Ilmu tanpa amal tak berguna

30 Januari 2010
PESAN Imam Al-Ghazali, "Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya. Hal ini kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang, terutama di kalangan orang yang menuntut ilmu yang membuang masa dalam mencarikebesaran diri dan kemegahan duniawi.

Dia berpendapat bahawa dalam ilmu terkandung keselamatan dan kebahagiaan. Oleh itu, dia menyangka tidak perlu beramal. Dia tidak tahu ketika ada ilmu pada seseorang, maka apa yang memberatkan seperti sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu".

Wahai anak! Jangan engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal semata-mata, tidak akan menyelamatkan orang.

Jika pada suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang garang, dapatkah senjata itu melindunginya daripada bahaya, jika tidak diangkat, dipukul dan ditikamnya haiwan itu?

Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu risalah ilmiah, kalau tidak diamalkan, maka ilmu itu tidak berfaedah.

Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga untuk mengulangi ilmu, membaca buku dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu.

Jika yang menjadi pendorong itu ialah kehendak mencari kebendaan dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan mengatasi kawan semata-mata, maka malanglah engkau. Namun, jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau.

Benar sekali kata seorang penyair: "Biarpun mengantuk menyeksa mata, akan percuma semata-mata, jika tidak kerana Allah semata".

Wahai anak! Hiduplah seperti mahumu. Namun ingat! Bahawa engkau akan mati. Cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Berbuat seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

Pantun Ibadat

Di dalam hidup manusia,
yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,
negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu,
tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat .
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.

Bila jadi macam ini,
siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok
bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan
memperbanyakkan ibadat.

Motivasi Dr Fadzillah Kamsah

sedikit motivasi dari penceramah terkenal..moga kita mendapat input yg berguna..


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat
gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak
akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it
(ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala &
also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas
breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.


Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air
selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,
biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya
boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm
pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm
maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study
(or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2
hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and
most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak
byk yg boleh dipelajari berbanding kalau
makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak
tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang
malam)


Tatacara di bilik air:
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak
drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang
buang air besar


Tatacara didik anak:
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar an ak (atau baby)
tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih"lapang" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or
hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini
boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa bersemangat waja & exuberant.


Tatacara didik diri sendiri:
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari
berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan
sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau
tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam



"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last
sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that
day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may
the last ones understand his words better that those who listen to him
directly... Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my
weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

mutiara kata..

"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"

"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

"Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........."

"Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya"

"Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"

"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah"

"Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan"

"Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain"

"Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya"

"Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya"

''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya''

''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan''

''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'

"Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup"

'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''

''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya''

''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah''

''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''

''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''

''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia''

''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai''

''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal''

"Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"

''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia''

''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya''

''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''

''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''

''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan''

"Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan"

''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu''

''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan''

"Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya"

''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama''

"Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"

"Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan"

"Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat"

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"

''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri''

"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"

"Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar"

"Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia"

"Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya"

''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya''

"Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan"

"Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri"

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"

"Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"

"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"

''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit''

''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian''

update..

da agak lama tk update blog ni..
setelah berfikir slama hmpir 4jam 27minit 45saat..
akhirnya dpt juga aku ilham untuk menulis blog ini..
aku mulai dengan situasi aku skrg ni..
dalam masa seminggu ni..
ak melalui bnyk perkara2 yg mematangkan aku..
seminggu ini yg penuh dengan dugaan yg cukup mendewasakan aku..
bermula dengan assignment dan akhirnya juga assignment..
benda2 ni telah memberikan aku satu titik tolak yg baru dalam hidup..
aku juga telah mengerti apa itu hidup yg sebenar..
baru aku tahu mcm mana kehidupan yang betul..

keadaan assignment aku yg masih berterabur...
dgn pengolahan idea yg tidak sampai seru lagi..
pertambahan design yg masih lagi tidak menepati standard..
memberikan aku satu bentuk tekanan yang berjenis..
kenapa aku katakan berjenis..??
kerana tekanan yang aku hadapi ini sngt kuat..
dan mampu membuatkan aku tumbang di medan study..
dlm masa yg sama ia memberikan aku tekanan yng mematangkan aku..
aku mengerti apa itu tekanan dan perasaan...
dua benda yg berbeza..
bila kedua2 ini bercampur..
akan terbit satu benda yg mampu memberikan kita kegilaan..
kegilaan yg membuatkan kita hidup dlm sengsara..

mari kita olahkan pula isu semasa..
buat masa sekarang aku masih mengikuti keadaan di haiti..
yang dilanda gempa bumi yang kuat..
sehingga meragut ribuan nyawa..
dan tidak kurang juga miracle yg Allah tunjukkan...
setakat ni dalam akhbar memberitahu bahawa hmpir 100,000 nywa telah melayang..
dan ada juga yg masi hidup walaupun telah 15 hari dibwah runtuhan..
itu satu dri miracle yg Allah hendak tunjukkan..
kita kene percaya bahawa Allah mmpu untuk membuat sesuatu yg tidak kta jangka...
kita ambil ini sbagai salah satu cubaan Allah kepada manusia..
mungkin Allah ingin memberikan kesedaran kepada manusia bahawa dunia ini dah semakin tua dan mahukan kita beramal ibdat kepada Dia..
kita mungkin tidak tahu apa disebalik kejadian ini..
tetapi kita haruslah sentiasa peka dengan apa yang berlaku..
kerana disekeliling kita skrg ni juga ada sesuatu yng mampu mengugat kita..
yang mampu membuat hidup kita merana dan sengsara..
cuma Allah sahaja yang tidak berkehendakkan..
jika Dia berkehendakkan dngan skelip mata saje dia mmpu membuatnya..

kisah penggunaan nama Allah pda tabloid Herald..
ketika ini isu ini sudah surut sedikit..
dengan pengumuman pihak tertinggi golongan kristian yg mahu hentikan penggunaan nama Allah ini dan ada sokongan terhadap perkara ini..
penggunaan nama Allah pada tabloid Herald ini telah menjadi suatu isu besar dalam negara ketika ini dikala terdapat isu2 yang masih belum selesai..contohnya hukuman sebat kepada kartika yng mengaku minum arak..kes ini da tertangguh dalam jangka waktu yang cukup lama..kenapa ini terjadi..??aku tidak faham..
berbalik kepada isu nama Allah tadi..
aku sebenarnya tidak tahu nk ckp apa..
sbb aku masih lagi jahil dlm ilmu agama ini..
tpi satu je yg mampu aku zahirkan...
nama Allah ini cukup mulia bagi aku..
jadi tidak elok jika golongan kristian sesuka hati menggunakannya..
lebih elok jika mereka menzahirkan dengan perkataan Tuhan saje..
itu lebih elok bagi aku..tiada pertikaian terhadap perkataan ini..
aku malas nk ckp lebih2 kerana isu ni sensitif..
silap cakap nnti lain plak jadinya..
better isu ini sejuk sendiri..kerana majoriti rakyat malaysia adalah Islam..
jadi selesaikan dengan cara islam yang mementingkan keamanan dlm menyelesaikan masalah..bukan dengan cara keganasan seperti melempar molotov cocktail ke surau,gereja..ada juga yg kencing dalam surau..ini bukan perbuatan yang bermoral..
biarlah kita hidup dlm keadaan aman damai..
sesuai dengan lontaran pak najib,satu malaysia..walaupun aku masih tk faham apa dia agenda dalam penggunaan word word satu malaysia ini..

ok la..stkt ni jela...
bnyk2 sngt pun takleh gak..
sakit tangan ini nk menaipnya..
bila ada masa plak aku tulis..

agak lama..

18 Januari 2010
salam diucapkan..
sudah agak lama tdak aku mengupdate blog ini..
krna malas untuk menaip..
dan kini telah kembali kepada profesyen menaip..
sungguh penuh dengan peristiwa2 yg berlaku dalam hidup ini..
terlalu bnyk perkra2 yg mampu membuatkan kita hepi,sad,marah,seronok n many more..
aku juga tidak terkecuali dgn kehidupanku yg huru hara ini..
pada tahun ini sudah meningkat umurku..
setiap tahun mmg umur kita akan beranjak..
tapi mcm mana dengan kehidupan kita..
adakah akan ikut skali..atau skadr bahan bacaan lama di minda kita..
kita dianugerahkan akal untuk mencari perkra baru..
perkara yg boleh mematangkan kita..
andai bahan yg kita peroleh itu kotor dn berbau..
mmg akan menjadi kacau bilau hidup kita..
jika memperoleh suatu bahan yg wangi,cantik,dan bergaya..
itulah penanda aras kepada kehidupan kita seterusnya..
aras yg akan memberikan kita merit yang banyk kepada kita

di dalam kehidupan yg penuh liku ini..
kita perlulah pandai untuk penyesuaian diri kita dngn hidup ini..
tidak terkecuali juga dengan aku..yg smakin hari smkin jauh dngn kehidupan sebenar..
ini skadar peringatan kepada sesiapa yg rasa diri mereka jauh..
jauh dri sgala aspek..
golongan seperti ini akan ditinggalkan jauh dr litar yg sempit..
aku juga tahu yg keenakkan hidup ini bergantung kepada kita..
kita perlu merancang hidup kita ini dan Allah yg akan menentukan..
samaada mahu memberi atau tidak..
jika tidak diberi olehNya...
mungkin akan diberi pada lain kali..
kita akan dapat juga apa yg kita mahukan..
cuma lambat atau cepat..
jadi kita perlu bersyukur dgn apa yg ada...

itulah skrg..
zaman skrg ni da jauh berbeza..
sudah mundur dngan kehidupan yg sepatutnya..
kekusutan jiwa menjadi peneman hidup dikala ini..
kekalutan disanubari adalah punca..
kehidupan skrg terlalu open..
kehidupan yg sngt2 open..sudah tidak tahu batas2..
ak sudah puas melihat gelagat manusia2 sperti ini..
mereka seperti tidak tahu laluan yg sebenar..
mereka hnya tahu lorong yg sngt gelap..
lorng yg memusnahkan diri mereka sendiri..
hndak kata diri mereka tiada agama..Islam dalam kartu pengenalan mereka..
hndak kata tk tau hukum..mereka pasti marah sbb mereka juga tau..
cuma tidak mahu untuk melaksanakannya..
kita perlu pandai untuk mencari ilmu..
bkn ilmu yg cari kita..
terlalu bnyk ilmu yg ada mampu mematangkan diri kita..
di dalam islam sendiri..hampir kesemua apa yg kita perlukan sudah ada..
antara mau atau tidak saje untuk mengambilnya..

kembali kepada kesah diri ku..
tahun 2010 ini adalah tahun untuk ku belajar..
sudah lama aku impikan belajar scra sungguh2..
tp still tk kesampaian..
dan tahun ini akan ku cuba gapai perkara itu..
bermula dengan bulan januari ini..
aku sdah memasuki fasa keenam dalam kehidupan ku di kampus uitm kedah..
fasa yg boleh membuatkan kepala jadi pusing..otak semakin mereng dan hati menjadi gundah gulana..
dikala ini juga aku dapat merasakan bahang2 di kepala ku ini..
dengan perpindahan ke rumah yg baru dan selesa..
dan juga penambahan kepada kedudukan kewangan semasa..
membuatkan aku smakin tidak keruan dngn situasi ini..
dengan kehidupan di luar kampus ini memberikan aku kemusykilan..
aku mampu untuk menahan asakan2 luar yg membantutkan usaha aku..
tp aku tidak mampu untuk menahan panahan bintang yg berkilau..
penyeri kehidupan yg membuatkan diriku ini mampu berjalan dngn dua tngan sahaja..
keadaan hidup aku yg huru hara ini membuatkan aku menjadi gile sebentar..
dengan penambahan kewangan yg membebankan aku..
membuatkan aku terpikir adakah aku mmpu untuk menampung batu yg berat ini..
tp aku cuba untuk mengendong batu ini sehingga garisan penamat..
hnya tinggal satu sem saje untuk aku menghabiskan pembelajaran ku..
lepas nii teruskan dengan kerja pula..
sbb ingin membri peluang kepada adik2 aku untuk belajar pula..
aku biarkan dulu..nnti2 boleh sambung lagi..
berikan kepada yg kecil2 dulu merasa belajar di universiti..
aku mahu cari duit pula untuk menampung hidup aku dan keluarga.
tidak hanya berharap pada mak ayah saje..
aku juga ingin berdikari..aku juga ingin ada wang aku sendiri..
dan aku juga ingin merasa kehidupan yg sebenar..
setakat ini dulu kata2 aku di blog ini..
nnti akan menyusul taipan2 yg baru pula..
salam sejahtera,assalamualaikum dan have a nice day...