Kupasan Semasa

24 Disember 2010

Assalamualaikum....

Alhamdulillah bertemu kembali kita di dalam sini..

Dalam masa sehari dua ni terdapat beberapa kes yang dipaparkan dalam akhbar menarik perhatian saya untuk dikupaskan secara ilmiah di dalam blog ini..

Dalam keadaan dunia sekarang yang dipenuhi dengan peperangan minda...perasaan..serta mental,kita sebenanrnya sudah semakin hampir dengan suatu hari yang kita takuti untuk hadapi jika kita masih tidak mempunyai bekalan yang cukup iaitu hari KIAMAT. Dalam masa 2-3 hari ini,NASA telah mengeluarkan satu berita yang cukup gempar,satu planet yang diberi nama NIBIRU tidak akan menyentuh bumi pada tahun 2012..ini satu bukti bahawa kita masih lagi berada dalam keadaan selamat dan terbuktilah bahawa hari kiamat ni rahsia Allah S.W.T,tiada siapa pun yang mengetahui waima Rasul sendiri..

Ini pula kita sebagai manusia biasa untuk melawan apa yang telah Allah beritahu..sains sendiri tidak akan mengatasi kudrat Ilahi...

Sekembali kita ke malaysia pula,saya tertarik pada satu berita yang melibatkan perasaan cinta yang membuak-buak dan juga cemburu yang tidak kena pada tempatnya. Kes ini berlaku di Johor iaitu di Kampung Baru Sungai Redan,Kota Tinggi.

Ia berlaku setelah si lelaki ini mengetahui wanita yang dicemburuinya itu kerap keluar dengan lelaki lain sehinggakan dia tidak dapat menahan ajakan serta hasutan syaitan yang sudah lama terngiang-ngiang telinga lelalki terbabit..

Wanita malang tersebut adalah Nur Ain Ashikin Jemedi yang berusia 17 tahun telah ditikam bertubi-tubi sebanyak 19 kali dan juga simbahan cuka getah pada tubuh gadis malang tersebut..sungguh kesian jika kita amati kes ini..sudah lah disimbah cuka getah,ditikam-tikamnya pula badan Nur Ain ini..

Kejadian ini berlaku kerana kurangnya iman didalam diri lelaki tersebut sehinggakan mudah syaitan menggodanya untuk berbuat sedemikian...memanglah cemburu itu juga perlu dalam diri ini, tapi jangan hati itu dipenuhi dengan perasaan itu kerana jika perasaan itu menguasai diri,mata hati sudah buta sehingga tidak kenal mana Hak dan Batil.

Hendak kata apa lagi jika sudah berlaku perkara begini,nak kata lelaki ni bodoh..dia tidak bodoh kerana masih lagi mempunyai perasaan sabar sehingga berjaya dianaktirikan oleh syaitan..tapi saya tidak respect lelaki ini kerana dia telah menganiaya wanita yang mana dalam islam sendiri,kita sebagai lelaki perlu melindungi dan menjaga wanita ini,lebih-lebih lagi jika sudah menjadi isteri...pasti tinggi lagi tanggungjawab untuk menjaganya..dari pakaian,makanan,nafkah batin,duit dan apa sahaja yang diperlukan oleh wanita bergelar isteri..

Saya tidak tahu lagi hendak kata apa lagi dengan negara Malaysia ni..kerana terlalu banyak kes-kes seperti ini yang telah berlaku..sebabnya apa..??..CEMBURU..bagi saya biarlah mahkamah yang menentukan nasib lelaki terbabit..tapi itu hanya di dunia...di akhirat kelak pasti lebih parah hukumannya kerana telah menganiaya dan menyakiti wanita..

Dan sebab itulah ada satu peringatan disini..sebenarnya perilaku sesetengah manusia bergantung kepada keadaan persekitaran di sekelilingnya..jika elok kawasannya..maka eloklah perangai dan sebaliknya..hal ini juga berkaitan dengan keluarga...khasnya kepada anak perempuan..bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W...”JIKA KAMU ADA 3 ORANG ANAK PEREMPUAN,JAGALAH IA DENGAN BAIK”..disini sudah dinyatakan bahawa anak perempuan ni seharusnya dijaga dengan sebaiknya...contohilah ibu beruk yang menjaga anaknya,sesiapa yang ingin mengambil anaknya..akan dijeritnya dan dikejar..berbeza dengan manusia ni..ada segelintir ibu bapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak perempuan mereka diambil oleh lelaki yang bukan muhrimnya...jika berlaku apa2..baru nak terasa pedihnya..fahamilah..

Setakat ini sahaja buah fikiran saya untuk hari ini..

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dalam Redha Ilahi senantiasa..

Salam Mahabbah dan Assalamualaikum..

0 comments:

Catat Ulasan