Siapa Kamu Yang Sebenarnya....

10 Mac 2012




Manusia dilahirkan di dunia ini dengan penuh kesempurnaan...Penciptaan dari Allah semuanya cantik dari bawah sampailah ke atas...dari pandangan manusia yang berbezalah menjadikan kita melihat seseorang itu cantik atau hodoh..akan tetapi di mata Allah..ia sangat cantik kerana saling melengkapi untuk kita gelarkan dia MANUSIA...yang mana tidak cukup sifat..itu tidak menjadikan mereka tid
ak cantik...itu luaran sahaja...orang2 yang begini..Allah akan kurniakan kecantikkan dalaman...dan juga kepandaian yang sangat luar biasa..itulah kuasa Allah yang kita tidak boleh tandingi...ALLAH MAHA BESAR LAGI MAHA SEMPURNA....

dan pada kali ini saya ingin mengupas kecerdikkan seseorang yang dikurniakan oleh Allah untuk digunakan sebagai kesenangan untuk orang ramai...setiap manusia..atau lebih luas lagi skopnya adalah melalui ibu bapa...mereka yang ada anak..memang inginkan semuanya cerdik pandai...semuanya mahukan anak2 itu dapat kerja yang baik,mampu menolong mereka jika dalam kesusahan....tetapi semua itu sudah ada dalam perancangan Allah S.W.T...Dia yang mengaturkan sususan manusia di dunia ini...sebab itu ada yang kerjanya cuci tandas,tukang kebun,angkut najis,eksekutif,pengurus dan berbagai lagi kerja...jika Allah memberikan semua manusia yang ada di dunia dengan kerja yang baik
2 belaka...bagaimana dunia ini akan berevolusi sebagaimana sekarang..jika tiada nelayan..bagaimana mahu mengutip ikan untuk diberikan kepada orang ramai sebagai makanan asas...tiada pesawah..bagaimana untuk menyuap mulut kita dengan sesuap nasi...dan kerana itu Allah menjadikan manusia ini dengan berbagai2 pekerjaan supaya dunia ini lebih bergerak dengan kadar yang sekarang...

bukan itu yang saya nak khabarkan dalam ini...akan tetapi saya ada terbaca satu kisah di antara orang Ansar dengan Rasulullah yang bertanyakan sesiapa yang paling cerdik di dunia ini..kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar...dengan Sabdanya yang berbunyi..




" Secerdik-cerdik manusia adalah orang yang paling banyak mengingati mati serta gigih berusaha membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan" (Riwayat Ibnu Majah dan Abi al Dunya)




Mati adalah sesuatu yang pasti...semuanya akan kita tempuhi..cuma masa yang akan menentukan...adakah kita sudah menyediakan bekalan untuk kita menempuh kematian nanti...adakah amalan kita sudah cukup untuk kita bawa..kita tidak tahu dimana,bila kita akan dicabut nyawa...

dalam Al-Quran ada menyebut beberapa ayat berkenaan perkara ini..

"apabila telah datang ajal mereka,maka mereka tidak akan dapat melambatkan sesaat pun, dan tidak pula dapat menyegerakannya" (Yunus : 49)

firman Allah yang lain..

"dimana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" ( an-Nisa : 78 )

satu lagi firman Allah...

"dan tiada seorang pun dapat mengetahu di bumi (tempat) manakah dia mati" (Luqman : 34)

dan dalam hadis Qudsi juga Allah ada menyebut perkara tentang mati

"Wahai anak Adam, kematian itu adalah pintu dan semua orang akan memasukinya."

Bagi golongan Sufi (Ahli Tasawuf), kematian adalah suatu perkara yang mereka rindui dan nantikan kedatangannya. Ini kerana kematian adalah jambatan yang akan mempertemukan mereka dengan alam baru iaitu alam barzakh. Menurut pandangan ulama, di alam barzakh ini manusia sudah dapat merasakan hasil-hasil daripada segala amalan mereka sewaktu berada di alam fana (dunia )dahulu

Malah Rasulullah S.A.W. sendiri mengambarkan alam barzakh ini merupakan satu taman dari taman-taman Syurga (bagi mereka yang beriman dan beramal soleh) atau ia juga akan menjadi jurang-jurang neraka (bagi mereka yang membuat maksiat dan derhaka)

dari riwayat Abdullah Bin Umar mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Seseorang ahli kubur akan diperlihatkan oleh Allah Taala tempat kediamannya di akhirat kelak. Sekiranya dia menjadi calon ahli syurga, maka akan diperlihatkan syurga itu kepadanya setiap pagi dan petang. Sebaliknya jika dia menjadi ahli neraka, maka akan diperlihatkan kepadanya neraka pada setiap pagi dan petang." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W selalu mengingati umatnya tentang kematian serta persediaan menghadapinya. Hal ini dapat dilihat melalui hadis-hadis baginda yang banyak menyebut tentang hal ini..Sabda Baginda :

"Perbanyakkan lah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menimbulkan kezuhudan terhadap dunia." (Riwayat Abi al-Dunya)


Daripada 20 orang yang dinyatakan dibawah..dimanakah posisi kita sebenarnya


1. Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

2. Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

3. Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

4. Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

5. Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

6. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

7. Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

8. Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

9. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

10. Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

11. Siapakah orang yang cerdik?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

12. Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

13. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

14. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

15. Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

16. Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

17. Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

18. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

19. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

20. Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

dengan itu muhasabahlah diri kita dan cuba perbaiki diri kita jika didapati ia memberikan masalah kepada kita jika kematian datang menjemput kita nanti..Wasalam

1 comments:

  1. Wan berkata...:

    Terima kasih atas perkongsian saudara. 20 soalan yang patut kita tanya pada sendiri tetapi jarang ditanya. Golongan manakah aku tergolong? Jika aku tergolong dalam golongan orang yang rugi atau seumpamanya, apa yang aku lakukan supaya aku tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Catat Ulasan