Cara senang ingat nama surah dalam Al-Quran

23 April 2010
Cerita 1 (Surah 1 - 10):

Saya khataman al-qur'an dimulai dengan membaca surat PEMBUKAAN. Cerita pertama adalah tentang SAPI BETINA dilanjutkan dengan kisah KELUARGA IMRAN yang bercerita tentang wanita AN-NISA yang sedang menyediakan HIDANGAN untuk BINATANG TERNAK yang memiliki kandang di TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI yang dibagikan sebagai HARTA RAMPASAN PERANG bagi orang yang TAUBAT seperti taubatnya YUNUS.

Susunan cerita (Nama Surat):

PEMBUKAAN (Al-Fatihah)
SAPI BETINA (A-Baqarah)
KELUARGA IMRAN (Ali Imran)
WANITA (An-Nisa)
HIDANGAN (Al-Maidah)
BINATANG TERNAK (Al-An'am)
TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI (Al-A'raf)
HARTA RAMPASAN PERANG (Al-Anfal_
TAUBAT (Al-Taubah)
YUNUS (Yunus)

Kita lanjutkan dengan kisah ke 2 (surat 11 - 20):
HUD dan YUSUF berlindung dari PETIR sementara IBRAHIM berlindung di PEGUNUNGAN HIJR tempat dimana para LEBAH memulai PERJALANAN MALAM menuju ke GUA tempat bersembunyinya MARYAM dan THOHA.

Susunan Cerita (Nama Surat):
HUD (Hud)
YUSUF (Yusuf)
PETIR (Al-Rad)
IBRAHIM (Ibrahim)
PEGUNUNGAN HIJR (Al-Hijr)
LEBAH (An-Nahl)
PERJALANAN MALAM (Al-Israa)
GUA (Al-Kahfi)
MARYAM (Maryam)
THOHA (Thahaa)

Cerita 3 (Surah 21 - 30):

PARA NABI melaksanakan HAJI diikuti ORANG-ORANG BERIMAN yang berpakaian ihram putih laksana CAHAYA yang menjadi PEMBEDA ANTARA YANG HAQ DAN BATHIL seperti ceritanya PARA PENYAIR tentang SEMUT dalam kitab KISAH-KISAH dan juga tentang LABA-LABA dijaman BANGSA ROMAWI.

SUSUNAN CERITA (Nama Surat):
PARA NABI (Al-Anbiya)
Haji (Al-Hajj)
ORANG-ORANG BERIMAN (Al-Mu'minun)
CAHAYA (An-Nur)
PEMBEDA ANTARA YANG HAQ DAN BATHIL (Al-Furqon)
PARA PENYAIR (Asy-Syuara)
SEMUT (An-Naml)
KISAH_KISAH (Al-Qoshos)
LABA-LABA (Al-Ankabut)
BANGSA ROMAWI (Ar-Rum).

Cerita 4 (Surah 31 - 40):

LUKMAN rajin berSUJUD sementara GOLONGAN YANG BERSEKUTU dan KAUM SABA tidak beriman kepada Yangmaha PENCIPTA. Surah YASIIN dibaca oleh orang YANG BERSHAF-SHAF membentuk huruf SHOD berupa ROMBONGAN-ROMBONGAN dari ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

SUSUNAN CERITA (Nama Surat):
LUKMAN (Luqman)
SUJUD (As-Sajdah)
GOLONGAN YANG BERSEKUTU (Al-Ahzab)
KAUM SABA (Saba)
PENCIPTA (Faathir)
YASIIN (Yaasiin)
YANG BERSHAF-SHAF (As-Shaafat)
SHOD (Shod)
ROMBONGAN-ROMBONGAN (Az-Zumar)
ORANG YANG BERIMAN (Al-Mu'min)

Cerita 5 (Surah 41 - 50):

YANG DIJELASKAN dalam MUSYAWARAH itu adalah tentang hukum PERHIASAN bukan tentang KABUT yang membuat orang YANG BERLUTUT di BUKIT-BUKIT PASIR, hal ini menjadikan MUHAMMAD memperoleh KEMENANGAN ditandai dengan KAMAR-KAMAR yang bertuliskan huruf QOF.

SUSUNAN CERITA (Nama Surat)

YANG DIJELASKAN (Fushilat)
MUSYAWARAH (Asy-Syuura)
PERHIASAN (Az-Zukhruf)
KABUT (Ad-Dukhan)
YANG BERLUTUT (Al-Jatsiyah)
BUKIT-BUKIT PASIR (Al-Ahqof)
MUHAMMAD (muhammad)
KEMENANGAN (Al-Fath)
KAMAR-KAMAR (Al-Hujurat)
QOF (Qof)

Cerita 6 (Surat 51 - 60):

ANGIN YANG MENERBANGKAN bertiup ke arah BUKIT saat BINTANG dan BULAN bersinar sebagai bukti YANG MAHA PEMURAH akan mendatangkan HARI KIAMAT yang melumerkan BESI pada saat WANITA YANG MENGAJUKAN GUGATAN mengalami PENGUSIRAN membuatnya menjadi PEREMPUAN YANG DIUJI.

SUSUNAN CERITA (Nama surat):

ANGIN YANG MENERBANGKAN (Adz-Dzariyat)
BUKIT (At-Thur)
BINTANG (An-Najm)
BULAN (Al-Qomar)
YANG MAHA PEMURAH (Ar-Rahman)
HARI KIAMAT (Al-Waqiah)
BESI (Al-Hadid)
WANITA YANG MENGAJUKAN GUGATAN (Al-Mujadilah)
PENGUSIRAN (Al-Hasyr)
PEREMPUAN YANG DIUJI (Al-Mumtahanah)

tamu jiwa

22 April 2010
tk tau la nk cakap apa..

percakaran mulut yg menyesakkan dada...

tk mau aku turut campur..

bimbang akan menjadi lebh buruk...

jgn kerana secangkir bahasa yg buruk...

rosak sebalang kenangan..

anda semua sudah besar n ada akal..

fikirlah untuk diri sendiri...

2 week

16 April 2010
only left 2 week before finish this semester..

and i have many work to do..

many thing to sychronise..

and much money to use it..

talk about money..

only for this semester..i have use more than 5k..

from january until now..n i thanks to my dad n mom..

who give a moral n money support..

without them..who am i..???

maybe only normal person who become mad...

back to topic..

left 2 week..but work doesnt complete yet..

like every sem..my work is not very power..

nothing special with my work..

maybe im not born for this graphic department..

maybe at other programme..

i dont know what is my speciallity..

but as far i discover..i think computer science is suitable for me..

and i try to developing my talent on that..

InsyaAllah..

lena dalam jaga

12 April 2010
akhirnya dapat juga aku idea untuk menulis...

lena dalam jaga..ungkapan kepada diri aku..

ketika ini aku dilanda syndrom lena dalam jaga...

dalam jaga aku sudah terlena....

tk tau kenapa aku jadi begini...

mungkin tinggal tk sampai seminggu lg..

untuk ditamatkan semester pada kali ini..

dan still much work to do..

and i feel so stressful..

sbb tu aku seringkali lena dalan jaga...

terjaga dek kerana memikirkan nasib diri..

dek kerana tidak mampu memberikan yg terbaik...

dicampur pula dengan ketiadaan kecintaan yg sejati..

memberikan aku tekanan tambahan...

kerana kecintaan kepada manusia ini lumrah hidup..

dan selama 24tahun ni..tiada insan pun yg mampu untuk ditakluki..

dan ini membuatkan aku terfikir kenapa aku begini..

kenapa aku tiada cinta yang sampingan..

kerana ku tahu cinta ini mampu memberikan hiburan..

hiburan hati yang mampu untuk menaikkan semangat...

tetapi tiada lagi kesempatan untuk merasai cinta ini..

dan aku biarkan dulu perkara itu..walau dah 24tahun..

sudah terbiasa dengan tiadanya cinta...
walau terasa hendak mempunyainya juga..

tetapi apakan daya...aku hanya insan yg lemah..

tiada kekuatan untuk melafazkan apa yang terbuku dihati..

dibiarkan saje di dalam hati ini..biar ia menjadi nanah yang berbau..

ok sekadar ini saje coretan pda hari ini..

ada masa menghulurkan idea lagi..

salam..

Adab berpakaian menurut Islam

07 April 2010
Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
"Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Keindahan jari jemari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

im a stupid person..

im a stupid person..

so i dont fit to human to became a friend..

only animal are suitable with me..

because of WHAT!!!!!!!????

IM A STUPID,DAZED,FOOLISH....

tensi..serabut..

06 April 2010
ketensian melanda kembali..

keserabutan telah mula menjajah minda ni...

kekeliruan sudah menjeling2 dari luar kamar jiwa..

ketakutan semakin menghampiri sudut hati ini..

inilah yang melanda diriku sekarang..

perasaan yang seringkali menggangu apabila pencarian ilmu hmpir ke penghujung..

sudah tidak ku dapat tahan lagi..

perasaan2 yang ada ini..sudah macam darah daging aku..

ada saje yang akan masuk kedalam jiwa aku ini..

bkan satu atau dua..tapi empat skali gus..

so..ini menambahkan lagi tekanan yang ada...

sudahlah aku ni tidak cukup kuat..

ditambah pula dengan tekanan yang ada ini..

menambahkan lagi kekusutan yang ada..

ikut hati da malas nk fikir..

tpi ni da menjadi tugas aku..

menyelesaikan segala masalah yang tersirat..

setiap masalah pasti ada jalan keluarnya..

hanya perlu mencarinya dengan baik..

tidak perlu untuk tergopoh2 membuat keputusan...

kerana kelak ia akan memberikan masalah baru kepada kita

mungkin masalah yang akan datang kelak..

adalah yang paling besar dalam hidup kita..

jadi..hati2 dalam membuat keputusan..

stakat ni dulu pengolahan idea..

mencari segumpal idea baru yang akan diterapkan dalam ni..

salamunalaik...

date

02 April 2010
tinggal hampir 2 minggu lg..

untuk dihabiskan study ini..

dan ketika ini smkin bertambah tekanan perasaan..

eventhough kerja da hmpir siap..

tpi tekanan still ada pada diri aku ni..

21hb April 2010 adalah penentu masa depan..
26hb April 2010 adalah pencarian masa depan..

2 tarikh yg sungguh menggerunkan..
aku cuba untuk menenangkan diri..
ketika ini masih mampu untuk menenangkan diri sedikit saje..
masih mencari apa lg masalah yang ada..
kau boleh buat la hafeez..
slama ni kau boleh aje..yg lagi teruk kau boleh hadapi..
tkkan yg ni pon kau takleh handle..
come on hafeez..u can do it..

minda seringkali terganggu,jiwa yang selalu meruntun,dan hati acapkali terluka..

Mencari Barakah Yasin

SESUNGGUHNYA bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, Allah menulis baginya dengan membacanya seperti membaca al-Quran 10 kali." (riwayat As-Darimi dan at-Tirmizi)

Surah Yasin sudah pastinya merupakan salah satu surah yang paling popular dan banyak dibaca oleh umat Islam seluruh dunia.

Bahkan di negara kita, surah ini menjadi kemestian dalam pelbagai acara atau majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat serta apabila berlaku kematian.

Kebiasaan ini bertepatan dengan pemahaman kita bahawa surah Yasin ini mengandungi banyak kelebihan atau kaifiat bagi mereka yang mengamalkannya.

Kenyataannya, bacaan Yasin merupakan penghibur hati, penawar duka cita bagi yang ditimpa kesusahan, penguat perbendaharaan bagi yang kekurangan, tiang bagi yang mengharap dan tangga bagi yang berhajat.

Lantaran itu, mendidik diri untuk membacanya pada masa atau kadar yang tertentu adalah sesuatu yang amat baik serta digalakkan, agar ia dapat membantu mendisiplinkan diri supaya istiqamah dengan amalan membaca al-Quran. Apatah lagi, amal yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih utama di sisi-Nya.