kekusutan jiwa

29 Mac 2010
hidup penuh paksaan..
masih lg dapat bersabar dengan kerenah sesetengah manusia..
kekuatan iman yang bisa menghalangi aku berlaku kasar..
tetapi jangan paksa aku melebihi hak yang ditetapkan..
kelak akan membinasakan diri sendiri..
jangan ingat aku diam tanda aku bodoh...
aku malas nk fikir2 benda2 yang karut lg bodoh tu..
yang penting aku happy..
tima kasih..!!!

be a urself..

24 Mac 2010
be a yourself..
not try to be another person...
it will hurt urself at future..
so,try to be urself..

Alhamdulillah

21 Mac 2010
Alhamdulillah...

terlerai sudah segala kekalutan dan kekusutan jiwa..

terhapuslah jua segala permainan hati..

dan kembali kepada kekosongan minda..

lega bila melihat mereka bertaut kembali...

syukur kepada Allah..kerana menyatukan kembali mereka..

Amin..

no speech..

20 Mac 2010
tak banyak cerita berkesudahan dengan baik..

tiada cerita yang langsung tiada nilai etika yang baik...

manakan tidak jika cerita itu lakonan duniawi saje..

inikan pula cerita berkenaan sahabat..

ingtlah bahawa..sahabat umpama kaki...

tanpa kaki kanan or kiri kita akan tempang...

setiap duka dan suka pasti akan dikongsi bersama..

konflik or perbalahan adalah lumrah dalam persahabatan...

aku sendiri sudah banyak kali melaluinya...

fikirlah pasal diri sendiri dan juga sahabat tersebut...

setiap apa yang dirasakan itu hanya dugaan hidup..

mana ada hidup yang betul2 sempurna...

pasti ada masalah dan ujian..

aku hanya memberi nasihat..walaupun diri aku tk berapa baik...
salam

Sifat 20 Bagi ALLAH

19 Mac 2010
Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Lima Cara Pilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

KONFLIK...

18 Mac 2010
tajuk pada kali ini berkaitan dengan konflik..
dan ia sangat berkaitan dengan diri aku..
konflik yang sudah lama berada dlm diri aku ni...
satu konflik yang membuatkn aku terfikir2 siapakah diri aku ni..
aku masih lg mencari2 siapa sebenar aku..
aku ni akan menjadi apa bila dewasa nnti...
sudah lama ia bersarang...
sehingga pada satu masa mmbuatkan aku termenung...
kenapa aku disini...??kenapa aku menjadi sperti ini...
dan shingga pada satu ketika aku menjadi bingung..
sudah hampir 4 tahun benda ni ada dlm diri..
dan masih lg tidak dapat jawapan yg sejati..
jawapan yang betul2 membuatkan aku puas...
ya aku tau bahwa Tuhan tidak akan memberi
semua yg kepada kita sekelip mata..
Tuhan juga tidak memakbulkan segala kemahuan kita..
kerna itu aku terdampar di pinggiran telaga..
memikirkan nasib aku di alam dewasa nnti..
aku akan menjadi apa???
kerja apa??
mcm mana bentuk hidup aku????
hidup aku sekrang???
mcm biasa..bngun pg..n ke kelas...
pastu makan...buat keje skit...n then tido balik...
itu hanya rutin biasa dalam seharian aku..
sehinggakan aku sudah tidak terpikir lg benda tu..
da terlalu biasa dengan kehidupan..
jdi aku ingin mencari identiti baru..
identiti yang memberikan aku kepuasan dalam hidup..
identiti yang mampu untuk membahagiakan aku..
identiti yg cukup untuk membuatkan org lain happy..
jadi untuk mencari identiti tersebut....
akan memakan masa yg lama..
kerna proses penyesuaian identiti memerlukan masa..
jika silap langkah akan memberikan kesakitan kepada aku..
jadi sesiapa yg boleh menolong aku..
dalam mencari identiti aku yg sebenar..
dipersilakan kerna aku sudah makin buntu dengan benda ini..
aku sudah makin stress dengan perkara ini..
walaupun kecil tp membuatkan aku naik gila..
sekian saje untuk hari ini..
da makin stress aku tulis benda ni..
adios..

suatu impian..

16 Mac 2010
pada kali ini aku ingin menceritakan impian aku..

seperti yang sedia maklum bahawa aku skrg sedang mengikuti kursus grafik..

pada awalnya ia mcm kena dengan diriku..

sehinggakan aku dapat merasai bahawa ia jauh
menyimpang dari matlamatku..

aku sebenarnya ingin menjadi seorang programmer..

yang berkaitan dengan software or system..

itu sebenar impian aku sebnarnya...

tetapi aku tidak tahu kenapa aku mengambil grafik...

mungkin aku suka tengok design..tetapi aku tidak dpt membuat design..

even yang buruk pun..aku masih terkapai2 dalam arena grafik ini..

jadi aku telah mengambil keputusan bhawa grafik
bukan diriku yg sebenarnya..

programming yang menjadi misiku yang baru..

selepas habis je diploma grafik yg aku ambil ini..

aku ingin pelajari hal2 yg berkaitan programming..

itulah impian sebenar aku..

dan akan aku cuba tunaikan impian itu..

sekadar itu saje pada post kali ini..

esok post lain pula..