10 perangkap syaitan

11 Julai 2011
firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

dalam dunia zaman moden sekarang ni...manusia seakan sudah lupa bahawa mereka ini ada perkara yang perlu untuk dipersiapkan untuk dibawa ke akhirat kelak...dalam keterbukaan minda mereka kepada perkara2 yang batil menyebabkan mereka ini terbuai2 dengan mimpi bahawa mereka ini masih lagi jauh untuk sampai ke peringkat yang mana benda yang sangat dekat dengan kita yakni MATI...

dalam post kali ini saya ingin meluangkan sedikit masa untuk membahaskan perkara berkenaan dengan benda yang juga sentiasa ada dengan kita selain ALLAH,Malaikat..yakni syaitan...benda yang sering membisikkan ke dalam telinga kita dengan perkara2 yang boleh membawa kita ke arah kehancuran jika tidak kita sedari akan tipu daya syaitan ini..yang mana makin hari makin menjadi2 dan kita pun terikut2 dengan rentak mereka...bersuka ria la mereka akan tipu daya mereka telah berjaya dimakan oleh manusia yang lalai...

dari percakapan kita sehingga kepada perlakuan kita adakah kita sedar bahawa kita sudah diperdaya oleh syaitan...dengan bahasa2 yang kasar dan agak kurang ajar...bahasa kesat...adakah itu hanya terbit dari naluri kita ini...atau adakah ia bisikan2 misteri syaitan yang telah berjaya memperdaya manusia khususnya umat islam untuk terus menari2 dengan syaitan ini...

terdapat 10 pintu utama yang akan dimasuki oleh syaitan seperti yang diberitahu oleh ulama yakni :

Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering “ (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.

Kesepuluh melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

maka haruslah kamu untuk sentiasa bersedia menangkis akan tipu2 daya syaitan ini supaya kamu tidak akan tergolong sekali dalam keluarga syaitan ini...jadikan Rasulullah sebahai idola atau bapa kepada kita..kerana dialah insan yang sempurna...dan dilampiri dengan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T...insyaAllah kamu akan berjaya melalui hidup ini dengan baik...

0 comments:

Catat Ulasan