bilangan SUHUF dan KITAB

13 Disember 2010
Segala kitab yg diturunkan dari langit kepada dunia itu 104 suhuf, akan Nabi Syith 60, Nabi Ibrahim 30 dan Nabi Musa sebelum Taurat adalah 10 dan Taurat, Zabur, Injil dan Quran. (yang dipetik dari kitab مفتاح الجنة karangan yang ‘alim lagi fadhil Syeikh Mohammad Thoib bin Mas’ud Al-Banjari (datuk kepada Almarhum Tuan Hussein Al-Banjari).

kesemua SUHUF dan KITAB diturunkan dari langit iaitu dari LOH MAHFUZ,langit yang paling tinggi.Kemudian ia diturunkan ke BAITUL IZZAH dan seterusnya diturunkan ke bumi..

sekelian SUHUF dan KITAB yang sebelumnya diturunkan ke bumi,tiada bahasa...hanya ada bacaan dan lughahnya apabila turun kepada Nabi2...

Manakala merujuk kepada ulama lain kata seperti berikut:

50 suhuf kepada Nabi Syith, 30 suhuf kepada Nabi Idris,10 suhuf kepada Nabi Ibrahim dan 10 suhuf kepada Nabi Adam a.s. dan 4 Kitab iaitu Taurat (Nabi Musa), Zabur (Nabi Daud), Injil (Nabi Isa) dan Al-Quran kepada junjungan besar Rasulullah saw.

bahasa untuk kitab Taurat ialah IBRANI,
kitab Injil pula dalam bahasa SURYANI,
kitab Zabur dalam bahasa QIBTI,
dan Al-Quran dalam bahasa ARAB.

Setengah qaul ulama mengatakan ada 100 suhuf manakala setengah yang lain mengatakan 110 suhuf iaitu:

10 suhuf kepada Nabi Adam a.s.
50 suhuf kepada Nabi Syith a.s.
10 suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
30 suhuf kepada Nabi Idris a.s.
10 suhuf kepada Nabi Musa a.s.

Suhuf ialah hukum2 dasar yang diterangkan kepada manusia mana2 yang perlu sahaja dan setengahnya utk satu2 umat ketika itu saja. Suhuf merupakan kepingan risalah atau lembaran tertulis yg mengandungi pengajaran, hukum hakam yg tidak lengkap.

Manakala Kitab Suci berupai wahyu yg diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui rasul. Ia adalah lah sebuah buku perlembagaan atau perundangan yang penuh dgn segala pengajaran dan peraturan serta hukum hakam yg lengkap lagi menyeluruh merangkumi soal2 aqidah. ibadah, muamalat, masyarakat dan lain-lain.

Perbezaan Suhuf2 dan Kitab2 terdahulu dgn Al-Quran.

Suhuf2 dan Kitab2 terdahulu - Ditujukan kpd golongan manusia yg tertentu sahaja di kalangan berbagai bangsa. Teks asal kitab dulu telah hilang, yg ada cuma salinannya saja. Diturunkan dalam bahasa yg telah pupus sejak beberapa abad yg silam. Tidak ada satu pun bangsa yg bercakap dalam bahasa itu sekarang dan kalau yg tahu pun tidak ramai. Telah bercampur aduk antara wahyu Allah S.W.T dgn perkataan manusia.Dan turunnya ayat2 dan kalimah2 kitab itu dan sejarahnya telah kabur dan tidak diketahui.

Al-Quran - Semua ajaran dan perundangan dapat diamalkan pada setiap tempat di muka bumi ini dan sesuai dalam segala zaman. Bersifat universal utk seluruh manusia hingga akhir zaman. Sampai la ni masih seperti yg pernah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w di mana sedikit pun tidak berubah, walaupun satu huruf. Diturunkan dalam bahasa yg hidup (masih org dok guna) hingga ke hari ini ramai yg boleh berbicara dgn bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab. Mempunyai sejarah yg jelas dan setiap ayat dapat diketahui dengan jelas tentang sejarah, tempat dan sebab2 diturunkan (Asbabun Nuzulnya).Tetap wahyu Allah S.W.t yg asli dan kemurniannya terjamin.

1 comments:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    assalam
    biar bisa share di fb
    baru la ilmu mudah tersebarkan dong

Catat Ulasan