Mencari Barakah Yasin

02 April 2010
SESUNGGUHNYA bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, Allah menulis baginya dengan membacanya seperti membaca al-Quran 10 kali." (riwayat As-Darimi dan at-Tirmizi)

Surah Yasin sudah pastinya merupakan salah satu surah yang paling popular dan banyak dibaca oleh umat Islam seluruh dunia.

Bahkan di negara kita, surah ini menjadi kemestian dalam pelbagai acara atau majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat serta apabila berlaku kematian.

Kebiasaan ini bertepatan dengan pemahaman kita bahawa surah Yasin ini mengandungi banyak kelebihan atau kaifiat bagi mereka yang mengamalkannya.

Kenyataannya, bacaan Yasin merupakan penghibur hati, penawar duka cita bagi yang ditimpa kesusahan, penguat perbendaharaan bagi yang kekurangan, tiang bagi yang mengharap dan tangga bagi yang berhajat.

Lantaran itu, mendidik diri untuk membacanya pada masa atau kadar yang tertentu adalah sesuatu yang amat baik serta digalakkan, agar ia dapat membantu mendisiplinkan diri supaya istiqamah dengan amalan membaca al-Quran. Apatah lagi, amal yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih utama di sisi-Nya.

0 comments:

Catat Ulasan