Simpan gambar perempuan..

31 Julai 2009

setelah perkongsian ilmu mengenai minuman yang terdapat disyurga,kali ini aku nak berkongsi berkenaan hukum hakam plak..untuk kali ini berkenaan menyimpan gambar perempuan.juga dari ceramah ustaz azhar idrus.

seperti sedia maklum,ramai org skrng ini terutama lelaki bujang menyimpan gambar perempuan atau bukan muhrim di dalam rumah,mahupun di dalam handphone atau dalam apa jua bentuk.perkara ini sebenarnya tidak boleh pada hukum syarak kerana niat menyimpan gambar perempuan atau lebih senang awek adalah untuk melihat2 kecantikan yang ada pada dirinya,ia juga boleh menaikkan hawa nafsu hanya dengan melihat gambar tersebut,nafsu ini bukan hanya pada benda yang menghairahkan,tapi dengan hanya melihat gambar sahaja sudah menaikkan nafsu.

tapi berlainan pula sebagai contoh seorang pengurus sebuah syarikat yang melihat resume seorang perempuan dan setelah diinteriew dan berkenan dengan dia,pengurus terbabit terus mengambil resume tersebut untuk disimpan,itu diharuskan pada hukum syarak. atau pun untuk seseorang yang ingin meminang seseorang perempuan dan memerlukan gambar untuk disimpan dan ditunjuk pada ibu bapa,ia juga diharuskan pada hukum syarak.

sedikit pesanan berkenaan gambar perempuan ini,kepada perempuan yang ingin mengambil gambar untuk tujuan kerja atau seumpamanya,jangan mengambil gambar di kedai orang kafir selagi mana terdapatnya kedai orang islam.ini kerana ia amat tidak mulia jika gambar perempuan tersebut dipegang oleh seorang kafir.

back to kedah..



setelah hampir semnggu aku berada di kg aku..
smpai masanya aku kembali ker tempat pembelajaran aku..
iaitu di negeri kedah darul aman..
mmg rsa sangat sekejab aje bila ada kt kg tp rasa cm lama bila ade kt kedah..
tp itu tidak menjadi masalah kepadaku skrg..kerana ku sudah biasa dengan kehdupan di kedah..
dengan lambakan kawan2 yang ada disekeliling mmbuatkan aku tk rasa kelainan..

dengan penambahan kerja yang semakin menimbung..
mmbuatkan aku kembali ke jalan lama..iaitu assignment.
tp ia mmg kne buat kalu nk dapat markah..kalo tk baik tk payah masuk universiti..
lebih baik duk rumah goyang kaki smbil tengok naruto
tp sem ni assgnment ak tersngt giler kerana perlu reka batik..
iaitu batik mutiara nama diberi dan motifnya adalah hidupan laut..
tu lar sape suh amik produk batik tu..kan da kena tu..
tp takpe ia mengajar ak cam ne nk buat batik serta pengurusan kewangan yang baik..
ini adalah idea dr lecturer aku..en.hashimi..senior lecturer dalam fakulti grafik..
lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang grafik dan advertising..
ak mmg salute gile dgn en.shimi ni..walau kadangkala aku rasa nk marah gak..tp dia terbaek..

malas nok tulis panjang2..
esok2 plok ar smbung mende ni..
adios n salam

new knowledge...

ni pengetahuan baru yg aku dapat...
seperti yang kita maklum bahawa syurga adalah tempat yang paling aman dan cantik..
di dalamnya terdapat pelbagai jenis perkara yang ada..
sesiapa yang bercita2 ingin menjadi raja..syurgalah tempatnya..
yng nak merempit..di dalamnya juga buleh merempit..
senang citer sume perkara yang mustahil dan nyata buleh dibuat dalam syurga..

aku sbenarnya nok citer tentang minuman yng ada dalam syurga ni..
aku dapat info ini melalui ceramah seorang ustaz yg aku minat..Ustaz Azhar Idrus...
menurut Ustaz Azhar..di dalam syurga terdapat 8 jenis minuman yang diberikan pada ahli syurga..
iaitu antaranya..

1.Air Biasa - bukan sebarangan air biasa kerana barangsiapa yang meminumnya akan merasa
khayal/ seronok dengan kelazatan air tersebut..

2.Labanq - Air susu dari segala binatang yang halal di makan di dunia ini.

3.Arak - perahan dari buah-buahan syurga yang paling lazat,barangsiapa yang meminumnya
akan merasa khayal/seronok dengan kenikmatan arak tersebut

4.Madu - bukan dari campuran tanah atau sarang lebah yang kotor.

5.Salsabil - Sirap syurga

6.Zanjabir - sirap syurga

7.Tasniima - air kholis dari syurga.

8.Rahiqanmaktuma - air yang disimpan dan ditutup sejak hari pertama penciptaan syurga

di dalam syurga ini,untuk minum,Allah sediakan gelas yang diperbuat daripada emas, perak dan permata yang mana setiap orang akan memiliki gelasnya sendiri dan tidak berkongsi dengan sesiapa..dan yang akan menuang air kepada ahli syurga adalah bidadari yang sangat cantik.

setakat ini sahaja perkongsian ilmu..
akan menyusul perkara2 lain disamping catatan harian..
salam..

starting the engine..

28 Julai 2009
setelah 3 minggu melakukan research..
aku telah memulakan tugasan untuk redesign the logo..
ini membuatkan aku menjadi giler sekejab..
tp tk ler giler sampai nk terjun bangunan..
sekadar giler tahap ke 2 jer iaitu tahap cipan..

dan yang membuatkan aku bertambah giler adalah..
perlu merekacipta sendiri batik aku..
mula2 fikir mcm payah gak..
tp selepas lama kelamaan..aku rasa cam senang plak..
cuma yg menyebabkan ia menjadi payah adalah kerana..
research yang tidak cukup..
so apa yang pasti aku telah mendapat rentak..
rentak ke arah kegemilangan diri aku..
rentak untuk mula mendaki titian kejayaan..

stkat ini sahaja untuk hari ini..
esok2 lar plak..