Allahumma anta rabbi laa ilaaha rabbi. Laa ilaaha illa anta kholaqtani wa ana abduka wa ana ala ahdika wawa'dika mastatha'tu 'audzubika min syarri ma shana'tu 'audzu bika min syarri ma shana'tu, abu u laka bini'matika 'alayya wa abu-u bidzan bi faghfirlii fai-nahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta".
 
                        Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak                          ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku                          dan aku adalah hambaMu dan aku senantiasa di atas perintahMu                          (kekuasaanMu) dan perjanjianMu sekadar keupayaanku (kemampuanku),                          aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatanku, aku                          mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku                          dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya                          tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan                          Engkau". (Diriwayatkan oleh Bukhari)
                        
Antara fadhilat membaca Penghulu Istighfar adalah:
(i)                          Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda:                          Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……".                          Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang                          dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga                          siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu                          masuk syurga.
(ii) Bagi mendapatkan syafaat dan ganjaran darpada Allah swt. dengan membaca zikir. Zikirullah bermakna kita ingat kepada Allah swt. Melatih diri dengan berzikir baik di dalam hati mahupun secara lisan, di waktu berjalan mahupun berdiri, baring mahupun duduk akan membuat hati kita sebagai hambaNya berasa seolah-olah mempunyai hubungan langsung terus kepada Allah swt. dengan jiwa yang suci dan tawadhuk / dhi'ah.
Menyuburkan sifat dan sikap rendah diri dan pasrah kepada Allah swt., kita akan dapat mencegah penyakit takabur dan juga ujub. Tawadhuk itu adalah sifat hati yang terpuji (mahmudi). Sifat ini membawa kemuliaan dan kemenangan. Hamba Allah swt. yang bersifat sedemikian akan mendapat kedudukan serta darjat yang tinggi di sisi Allah swt.
Rasulullah                          saw. bersabda yang bermaksud: Allah tidak akan memberi                          tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf                          kecuali kemulian dan tiada seorang pun yang merendahkan                          diri kerana mengharapkan keredhaan Allah kecuali Allah                          akan memberi tingkat yang tinggi kepadanya (Diriwayatkan                          oleh Muslim)
(iii) Zikirullah itu juga mengandungi kekuatan sebagaimana firman Allah swt. "...demi furqan, sesungguhnya ia mengandungi kekuatan di sisi Kami..."
(iv)                          Zikrullah juga dapat menghantarkan seorang hamba menjadi                          dekat kepada Allah swt., cinta kepada syariatNya dan dapat                          menolong untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt.                          dalam segala bentuk ibadah yang tidak terhitung jumlahnya
                        
Antara waktu-waktu kita digalakkan membaca Penghulu Istighfar itu adalah:
(i) Pada malam Nisfu Syaaban, baik bagi diri kita sendiri mahupun bagi untuk kedua ibu bapa kita
(ii) Selepas kita melakukan solat sunat taubat

0 comments:
Catat Ulasan