Qanaah

07 Julai 2010
Qanaah menurut definisi kamus dewan ialah sikap berpada-pada,iaitu berpuas hati dengan apa yang ada. Dengan erti kata lain,qanaah beerti redha dengan pemberian Allah berupa rezeki dan tidak meminta lebih daripada yang telah diberikan.

Rasulullah S.A.W ialah manusia yang paling tebal sifat qanaah dalam jiwanya.Baginda bersabda yang bermaksud; “Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya.” (riwayat al-Tirmizi no.2377)

Ciri-ciri Qanaah
1.Selalu mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” atas setiap nikmat dan musibah.
2.Jarang merungut
3.Redha dengan segala ketentuan
4.Sentiasa berfikiran positif
5.Tidak berputus asa
6.Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit
7.Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal

Bagaimana Membina Qanaah?
1.Memahami konsep qada’ dan qadar Allah S.W.T
2.Beriman bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, bahkan kitalah sebagai hamba yang menganiayai diri sendiri.
3.Sematkan syukur,pasti qanaah akan menyusul kemudian
4.Selalu berdoa kepada Allah S.W.T
5.Hitung nikmat yang Allah kurniakan
6.Berfikir tentang makhluk Allah yang telah disediakan sebagai taskhir (kegunaan) kepada manusia

Qanaah lahir daripada beberapa set sifat mahmudah. Alangkah indahnya wajah seorang Muslim yang selalu tersenyum tanpa keluh kesah. Itulah Qanaah, antara rahsia hidup bahagia

0 comments:

Catat Ulasan