Perkara-perkara yang membatalkan keislaman

26 Julai 2010

Jabatan Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang
diketuai oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ BIN BAZ dalam risalahnya kepada jemaah haji telah memberi amaran tentang
perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:

Ketahuilah wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan Islam dan yang paling banyak berlaku ialah sepuluh perkara, maka jauhilah daripadanya. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim." (Surah Al Maidah: Ayat 72)

Dan di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta
pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan menyembelih qurban kerana mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya dengan
Allah s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta bertawakkal kepada perantaraan itu. Yang melakukan hal tersebut menurut Ijma' (sepakat) Ulama' adalah kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan kekafiran mereka, atau membenarkan faham (ideologi) mereka, dengan demikian dia telah kafir.

4. Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain daripada
Nabi s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang lain daripada Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan hukum thoghut (orang yang melampaui batas Allah s.w.t.) lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w. maka dia menjadi kafir, contohnya ialah:

i. Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dicipta oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam, atau nidzam Islam itu tidak sesuai dipraktikkan di abad ke 20 ini. Atau menganggap Islam menjadi sebab kemunduran kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di sekitar hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan dalam urusan kehidupan yang lain.

ii. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah s.w.t. dalam memotong tangan pencuri ataupun merejam orang yang berzina (yang telah kahwin) tidak sesuai lagi di zaman kini.

iii. Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum yang
lain daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat, atau hukum hudud atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad bahawa hukum-hukum tersebut lebih baik daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikiah dia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut Ijma' (sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang diketahui umum akan haramnya seperti zina, arak, riba' dan berhukum dengan yang lain daripada syari'at Allah s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma' Muslimin.

5. Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)

6. Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada ajaran Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan siksaNya maka dia menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kamu telah menjadi kafir setelah beriman." (Surah At Taubah: Ayat 65-66)

7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan
seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu pengasih yakni menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau redha dengannya maka dia menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Sedangkan kedua-dua Malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada
seseorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu", sebab itu maka janganlah kamu kafir." (Surah Al Bagarah: Ayat 102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrikin untuk menentang
orang-orang Islam, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka dia termasuk dalam golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: Ayat 51)

9. Sesiapa yang beri'tiqad sebahagian manusia dibolehkan tidak
mengikut akan syariat Nabi Muhammad s.a.w. maka menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Barangsiapa menghendaki selain Islam sebagai agama (ad deen) maka
tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran: Ayat 85)

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah s.w.t. atau
daripada perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada sahnya Islam tanpa mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Tiadakah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling
daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa." (Surah As Sajdah: Ayat 22)

"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan
kepada mereka." (Surah Al Mukminun: Ayat 71)

Tidak ada beza dalam perkara yang membatalkan Islam ini dari segi
hukumnya di antara bermain-main dan bersungguh-sungguh, sengaja
melanggar atau kerana takut kecuali kerana dipaksa:

Kami memohon perlindungan dari Allah dari perkara-perkara mewajibkan kemurkaanNya dan kepedihan azabNya.

1 comments:

  1. insidewinme berkata...:

    Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Catat Ulasan