Kehilangan besar....

14 Ogos 2009

aku telah kehilangan seorang insan yang ku gelar sebagai idola aku...

idola yang telah banyak mengubah hidup aku dengan dakwahnya..

dakwah melalui saluran nasyid telah membuatkan aku tertarik..

alunan suaranya juga membuatkan aku rasa senang..

suaranya yang unik juga telah memberikan aku sinar baru dalam hidup...

lirik2 lagu dalam lagu seperti SUBUH YANG TERAKHIR,INTIFADA dan banyak lagi telah membuatkan aku terfikir kembali matlamat hidup di dunia ini..

kekuatan suara dipadukan dengan kehebatan lagu itu membuatkan beliau aku angkat sebagai idola aku..

telah lama aku mengikuti beliau..terlalu lama aku meminati beliau..

tetapi kejutan melanda diri aku dengan pemergian beliau..aku sendiri tidak percaya..

terus terang aku cakap yang aku menangis mendengar berita permergian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani..

biarlah orang nak kata aku tak malu kerana menangis...kerana pada aku setiap manusia diberikan rasa sedih,gembira..itu lumrah..

permergian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani ke Rahmatullah adalah satu kehilangan besar kepada industri nasyid negara dan juga dalam konteks dakwah..

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

AL-FATIHAH...

0 comments:

Catat Ulasan