Sumpah Bidadari

09 Januari 2011

Assalamualai’kum..pada hari ini saya ingin membincangkan satu kisah yang mana ia juga berkaitan dengan kehidupan kita pada zaman sekarang.satu norma-norma kehidupan yang biasa kita dengar dalam hidup berumahtangga khasnya..pada hari ini saya ingin fokuskan pada kehidupan rumahtangga pada zaman ini.


Berumahtangga atau berkahwin..satu benda yang besar apabila seseorang itu sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga bersama pasangan yang bertuah.Bukan perkara yang main-main denga perkahwinan ini kerana ia berkaitan dengan persefahaman,dosa pahala,pemberian nafkah tak kisah zahir atau batin mahupun berkaitan dengan percintaan yang sudah lama terjalin..


Kebanyakan perkahwinan zaman sekarang ini bersaksikan percintaan..atau lebih mudah bercouple laaa...orang zaman sekarang ni kalau tak berkasih sayang dahulu memang tak kenal la pasangan dia tu..kata mereka la..mereka cakap kena tahu dulu macam mana pasangan itu,adakah ia sesuai pada mereka,atau sekadar untuk seronok2 sahaja..kurang atau langsung tiada perkahwinan zaman sekarang ni berpaksikan pada tuntutan..maknanya disi,tiada istilah bercouple..bahasa mudahnya..jumpa je orang yang kita berkenan..suruh keluarga masuk meminang..kalau dia setuju terus berkahwin..itu la sebetulnya..nak bertunang pun tiada masalah...


Tapi bukan bab perkahwinan yang ingin saya panjang lebarkan disini..tetapi permasalahan yang biasa kita dengar di Malaysia ini..taknak sentuh di luar negara..kerana di negara kita sendiri sudah banyak masalah berkenaan rumah tangga ni..sebagai contoh..tiada persefahaman,tiada kepuasan dalam seks,tidak beri nafkah,kayu tiga,kahwin lain dan berbagai lagi..


Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidup kita ini penuh dengan masalah,begitu juga dalam kahwin ni,ada pasang surut..ada gaduhnya,ada sayangnya...akan tetapi adakah mereka tahu bahawa permasalahan yang dibuat ini akan berlarutan sehingga la kita dibangkitkan di padang mahsyar nanti..pada kali ini saya ingin menyentuh pada kaum hawa..apa masalah wanita ini pada suami mereka..kerana seperti yang kita tahu,wanita ni bila da kahwin..harus taat pada suami..tidak boleh meninggikan suara,harus minta izin dalam apa jua perbuatan..masalah2 seperti isteri ini melawan cakap suami,bermain kayu tiga,ikut suka hati dalam berbuat apa sahaja..ini lah yang diceritakan di dalam satu kisah yang berkaitan isteri..


Mereka ini sebenarnya tahu bahawa apabila di dalam syurga kelak,suami mereka ini jika ada amal yang banyak akan dikurniakan bidadari..dalam satu hadis ada menyatakan bahawa,jumlah yang paling sedikit untuk lelaki ialah 70 orang bidadari yang semuanya cantik dan dinyatakan bahawa ahli syurga akan dianugerahkan dengan kudrat tenaga batin yang dinyatakan minimum 70 kuasa kuda..berbalik pada kisah tadi,di dalam syurga nanti..isteri di dunia ini jika mengikut suami mereka ke dalam syurga akan dijadikan permaisuri yakni ketua para bidadari..si isteri inilah yang akan mengetuai suami walaupun si suami dianugerahkan dengan puluhan bidadari yang cantik dan sama sahaja umurnya dengan si suami dan isteri..


Akan tetapi di dalam syurga ini..jika isteri ini membuat masalah pada suami di dunia ini seperti tidak taat..isteri ini atau permaisuri di syurga akan disumpah atau di perkatakan oleh para bidadari di syurga itu...jika diperbandingkan bahasa di dunia ini seperti “Hoi Binatang”..akan tetapi pada bibir bidadari ini akan keluar satu sumpahan atau kutukan yang sangat sakit untuk didengar oleh isteri itu..”Koo Talla” yakni MEMBUNUH AKAN KAMU,PERGI MATI LA KAMU..sebab kamu da menyakiti hati suami kamu,kamu tidak mengikut perintah suami kamu,kamu tidak berbuat apa yg disuruh oleh suami kamu..”...kutukan ini bukan diperkatakan oleh seorang tetapi puluhan bidadari yang dimiliki oleh suami yang mendapatnya melalui amalan bangun malam seperti solat tahajud dan berbagai lagi amalan yang membolehkan suami mendapat bidadari..


Jadi ketahuilah bahawa tugas sebagai isteri bukan sahaja menjaga makan minum suami tetapi ketaatan,kepatuhan pada suami itu lagi penting..disamping ketaatan kepada Allah yang paling besar..ketahuilah akan kamu wahai isteri,kemurkaan kamu pada suami akan menyebabkan kamu akan diseksa dan disumpah..ketidak taatan kamu pada suami akan menyebabkan kamu mencari nahas di akhirat kelak..dan ketahuilah kamu bahawa dosa2 yang kamu buat itu akan ditanggung oleh suami..sebab itu apa yang suami suruh buat sahaja..dan ketahuilah akan kamu wahai isteri..keredhaan suami boleh memasukkan kamu kedalam syurga walau ada dosa..


tetapi itulah masalah sekarang ni..kahwin 2-3 bulan ,cerai..kahwin 1-3 tahun lepas tu cerai..memang kita akan mengatakan ia berkenaan jodoh..jodoh yang sementara..perkara paling senang kita cakap..akan tetapi kaji balik kenapa perceraian itu berlaku kerana kadang2 itu dari diri sendiri..suami dengan cara dia,isteri pula dengan masalah dia..masing2 ada masalah masing2..saya tak memihak pada sesiapa..tetapi dalam kes ini,isteri la yang memainkan peranan penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga..itu jika mendapat suami yang baik..jika tidak bergantung pada kewibawaan suami itu..adakah dia pandai menjaga rumah tangga dengan baik,memberi nafkah yang secukupnya..tidak curang atau apa sahaja masalah..


Saya bercerita kisah ini bukan saya da kemaruk nak kahwin ke apa tapi ini sebagai peringatan pada semua bahawa kahwin bukanlah perkara main2..ia suatu sunah Nabi,ia suatu tuntutan dalam agama,ia juga suatu perkara yang dapat membendung dari berlakunya gejala2 yang tidak sihat..seperti seks bebas,anak luar nikah dan sebagainya kerana masalah2 seperti ini lah yang memberikan imej yang buruk kepada islam...sebab yang terbabit dengan masalah ini adalah umat islam sendiri..yang dalam my kad tertera nama joyah,mamat,munah dan sebagainya...nak selesaikan masalah ini senang sahaja..balik pada islam,ikut cara islam,segala genap segi haruslah mengikut islam,ibadat,munakahat,muamalat,jinayat..dalam semua ini ada segala keperluan yang diperlukan oleh umat islam..tapi kenapa masih nak mengikut budaya barat..kenapa masih nak tiru apa yang barat lakukan...kita ni islam,agama yang syumul dan menyeluruh..balik lah pada islam..kerana bila anda sudah kembali pada islam..hidup anda akan tenang,jiwa yang mekar dengan keabadian yang baik...semua bergantung atas anda..


Wassalamualai’kum warahmatullahi wabarrakatuh..

0 comments:

Catat Ulasan