setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya..jadikan Minda untuk berfikir jalan keluar,Hati sebagai proses penapisan masalah dan Jiwa untuk menjadikan kita lebih baik
Checklist Sebelum Keluar Dari Ramadhan Kareem
Sebelum melangkah keluar, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya kita tidak melangkah dengan tangan kosong.
1. Tujuan
Allah Taala telah menetapkan bahawa tujuan madrasah ini dibuka adalah untuk melahirkan hamba yang bertakwa.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”(Al-Baqarah:183)
Oleh itu, ketika kita mula melangkah memasuki gerbang Ramadan, kita mesti benar-benar menyedari apa yang hendak kita capai sepanjang berada dalam bulan ini, iaitu takwa. Dan sebelum kita melangkah keluar, pastikan sama ada tujuan itu tercapai atau sebaliknya.
Taqwa dari segi bahasa bermakna, memelihara diri atau melindungi diri dengan sesuatu agar terselamat dari perkara yang tidak disukai seperti memakai baju untuk melindungi diri daripada sejuk dan panas, memakai perisai untuk memelihara diri daripada terkena sasaran panah dari musuh dan sebagainya.
Taqwa kepada Allah bermakna, melakukan apa yang disuruh kerana mengharap pahala daripada-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang kerana takutkan siksaan-Nya.
Ketika mentafsirkan firman Allah agar mukmin bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, Ibn Masud berkata: Allah perintahkan supaya Dia ditaati dan tidak diingkari, diingati dan tidak dilupai, disyukuri dan tidak dikufuri.
i. Orang yang paling mulia di sisi Allah, “…Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, …” (Al-Hujurat:13)
ii. Dikasihi Allah, “… Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76; At-Taubah: 4 dan 7)
iii. Allah sentiasa bersama, “…Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah:194; at-Taubah: 36 dan 123)
iv. Hanya amalan orang yang bertakwa diterima di sisi Allah, “…Hanyasanya Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)
Untuk orang yang bertakwa disediakan ganjaran yang tidak ternilai sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Contoh ganjaran di dunia:
i. Dimudahkan jalan penyelesaian ketika berhadapan dengan masalah dalam kehidupan dan diberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka,
“...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya... Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Talaq: 2,3,4)
ii. Diberi petunjuk dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Al-Anfal: 29)
iii. Allah menjadi wali kepada mereka sebagai Penolong dan Pelindung,
“Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikit pun dari pada (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Jathiah: 19)
Ganjaran di akhirat pula adalah syurga yang luasnya antara langit dan bumi dengan segala kenikmatan yang tidak pernah tergambar di mata dan tidak pernah terlintas di minda.
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;” (Ali Imran: 133)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; Sebagai balasan daripada Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya),” (An-Naba’: 31-36)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan mata-mata air terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata):
“Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman”. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.” (Al-Hijr: 45-4.
Allah telah menyatakan dengan terperinci cirri-ciri orang yang bertakwa di beberapa tempat dalam al-Quran. Antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 3-5, Ali Imran ayat 16-17 dan ayat 134-135, dan az-Zariat ayat 16-19.
Daripada ayat-ayat tersebut dapat disimpulkan ciri-ciri muttaqin yang paling penting ialah:
i. Beriman kepada yang ghaib dan kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah
ii. Pemurah dan suka membelanjakan harta di jalan Allah tanpa mengira waktu lapang atau sempit
iii. Kurang tidur pada waktu malam kerana beribadah dan beristighfar pada waktu dinihari
iv. Sabar, menahan marah dan pemaaf
v. Segera bertaubat ketika melakukan dosa dan kesalahan
vi. Memiliki sifat ihsan
6. Mengekalkan ketakwaan
Sesungguhnya semua ibadah yang dituntut oleh Allah ke atas hamba-Nya, tidak kira apa pun bentuknya adalah bertujuan melahirkan insan yang bertakwa. Firman-Nya bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.” (Al-Baqarah: 21)
Bahkan hukuman qisas yang merupakan satu daripada bidang hukum jenayah, jika dilaksanakan sebagaimana yang disyariatkan akan membawa kepada taqwa.
“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 179)
Justeru, cara untuk mengekalkan sifat takwa dalam diri ialah menunaikan semua ibadah, sama ada ibadah khusus atau umum sebagaimana yang disyariatkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya ibadah diabaikan, takwa akan pudar dan terus malap.
Jangan Berbicara Kotor Ketika Berpuasa
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah 'Azzawajalla berfirman - dalam Hadis qudsi: "Semua amal perbuatan anak Adam - yakni manusia - itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan saya akan memberikan balasan dengannya.
Puasa adalah sebagai perisai - dari kemaksiatan serta dari neraka. Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya adalah berpuasa."
Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah bau busuk dari mulut seseorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.
Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan kesenangannya, iaitu apabila ia berbuka, ia pun bergembiralah dan apabila telah bertemu dengan Tuhannya, ia pun gembira dengan adanya amalan puasanya."
(Muttafaq 'alaih)
10 perangkap syaitan
Dajjal,Yakjuj Makjuj,Nabi Isa dan Juga Imam Mahdi
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”
DAJJAL
Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.
Gelaran Al MasihKami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Kisah Malaikat penghantar amalan solat akhir waktu
Jika berpuasa amalan kita direct terus pada Allah…
tapi jika bersolat ada “Posmen” pula untuk hantar
amalan kita pada Allah….
Kisahnya….
Setiap kita ada malaikat…
Malaikat yang hantar amalan solat kita pada Allah.
Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. ..
Jika solat di awal waktu, Tolnya “free”… Tiada sekatan tol… Tiada “jem”…
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah… untuk dinilaikan….
Tapi Jika solat di akhir waktu, Tol free juga… Tapi sekatannya… MasyaAllah….
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita… Kenapa lewat poskan
amalan kita… Merayu-rayu posmen malaikat kita… Minta diberi laluan…
Tetapi… Penjaga langit pertama tidak heran… Dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai….
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita…. Satu persatu dikutip….
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua….. Samalah juga…. Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan… Merayu lagi posmen kita. Tapi masih tidak dipedulikannya…
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi….Dikutip satu persatu amalan kita… Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah…
Dilangit ketiga… Laaaa…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita….
Kenapa lewat hantar amalan tersebut…. Tiada kompromi… Terus dibaling amalan kita… Jatuh berderai amalan kita…. Tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi… Maka, Tak sampailah amalan kita kepada Allah…
Seolah-olah kita tak solat juga…
Maka…. bersedialah kita menerima pembalasannya….
Tak di dunia di akhirat pula….
Hilang duit…. Hati risau…
Tender ditolak…. Ujian bertimpa-timpa….Ishhhh….
Tak berbaloikan kita buat amal…. Tapi tak sampai….
Dahlah tu…Tak de nilai….. Kena azab lagi nanti….
Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami, suka solat di
awal waktu. Gentarkan hati kami selagi kami tak segerakan…
Biarlah kami gentar di dunia… Agar kami tidak gentar lagi di hari akhirat..
Ameen….
kredit to armadrafar.wordpress.com
Isra' wal Mikraj...
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Israk Mikraj (Naik ke Hadrathul Qudhus untuk bertemu dengan Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Imam Muda 2



Pergerakan Dunia
Informasi Terkini
Bicara Agama
- Ustaz Amin
- Ustaz Hasrizal
- Guru Tajwid Syatibi
- Al Manhaj
- Ustaz Zaharuddin
- Dr.Abu Basit
- Minda Tajdid
- We Choose Islam
- Darul Mujahidin
- E-Fatwa Malaysia
- Fatwa Online
- Al Fikrah
- Al Ahkam
- Tok Guru Harun Taib
- Tok Guru Haji Hadi
- Tok Guru Nik Aziz
- Miracle Of Islam
- Ceramah Agama
- Ustaz Azhar Idrus
- al-Bakistani
- Minda Tajdid
- Ustaz Nasruddin