang seakan doa itu telah memberikan satu kesusahan kepada Juraish kerana Juraish ini terkenal dengan kewarakannya dan kerajinan dalam beribadat.dan ketika ini ada segelintir orang yang tidak suka akan apa yang dilakukan oleh Juraish dan keluarlah cerita bahawa,Juraish ini tidak melayan panggilan ibunya dan ada satu agenda untuk mengoncang iman Juraish ini dan ketika itu datang seorang wanita yang sanggup mengoncang iman Juraish ini dengan kecantikkannya.

maka wanita itu pun pergi ke tempat ibadat Juraish untuk menggodanya supaya melakukan zina dan bermacam-macam cara dilakukan oleh wanita tersebut untuk menggoda Juraish akan tetapi ia tidak berjaya dan telah berputus asa dan beralih kepada seorang penggembala kambing yang tinggal di sebelah rumah ibadat Juraish dan telah menggodanya dan dia berjaya untuk berzina dengan penggembala kambing itu dan akhirnya diketahui bahawa wanita itu telah hamil dan orang kampung telah menanyakan kepada wanita tersebut siapa yang bertanggungjawab menghamilkan dia dan wanita tersebut telah menfitnah Juraish dengan mengatakan Juraish yang telah menghamilkan dia dan setelah lahir,orang2 kampung telah menuju ke rumah Juraish untuk mendapatkan kebenaran adakah dia yang telah menghamilkan wanita itu dan

ketika itu Juraish hanya menggelengkan kepala dan keluarlah satu ayat dengan berkata “engkau tanyalah anak itu siapa bapanya”..dan orang kampung ketika itu seakan tidak percaya dengan kata2 Juraish itu dan mengatakan kepadanya sebagai seorang yang gila,akan tetapi Juraish berkata perkara yang sama juga,dan orang kampung pun bertanya kepada anak kecil itu dan anak kecil itu berkata bahawa bapanya adalah seorang pengembala kambing dan orang2 kampung telah memohon maaf kepada Juraish dan berterima kasih kepada Juraish kerana sudi memaafkan mereka dan ketika itu ibu Juraish telah merasa sesal kerana kata2nya telah menjadi kenyataan dan telah bertaubat untuk tidak berkata sedemikian lagi.


apa yang ingin dinyatakan dalam cerita ini adalah doa dari ibu sangat mustajab dan Allah akan memakbulkan segala doa kaum ibu ini.dan satu lagi bahawa ingin ditonjolkan seorang insan yang sangat khusyuk dan tekun dalam beribadat.


Pahala Kaum Ibu

Salam diucapkan kepada pembaca2 sekalian…pada kali ini aku ingin membicarakan satu topic berkenaan ibu dimana ia bersempenakan hari ibu yang kita sambut baru2 ini.walaupun agak terlewat artikel ini dikeluarkan,tetapi input yang ada didalam ini diharapkan akan sampai disetiap sanubari hati pembaca,dan cuba sampaikan kepada ibu2 anda sekalian..

Artikel kali ini adalah berkenaan pahala2 bagi kaum ibu yang menguruskan anak.seperti sedia maklum bahawa kaum ibu ini adalah seorang wanita yang sangat tabah dan sangat bersabar dengan segala kerenah anak-anaknya.Kita semua tahu bahawa ibu ini adalah seorang manusia yang melahirkan kita dan telah banyak berkorban untuk kita semasa kita masih kecil dengan menjaga dan menyusukan kita,kaum bapa juga banyak membantu kita dari aspek yang lain pula..tetapi pada kali ini aku ingin memfokuskan kepada kaum ibu dulu..dan mari kita perhatikan dan memikirkan apa yang Allah telah sediakan ganjaran pahala kepada kaum ibu ini.


1.2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada solat 80 rakaat wanita yang tidak hamil

2.wanita yang hamil ini juga mereka mendapat ganjaran pahala puasa di siang hari dan juga pahala ibadat di malam hari.

3.Wanita yang bersalin akan dianugerahkan pahala 70 tahun solat dan puasa

4.setiap kesakitan pada urat ibu yang ketika sedang bersalin,Allah akan menanugerahkan ganjaran satu pahala haji.

5.sekiranya ibu itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira mati syahid dengan syarat taqwa

6.Ibu yang member susu dari badannya kepada anaknya ketahuilah bahawa setiap titik susu yang diminum itu akan diberikan ganjaran satu pahala

7.Ibu yang member minum susu badan kepada anaknya yang menangis akan diberikan ganjaran pahala 1 tahun puasa dan solat

8.Sekiranya ibu itu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun,malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa ibu tersebut akan wajib mendapat nikmat syurga .

9.seorang ibu yang menghabiskan tidur malam dalam keadaan tidak selesa kerana menyusukan anaknya yang sedang sakit akan dianugerahkan pahala seperti melepaskan 20 orang hamba

10.Ibu yang tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya.

11.dan apabila ibu tersebut menghiburkan anaknya akan diberikan ganjaran pahala 12 tahun jumaat

Wanita graphic UiTM Kedah

10 Mei 2010
ya...inilah pula post berkenaan kaum hawa yang selama ini bersama dengan aku dalam susah atau senang,dalam duka atau suka..mereka ini adalah aku anggap sebagai bunga2 yang sedang mekar ditepian kolam dan menunggu dipetik oleh mana2 manusia yang menginginkannya kerana mereka semua ini adalah kelompok wanita yang telah matang dan mampu untuk memberikan satu satisfaction kepada sesiapa yang mengambilnya..
aku mulai dengan:

1.Anna Abiza

- Aunty Anna’s....ini dia sorang yang cukup menyenangkan,memang kene dengan namanya Farhana,Yang Mengembirakan..kau sememangnya membuatkan aku gembira melihat kau..dengan senyuman kau tuh telah meruntun hati ini..tapi jgn salah anggap..kerana ia bersifat pandangan biasa saje..kau juga bnyk membantu aku dikala aku menghadapi masalah yg aku rasa tidak mampu handle...dan juga game kejar2 di dalam studio itu aku akan ingt smpai bila2 kerana itula kali pertama aku main kejar2 dengn pompuan..hehehe...satu pesan aku..jika kau telah tekadkan apa yang kau mahukan..teruskan saje niat kau itu kerana ia sebenarnya telah memberikan satu janjian baru kepada hidup kau...cari la janjian itu kerana jika kau da jumpa ia..kau akan berjaya...go find it!!..also thnks for everything



2.Sarah Mohd

- Iman,aromaterapi yang menyegarkan...hahaha...sorang wanita yang sudah cukup matang berbanding wanita2 lain dalam kelas...yg lain pon matang juga,Cuma dia ni lagi matang..faham2 saje la..hahaha..dengan sifat pemalunya yang cukup tinggi membuatkan orang lain merasa malu2 juga,tetapi disebalik sifat pemalunya itu tersimpan satu impian yang besar..impian yang ingin dia gapai..kau cubala gapai apa yang kau inginkan itu kerana bila kau da dapat..dan pesan aku pada kau...kau sambung la belajar di peringkat ijazah pula kerana diploma sekrang ni nilainya kurang..aku tau kau sudah matang,jgn difikirkan sangt umur itu..kerana umur bukan penentu masa depan kau..kau sendiri yang akan merancang dan Allah akan menentukan apa yg kau rancang itu....jika kau fikir nk kawen..kau boleh kawen time belajar..kerana sejarah membuktikan bahawa kawen juga mampu memberikan diri mereka kecermelangan yg diingini...chaiyok2!!!..n terima kasih atas segalanya..


3.Ilyani Ismalia

- Gizmo...bak satu....hahaha..ni dia sorang student yang boleh aku kategorikan cukup baik kerana mampu menyelesaikan masalah dengan baik,dengan infrastruktur hidup yang baik,dan frasana yang mencukupi,dia telah mencapai satu tahap yang dia inginkan..kepada kau yanee,buktikan kepada orang ramai yang kau bukannya bergantung kpada orang lain dalam menyelesaikan masalah..berikan kepada mereka satu pukulan hikmah yang akan memberikan satu pandangan yang baik terhadap kau...sejarah lama usah lagi dikenang...cipta sejarah baru yang lebih gemilang..dan kau sememangnya ada bakat dalam grafik ini...Cuma cari ia dengan lebih mendalam...kerana ada sesetengah bakat kau masih terpendam dalam diri kau itu....try to find it!!!!...


4.Faten Abd.Majed

- Patches satuuuuu!!!!!...ogle all you want...hahaha..kau ni sememangnya kuat ye..mampu mengharungi segala masalah yang timbul dengan baik sekali..mampu untuk selesaikan ia dengan cara yang cukup berkesan..dan aku ingin mengatakan pada kau..berikan yang terbaik kepada hidup kau itu..dengan bakat speech yg ada pada kau itu..kau mmpu menjadi seorang pengajar yang baik..gantian kepada pengajar yang sudah mencapai tahap kematangan yng tinggi..go go animal cruelty!!!



5.Liana Muhiddin

- Chocofruit...mmg terbaek!!!....kau juga seorang yang baik dan mampu untuk memberikan suatu magic dalam design kau itu...dengan sifat yang ada pada kau itu..ia akan jadi satu pemangkin kepada permulaan kerjaya kau nnti..dan aku tahu kau mmg cukup baik untuk menjadi seorang designer yang baik..Cuma jaga tingkah laku,serta perangai yang baik..kau akan berjaya di suatu masa nanti..teruskan dahulu pembelajaran kau..kerana kau masih muda..dan masih banyak ilmu yang kau boleh cari...give the best shot!!!




6.Syazana Azlan

- Nakhoda!!!...the best food..hahaha..ini la sorang sahabat yang sentiasa blur dalam percakapan..tapi dalam blur2 kau ni..terdapat satu proses yang menjadikan kau hebat dari orang lain..tapi kau masih tidak menyedari bahawa diri kau itu telah menjadi satu tanda aras kpada orang lain untuk cuba mngikuti kau..kerana kau ada best designer...dengan bakat yg ada pada kau tuh..kau boleh pergi jauh..even ke luar negara..bakat semulajadi yg ada pada kau tu akan memberikan satu cabaran baru kepada designer di luar sana yg da ada..kerana apa yg ada pada diri kau ni..tidak ramai yang ada..Cuma kurangkan skit blur itu kerana ia nnti akan menganggu proses kehidupan kau nnti...kau boleh la!!!!



7.Nadhirah Lokman

- Mee Herba Nusantara...the show is up now...haha..sorang lagi wanita yang walaupun kadangkala tidak macam wanita,heheheh...tetapi dia ni adalah sorang wanita yang ckup2 kuat dan tabah sekali..sebb apa aku ckp mcm ni..kerana aku melihat diri kau ni adalah 2 org wanita berada dlm diri kau tu..kau ada satu aura yang kuat dlm diri kau tu..Cuma mungkin kau tidak perasan kerana ia masih lagi dalam proses pembenihan tidak lagi proses kelahiran..dan bila ia da lahir,aku pasti bahawa dalam 3-4 tahun lagi kau akan berubah menjadi seorang wanita yang sangat2 berjaya....cuba discover it!!!


8.Nadia Shrek

- Fruitvitamilk..sngt berkhasiat...haha..mcm mana nk ckp pasal kau ni ye..ermmm...kau sebenarnya ada satu bakat terpendam dalam diri kau tu..aku tk dapat nk kesan lagi..tetapi kau sememangnya ada bakat istimewa yang cukup bernilai jika kau dapat temuinya..kerana dengan bakat itu kau akan lebih menyerlah dalam hidup kau tu..dengan sifat kegentalan yg ada..kau sebenarnya mampu pergi jauh dari org lain...dan jangan nangis2 lagi...hahaha





9.Hasmidah

- Tekap Sultanah....best ever hand made kueh...hahaha..ni lg sorang..kau sebenarnya sama dengan shrek ni..mcm satu badan dua ati..lebih kurang mcm tu ar..sebab apa aku ckp macam tu...kau juga ada satu bakat yg kedua selain grafik kau tuh..Cuma kau tk discover lagi..slow2 la ye discover ia..kerana ia mampu memberikan kejayaan kepada kau kelak nnti...beat breast cancer!!..haha






10.Ieka Lokman

- ni last one,manja nama diberi..kerana dia ni mmg manja..tapi harus diingat dalam manja2 nya itu ada satu keganasan yang jika ia keluar,pasti letusan gunung semanggol yang dahsyat...tetapi dia ni baik..terlalu baik..kau mmg baik pon manja...tkde apa eh yg akan menganggu kau...permasalahan yang ada itu hanya ujian yang kau mmg boleh tanggung..mana mungkin Allah berikan kau ujian yang kau sendiri tidak mampu tanggung...dan sem depan kau buat dengan lebih baik lagi..its your last show at uitm..and aku nk kau buat lebih baik lagi dari kawan2 kau yang habis nih.....manja..kau boleh buat!!!!


Itulah dia sedikit sebanyak coretan berkenaan teman2 yang pernah berjuang bersama aku,walau ada teman2 yang masih lagi tidak habis..akan tetapi mereka juga telah memberikan satu persembahan yang sangat baik..dan aku harap kepada sahabat2 aku yang masih lagi tidak tamat..korang berikan satu tembakan padu kepada sahabat korang yang da habis..yang mana korang boleh buat lagi mantap dan baik daripada diorang..


Dan kepada shabat2 yang sudah menamatkan pengajian,korang sambungla kepringkat yang lebih tinggi lagi..kerana diploma masih tidak memberikan apa2 keuntungan kepada korang buat masa nih...carilah ilmu dengan sebanyak mungkin kerana korang masih muda dan cubalah menjadi perintis yang baik kepada junior2 yang berada di uitm kedah ini especially graphic department kerana korang adalah teras utama kepada mereka..


Terima kasih atas segala kenangan yang korang berikan kepada aku..kerana pengalaman yang diberikan itu sangat2 berharga dan aku hargainya..thanks for everything..you are the best ever friend i found..sempoiiiii!!!!!!

Lelaki graphic UiTM Kedah

Setelah hampir 2 minggu pemprosesan data untuk mengepostkan artikel ini,akhirnya aku dapat untuk mempublishkan di dalam blog aku yang biasa2 ini.hampir 3 tahun aku bersama dengan mereka dalam menuntut ilmu,banyak kenangan2 yang tidak dapat aku lupakan bersama mereka,terlalu banyak pengalaman yang telah memberikan aku kehidupan baru yang tidak terhingga kepada aku,kerana mereka ini adalah sahabat yang baik serta mampu untuk dibawa berbicara.Dengan hampir semuanya adalah muda mudi yang sudah cukup matang dalam berbicara walau kadangkala ia juga mengundang kepada seribu permasalahan yang tidak selesai tetapi mereka adalah sekelompok sahabat yang sukar dicari.

Bermula dengan budak2 laki yang sememangnya kadangkala nakal dan kadangkala menghiburkan tetapi aku tidak kisah pon dengan perkara itu...kita mulakan dengan..:


1.Farhat Isa

-Aloemintvita!!!!.. lebih dikenali dengan nama ard,seorang yang cukup happy go lucky walau kadang2 moral downnya melebihi diriku,tetapi dia ni mampu untuk mencipta suatu keajaiban yang tiada pada orang lain,tetiba saja mampu memberikan satu jalan penyelesaian yang baik kepada aku,dan beliau juga banyak berjasa kepada aku dengan peminjaman kereta kancilnya yang cute itu..dengan keretanya itula aku dapat menyelesaikan masalah yang timbul..thanks for everything...


2.Izzat Nokman

- Pro!!!...inilah dia artis yang cukup dikenali di UiTM Kedah jika di graphic department,dengan kenakalannya yang mencuit hati serta idea2 yang cukup mengejutkan,dia ni mampu untuk berjaya disuatu masa nanti....dia ni boleh menjadi seorang penghibur yang baik disaat yang akan tiba nnti...also thanks for everything..and also for myvi anda itu...hitam bersinar warnanya..hahaha



3.Farizul Abdul Rahman

- Yeah Right!!!...haha..ini la seorang budak kecik yang seringkali membuatkan orang lain ketawa dengan kata2nya yang sememangnya nakal..tk boleh bagitau ar apa dia..tetapi dia ni juga banyak membantu aku dalam menyelesaikan masalah..terima kasih atas segalanya..huhu..kau mmg berbakat dalam fotografi..teruskan bakat kau itu kerana ia akan membantu kau di masa depan nanti..


4.Syahmi Suhaimi

-Spice Up!!!....hahahaha..sorang yang suka makan tapi ia tidak memberikan kesusahan kepada orang lain..dengan kecomelannya serta kemanjaannya itu membuatkan aku hanya tersenyum..kau mmg pelajar terbaik la syahmi..dan kau juga mmg berbakat dalam bidang grafik ini..aku tahu disuatu hari nnti kau akan menjadi seorang designer yang cemerlang..keep it up syahmi..



5.Adzzim Rosli

- Titanium..now enjoy the sun!!!...wakakakaka...tagline ni aku paling suka..mmg kena dengan diri kau ajim..da la kepeng..pastu kau ni paling nakal or naughty di uitm..dengan kerenah kau itu..membuatkan org menyampah ngan kau..tapi..!!..kau adalah seorang designer yang baik..idea yang bernas selalu ada..kenapa la kau belajar kat uitm ni..kerana dengan bakat kau tu..da lama kau kaya..kau mmg da dikurniakan bakat oleh Allah..tp gunakan ia di jalan yang betul dan pasti kau juga akan berjaya jika kau kurangkan nakal kau tu....hahaha


6.Ehsan Husaini

-Cool Walk!!!...kau mmg cool pon..dengan watak kau yang bersahaja itu telah memberikan satu pandangan yang positif..remember!!...first impression is important and you have did it well..kau juga banyak tolong aku dengan memberikan idea2 yang baik dan diterima pakai..dan juga kereta kau itu..aku juga boleh bgtau kau sbnarnya berbakat dalam fine art..better kau fokus pula pada fine art...kerana ia akan membawa kau ke jalan yang betul...dengan ilmu grafik dan fotografi yg kau ada..gabung pula dengan fine art..kau akan berjaya..


7.Shaheed Ayub

- Berzatt!!!..sup kau mmg berzat,lazat pulak tuh..hahahaha..sorang lagi jejaka yang mukanya mmg ganas tp dalam hati dia ni ada taman..selalu je lemah dengan pompuan..hahaha..tapi kau sebenarnya ada satu karakter yang berbeza dengan orang lain..karakter yang memberikan satu impresi yg mengejutkan bila jumpa kau ni....dan satu lagi kau amat berbakat dalam grafik ni...kekalkan kecermelangan kau itu.dan tamatkan apa yang kau mulai dulu dengan cemerlang juga..gogogo!!!


8.Asyraff Hanafi

- ProBright...ubah penampilan rambut anda..hahaha..yang sorang ni adalah ahli sukan dlm grafik..semua jenis sukan dia masuk..apa yg dia tk masuk..hahaha..akan tetapi...kau sangat berbakat dlm grafik ni..dengan penggunaan gadget yang baik..kau boleh menjangkaui batas2 yang ada pada diri kau tu..halangan yang ada itu..kau tolak dengan bergaya seperti kau menolak orang dlm sukan ragbi..hanya halangan kecil saje..bila da lpas..kau akan muncul sebagai seorang pemenang yang cukup cemerlang..fikirkan boleh!!!


9.Azren Zaini

- sorang yang banyak membantu aku..di semua genap dia tolong aku..aku tkkan lupakan kau boy,nama manja walau badan da besar..hahaha..motor merah kau tu bnyk bantu aku menyiapkan kerja..juga pertolongan kau dalam memotong mouting board..n everything..cukup aku hargai...satu je pesan aku..jangan kau mudah mengalah dengan apa yg didepan mata kerana didepan itu sememangnya ranjau..tetapi bila kau da dapat tempuhinya..kau akan dapat satu kepuasan yang tidak terhingga..chaiyokk!!!


10.Hakimi Amir

- Moroccan T...air yang sangat sedap..hahaha..dia ni sebenarnya orang morocco..sbb tu muka dia cam tu..hahaha..back to real life..kau mmg buat org ketawa dengan lawak2 sengal kau tuh...kadang2 agak lucah sikit..tapi kau mmg sorang yang baik..tetapi satu je aku nk cakap..teruskan apa yg kau mahukan..aku dapati kau mmg seorang penghibur yang baik..jadi apa kata lepas ni kau ambil la mass comm ke..seni persembahan ke..sbb kau mmg tk malu..mcm ni ar gaya seorang penghibur..renungkan..


11.Matt Dean

- ini dia ustaz matt,seorang yang sentiasa ada kata2 yang penuh hikmah..cukup berbakat dalam bidang fine art,kurniaan bakat oleh Allah kau telah gunakan dengan baik dan sekarang ia menjadi salah satu sumber kewangan kepada kau..aku mmg cukup kagum dengan kau....kau teruskan la cita2 kau yang menjadi seorang yg sangat berjaya kerana aku sudah dapat melihat masa depan kau itu..cukup2 cerah..you are the best



12.Azlan and The Writing Type...

- ni dia sorang lagi student yg walaupun tidak bnyk muncul dlm hidup ni..tp pernah juga sesekali mengejutkan aku dengan ketrampilannya yang cukup mengagumkan..kau sebenarnya cukup kuat lan....sejarah dulu jadikan iktibar...pengalaman baru ni jadikan sebagai habuan untuk kau menjadi seorang insan yang baik dan cemerlang,tidak hanya disudut ilmiah juga di sudut insaniah yang baik..go for it!!


13.Danial Awang Samad

- pernah ada dalam hidup aku dulu sebelum dia ni mengambil keputusan yang dia rasa baik..dan sekarang keputusan yang dia buat tuh telah membuahkan hasil dengan kerja yang baik..jangan dianggap orang yang tidak habis belajar itu akan gagal dalam hidup,inilah bukti bahawa rezeki ada dimana2 saja..Cuma kita perlu mencarinya..teruskan pencarian nafkah kau!!!...


Dan juga kepada Bagan dan Acap..kau juga mampu untuk berjaya dan aku dapat rasakan kau sememangnya sekarang sedang mencapai satu tahap dimana korang akan berjaya dengan jayanya..jangan ingt korang tk habis belajar korang tkkan berjaya dan sekrang ni la buktinya..hasil dri titik peluh korang sendiri walau tnpa ada segulung diploma..tetapi korang mmg the best..teruskan segala apa yg korang buat dan ingt biarkan orang jugde korang..tetapi jgn smpai korang jugde org itu...fikirkan ia

Mari aku teruskan dengan kaum hawa pulak....