Orang tamak selalu rugi,peribahasa ini ada benarnya. Itulah apa yang berlaku apabila hati dihuni sifat tamak. Dunia dikejar separuh mati hingga akhirat berciciran
Tamak bermula apabila lahir kemahuan tanpa had. Orang yang tidak berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit biasanya tidak akan berpuas hati walaupun banyak.
Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Jika anak Adam memiliki satu lembah emas,pasti dia akan mencari agar menjadi dua lembah. Dan tidak ada yang akan menutup mulut melainkan tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat al-Bukhari no.6075)
Daripada Hakim bin Hizam r.a, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “sesiapa yang mengambilnya (harta) itu dengan jiwa serakah, maka tiadalah barakah Allah dalam harta tadi. Ia umpama seorang yang makan, namun tidak pernah kenyang.”(Muttafaq ‘alaih)
Usir Tamak
1.Arahkan sifat tamak anda kepada “tamak yang positif” seperti tamak mengejar pahala. Contohnya adalah berebut solat berjemaah berbanding solat berseorangan (27 kali ganda)
2.Cari penawar bagi sifat tamak anda. Contohnya , ingatlah selalu bahawa segala yang dimiliki samada harta, kesihatan , kecantikan adalah milik Allah S.W.T dan bersifat fana (tidak kekal)
3.Latih diri bersyukur
4.Elaklah mencari kemewahan dunia hingga melalaikan tuntutan Allah
5.Jadikan dunia sebagai jambatan hidup bahagia di akhirat kelak.
Pandanglah dengan mata hati bahawa kekayaan yang sebenar bukan pada hati malah kekayaan yang hakiki ialah kaya jiwa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
0 comments:
Catat Ulasan