Rasulullah Yang Kita Sanjungi

03 Mac 2012
Nabi Muhammad S.A.W yang kita akui sebagai Rasul yang terakhir dan dalam kehidupan Baginda yang penuh liku2 yang sangat meruntun jiwa kita sebagai umatnya...akan tetapi adakah kita merasakan bahawa kita sangat mencintai Rasulullah...???...dalam hidup Baginda..banyak perkara2 yang boleh kita contohi...untuk kita ambil sebagai penduan hidup agar kehidupan kita menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi seorang Islam yang baik dari segenap segi...dan disini saya utarakan sedikit sebanyak Sunnah2 Rasul yang boleh kita ikut dan amalkan...semoga kita akan lebih cemerlang dalam kehidupan dan menjadi mukmin yang sejati...

1.
Senyuman

Abdullah bin Al-Harist r.a. menuturkan, ertinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah r.a., katanya: “Rasulullah S.A.W. lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi." (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda S.A.W. ialah pakaian Qamis.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.”(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah S.A.W. minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah S.A.W. berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad S.A.W. hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi S.A.W. menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur

Aisyah r.a. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah S.A.W. selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah S.A.W. membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W. melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah S.W.T. telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda S.A.W. menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

0 comments:

Catat Ulasan