Kisah Juraish Dan Ibunya

20 Mei 2010
Untuk relate kepada sambutan hari ibu ini,aku ada satu kisah dimana seorang lelaki yang bernama Juraish dan juga seorang ibunya yang sudah tua. Untuk dijadikan cerita,seorang pemuda yang bernama Juraish yang sangat tekun dan khusyuk dalam beribadat dan telah menjadikan sebuah pondok kecil di hujung kampong sebagai sebuah surau untuk beliau beribadat di dalamnya.Juraish ni mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan mengharapkan Juraish ni sebagai tempat menghuraikan segala isi hati dan menghabiskan hari-hari tua bersama anak lelakinya itu.

dipendekkan cerita,pada suatu hari ni,ibu kepada Juraish ni telah pergi ke tempat pengibadatan anaknya di hujung kampung sana,sesampainya ibu Juraish di pondok itu,dia melihat Juraish sedang khusyuk beribadat,dan ketika itu ibunya memanggil anaknya itu,dan setelah mendengar panggilan dari ibunya ketika Juraish sedang asyik bersolat,Juraish merasa ragu samada mahu meneruskan solatnya itu atau menyahut panggilan ibunya,dan Juraish membuat keputusan untuk meneruskan solatnya itu,begitu jugalah perkara sama yang berlaku untuk hari ke-2 dan ke-3.

tetapi pada hari ke-3 ,ibu Juraish yang sudah semakin tidak sabar kerana panggilanya tidak disahut oleh anaknya itu telah keluarlah kata-kata “YA ALLAH,JANGAN ENGKAU MATIKAN ANAKKU INI SEBELUM DIA BERTEMU DENGAN SEORANG PENZINA”.kisah ini menjadi semakin menarik kerana selepas kata-kata ibu Juraish yang seakan doa itu telah memberikan satu kesusahan kepada Juraish kerana Juraish ini terkenal dengan kewarakannya dan kerajinan dalam beribadat.dan ketika ini ada segelintir orang yang tidak suka akan apa yang dilakukan oleh Juraish dan keluarlah cerita bahawa,Juraish ini tidak melayan panggilan ibunya dan ada satu agenda untuk mengoncang iman Juraish ini dan ketika itu datang seorang wanita yang sanggup mengoncang iman Juraish ini dengan kecantikkannya.

maka wanita itu pun pergi ke tempat ibadat Juraish untuk menggodanya supaya melakukan zina dan bermacam-macam cara dilakukan oleh wanita tersebut untuk menggoda Juraish akan tetapi ia tidak berjaya dan telah berputus asa dan beralih kepada seorang penggembala kambing yang tinggal di sebelah rumah ibadat Juraish dan telah menggodanya dan dia berjaya untuk berzina dengan penggembala kambing itu dan akhirnya diketahui bahawa wanita itu telah hamil dan orang kampung telah menanyakan kepada wanita tersebut siapa yang bertanggungjawab menghamilkan dia dan wanita tersebut telah menfitnah Juraish dengan mengatakan Juraish yang telah menghamilkan dia dan setelah lahir,orang2 kampung telah menuju ke rumah Juraish untuk mendapatkan kebenaran adakah dia yang telah menghamilkan wanita itu dan

ketika itu Juraish hanya menggelengkan kepala dan keluarlah satu ayat dengan berkata “engkau tanyalah anak itu siapa bapanya”..dan orang kampung ketika itu seakan tidak percaya dengan kata2 Juraish itu dan mengatakan kepadanya sebagai seorang yang gila,akan tetapi Juraish berkata perkara yang sama juga,dan orang kampung pun bertanya kepada anak kecil itu dan anak kecil itu berkata bahawa bapanya adalah seorang pengembala kambing dan orang2 kampung telah memohon maaf kepada Juraish dan berterima kasih kepada Juraish kerana sudi memaafkan mereka dan ketika itu ibu Juraish telah merasa sesal kerana kata2nya telah menjadi kenyataan dan telah bertaubat untuk tidak berkata sedemikian lagi.


apa yang ingin dinyatakan dalam cerita ini adalah doa dari ibu sangat mustajab dan Allah akan memakbulkan segala doa kaum ibu ini.dan satu lagi bahawa ingin ditonjolkan seorang insan yang sangat khusyuk dan tekun dalam beribadat.


5 comments:

  1. Salam saudara Hafeez..saya gemar sekali view blog saudara. Banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari. Saya juga menulis. Genre penulisan saya berdasarkan pengalaman.

    Jemput saudara ziarah ke laman blog saya.

    www.sheikasyuhada.blogspot.com

  1. salam ukhuwah kepada sheika syuhada..blog ini sekadar biasa2 saje..campuran...setiap org lain cara penulisannya...

  1. hazwani berkata...:

    setiap orang hanya akan ada seorang ibu dan bapa sahaja.. ibu/bapa tiri, ibu/bapa angkat, dan lain2 tidak sama dengan ibu/bapa kandung kita.. selagi hayat mereka masih ada sayangilah dan buatlah yang terbaek agar mereka gembira mempunyai anak seperti kita.

  1. hazwani,sy sokong apa yg anda ckp ni...dalam dunia ni kita hanya ada mak ayah kandung...ia tidak sama dengan yg ada pangkat tiri or angkat..berbuat baiklah selalu agar kita akan mendapat rahmat dariNya

Catat Ulasan