Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Qiyamu Ramadhan
Solat Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan
Amalan Solat Sunat Tarawih
Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah itu. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih; dan seterusnya solat-solat Qiamullail (Tahajjud, Hajat, Tasbih), membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.
Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr” pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun).
Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah S.W.T daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

0 comments:
Catat Ulasan