Petua Mencuci Hati

04 Januari 2011
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu,dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,diolah oleh pakar motivasi Dato’ Dr.Haji Fadzillah Kamsah

1.Dirikan solat dan banyakkan berdoa – ini adalah satu kaedah yang sangat berkesan.Semasa berdoa turut katakan : “Ya Allah, jadikan hatiku bersih”.


2.Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100x sebelum tidur.Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.Disamping dosa-dosa diampunkan,otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan perkara kebaikan.


3.Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4.Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, ia sebagai penyembuh,penenang,terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3 kali


5.Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari


6.Bisikan kepada diri pada perkara yang positif


7.Program minda / cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidor, senyum,pejam mata.Katakan didalam hati : “Ya Allah,cuci otak aku,cuci hatiku.Esok aku nak jadi baik,berjaya,ceria,bersemangat,aktif,positif.” Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya


8.Berpuasa


9.Cuba ingat tentang mati


10.Kekalkan wuduk


11.Bersedekah


12.Belanja orang makan.


13.Jaga makanan


14.Berkawan dengan ulama


15.Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)


16.Pesan pada orang , jadi insan yang baik.


17.Menjaga pancaindera (mata,telinga,mulut dsb)

0 comments:

Catat Ulasan