11 jenis manusia didoai malaikat

15 Februari 2010
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

ini antara senarai jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

hadis mengenai hijrah

14 Februari 2010
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة


maksudnya:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).


Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat.
untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)

Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.

Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/

tidak melampau/ menepati syariat.

Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.


Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

perkara yang mematikan hati

13 Februari 2010
Ibrahim Adham Rahimahullah telah menyatakan bahawa terdapat 10 jenis perkara yang membuatkan hati akan mati dan doa tidak dikabulkan antaranya;

1.Kamu mengakui kewujudan Allah S.W.T tetapi kamu tidak menunaikan hakNya



2.Kamu membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkan isinya



3.Kamu mengakui Syaitan itu musuh kamu tetapi seringkali mengikutinya..



4.Kamu mengaku cinta kepada Rasul tetapi meninggalkan ajarannya.



5.Kamu mengaku rindu kepada Syurga tetapi tidak beramal untuk menggapainya.



6.Kamu mengaku takut kepada Api Neraka tetapi tidak meninggalkan perkara yang berdosa



7.Kamu yakin bahawa mati itu pasti tetapi tidak menyediakan bekal untuk itu..



8.Kamu sibuk berbicara aib orang sehinggakan lupa akan aib sendiri



9.Kamu makan rezeki dari Allah tetapi tidak mahu untuk mensyukurinya..



10.Kamu sering menguburi orang mati tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.



oleh itu beringatlah bahawa kamu semua ini sebenarnya banyak terdedah kepada perkara yang mampu untuk mematikan hati dan akan menyebabkan doa tidak akan dikabulkan,hanya Iman yang kuat sahaja mampu untuk menghindari diri daripada bahana yang akan menyebabkan kita terperesok ke jalan yang salah..

Sungai Dan Laut Bersatu

11 Februari 2010
disini aku ingin meletakkan sedikit gambar yang aku jumpa di sebuah blog yang menyebabkan aku mengagumi kehebatan Allah S.W.T dalam penciptaan alam..

benarlah dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang membawa maksud;

"Dia biarkan dua lautan bertemu,dikeduanya ada batas yang tidak boleh ditembus"

penemuan ini telah ditemui oleh seorang oceanografer,Mr.Jacques Yves Costeau dari perancis yang menemuinya di Cenote Angelita,Mexico yang mana pada kedalaman melebihi 60meter beliau telah menemui sebatang sungai yang lengkap dengan daun dan pepohon.

dan penemuan ini telah menyebabkan Mr.Jacques telah memeluk islam setelah mendengar sendiri ayat2 Quran yang dibaca oleh seorang professor tentang lautan ini..

anda lihat la sendiri bagaimana bentuk sungai didalam lautan itu..







hari jiwang menjiwang bersama kekasih..

08 Februari 2010
semua sedia maklum dengan hari kekasih..
yg akan tiba pada 14hb ini..
lebih dikenali dengan nama Valentine Day
bagi pasangan kekasih,hari tersebut merupakan hari yg cukup penting bagi mereka...
penting kerana pada hari tersebut dapatlah mereka bermesra2 dengan lebih erat..
dapat berkongsi2 kasih sayang yang semestinya terlebih..
berjumpa di kawasan2 yang sememangnya akan mencurigakan...
bertukar2 bunga taik ayam sesama sendiri..
TETAPI mereka ini tidak tahu kenapa mereka sambut hari Valentine ini..
BODOH bukan..diulang BODOH!!!!

sebab apa aku cakap bodoh..sbb mereka ni tk tahu apa makna sebenar disbalik valentine ni..
mereka sekadar meraikan sedangkan mereka sebenarnya sedang diperbodohkan..
oleh golongan kafir yang ingin melihat umat islam ini hancur..
apabila umat islam ini hancur..dengan senang mereka akan menakluki dunia ini..
berbalik kepada sambutan valentine yang akan tiba tidak lama lagi..
aku tidak mahu golongan muda remaja islam terlibat dengan perkara2 sebegini..
bagi yang sudah tahu apa dia valentine itu sebenarnya..it's ok bagi aku..
bagi aku mereka yg tahu ttg valentine ini adalah org2 yang berpendidikan..
tahu tentang halal haram yang sebenarnya..
yang aku risau adalah org2 yang menyambut valentine ini..
aku takut yang mereka2 ini akan terasa hebat bila sambut valentine ini..
dan apabila mereka terasa hebat..
terjadilah perkara2 yang tidak kita ingini..
pada hari2 sebegini...syaitan akan menghasut habis-habisan supaya membuat kesilapan..
dan apabila sudah membuat kesilapan..tunggu je la nnti akan ada penyesalan dalam hidup..
bagi yang menyesal bagiku sudah bagus..bagi yg tidak rasa apa2 selepas membuat kesilapan.
bagiku adalah cukup membimbangkan..kerana sudah pasti mereka akan membuat lagi..

mari aku imbaskan kembali apa dia Valentine Day yg org2 puja ini.
mungkin sudah ramai yang tahu tetapi lupa akan sejarahnya..
mungkin ramai lagi yg tidak mengetahui apa dia sebenarnya Valentine Day ini..
mari aku rungkai kembali maksud sebenar Valentine Day ini..
setelah aku imbas sedikit demi sedikit berkenaan Valentine ni..
ada 3 pendapat yang berkaitan dengan valentine ini...;



PENDAPAT PERTAMA


mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.



PENDAPAT KEDUA

mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ¡¥From your Valentine¡¦ (Daripada Valentinemu)

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


PENDAPAT KETIGA

menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.



HUKUM MENYAMBUT VALENTINE

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur¡¦an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. ¡V al-Hajj : 67

sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya kafir. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan orang kafir. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). ¡V al-Israa¡¦ : 32


jadi kesimpulannya adalah..jgnlah kita terlalu mengagungkan budaya barat yang terbukti telah merosakkan minda kita sebagai umat islam ini..dalam islam sendiri terdapat banyak sambutan2 yang kita sendiri digalakkan untuk meraikannya seperti maulid nabi,isra' mikraj dan banyak lagi..tetapi kenapa kita hendak meraikn hari yang terbukti telah merosakkan akidah ramai umat islam di dunia..fikir-fikirkan lah..

jgn hari ini dengar hari ini esok da lupa..
salam..

9 Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh
malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA..


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah..


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu..


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas..


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku..


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang..

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya..


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut..


BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

penggatalan tangan..

07 Februari 2010
salam n selamat malam diucapkan..
pada hari ini aku terasa nk menulis di blog ni..
pada hari ni aku terasa sngt rajin even aku tk pegi kelas hari ini..
sebab apa???itu yang aku tidak tahu..
memasak sudah..membasuh sudah...mandi sudah..kerja???dlm proses..
hari ni kt umah masak nasi n telur je...
pastu dngr syahmi nk makan nasi goreng..terus belasah dapur skali lagi..
nasi goreng lemak telur lada hitam...tu diaaaaa..
rasanya???boleh tahan ar...sbb instant nasi goreng katakan...
air..??hari ni dua jenis aku mnum...sarsi n tea..



berbalik kepada kerja..
masih ditakuk yang lama..
hanya bergerak sedikit sahaja...
dan walaupun aku duk distudio dr kul 5 smpai 3pagi..
masih tak banyak yang bergerak..
aku masih lagi ketinggalan..
tngh kejar lagi ni..
minggu dpn da masuk raya cina..
hitung punya hitung..
tinggal berapa minggu lagi nk diploma show..



berkenaan selepas belajar plak..
aku dah tetapkan keputusan untuk berkerja..
tk mahu sambung lagi..sblum duit pinjaman habis dibayar..
bnyk sangat duit pnjaman yg aku pinjm..
tak terkira aku..
n kerja apa??tk pasti lagi..
untuk menjadi graphic designer..mcm tk berapa yakin..
maybe pelukis pelan..yg ni aku mmg minat..
tp autocad da lama aku tinggalkan..
aku akan belajar balik..dngn sijil yg aku ada..
aku cuba untuk memohon kerja kt syarikat arkitek..
itu saje hari ni..
setakat tu je keluar dr kepala otak hari ni.
esok lusa plak..


adios..

Jiwa Mati

05 Februari 2010
Anda mengaku Allah itu sebagai Tuhan yang Maha Agung. Akan tetapi anda berjalan di muka bumi ini dalam keadaan bongkak seolah-olah tidak bertuhan. Tiada langsung rasa diperhatikan. Membuat apa sahaja sesuka hati. Tidak pernah rasa bergetar jiwa apabila menyebut nama Allah.

Anda mengaku Muhammad itu sebagai Rasulullah. Akan tetapi tiada langsung keinginan untuk mematuhi sunnah murni baginda. Tiada langsung usaha untuk berselawat kepada baginda. Tiada langsung rasa rindu untuk bertemu baginda bagi mendapatkan syafa’at di hari Akhirat kelak.

Anda mengaku al-Quran sebagai kitab panduan wahyu Ilahi. Akan tetapi anda tidak pernah berusaha untuk melazimi bacaannya. Seminggu sekali pun agak payah. Al-Quran, terjemahan serta aplikasi al-Quran dalam komputer, laptop dan smart phone jarang dibuka. Apatah lagi untuk menghayati maknanya. Apatah lagi untuk merasai kemanisan membacanya. Kemuncaknya ialah anda menjadikannya sebagai hiasan sahaja. Tiada langsung keinginan untuk melaksanakan undang-undang yang termaktub di dalamnya.

Anda mengaku Islam sebagai agama. Akan tetapi anda tidak pernah menjadikannya sistem hidup. Tidak pula menjadikannya sebagai dasar dan kayu neraca membuat keputusan di dalam diri anda. Walaupun mengaku Islam, dan tidak memeluk agama lain, tetapi lebih selesa dengan cara hidup penganut Kristian, Yahudi atau masyarakat tanpa agama.

Anda mengaku umat Islam yang lain sebagai saudaramu. Akan tetapi kamu selalu menzalimi mereka. Sedang anda tidur lena, dibiarkan sahaja saudaramu yang di dalam kesusahan. Sedang saudaramu pergi berjuang, anda membiarkan sahaja mereka keseorangan, bahkan membuat kerja yang menyusahkan mereka. Hidup di dalam kebencian dan permusuhan. Suka sangat mencari kesalahan orang.

Itu semua merupakan sebahagian tanda yang jiwa kita yang sudah mati.

Ibarat badan manusia, matinya kerana terpisah antara roh dengan jasad. Roh itulah merupakan sebab mengapa manusia itu bernyawa. Tanpa roh, manusia itu mati. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hijr ayat 29, ketika mencerita penggabungan roh dan jasad:



فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِي

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanku) maka hendaklah kamu sujud kepadanya.



Dalam surah al-Waqi’ah ayat 83, Allah menceritakan mengenai kematian, iaitulah ketika roh terpisah daripada jasad.

فَلَوْلاَ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya.

Manusia sekiranya mati, maka perginya takkan kembali. Apa yang mampu ialah menunggu saat untuk dikembalikan nanti.

Akan tetapi jiwa, sekiranya mati, matinya bukan kekal. Matinya sementara. Kerana roh manusia itu boleh dibangunkan kembali, walau seteruk mana ‘kematian’ yang dialami.

Mencari roh jiwa tidak memerlukan anda untuk duduk bertapa di gua. Tidak memerlukan anda untuk meninggalkan kerja dunia.

Ini kerana roh jiwa itu ada di sisi anda. Roh jiwa itu sebenarnya, ialah al-Quran. Dengan mendekati al-Quran, jiwa yang mati akan dihidupkan semula. Yang gelap akan kembali terang. Yang pudar akan kembali sinar. Yang muram akan kembali tertawa.



Firman Allah di dalam surah al-Syura ayat 52:

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami)



Begitulah hebatnya al-Quran itu sehingga dianggap sebagai roh. Roh yang menghidupkan jiwa. Mengapakah demikian? Jawapannya mudah sahaja, siapa yang tidak mahu berlafaz dengan kalam Allah. Kalam Allah, iaitulah kata-kata Allah. Ayat yang dilafazkan oleh Tuhan yang menciptakan kita. Sudah tentu kesannya hebat sekali. Bahkan yang menjadi pengantara al-Quran antara Allah dengan nabi Muhammad pun turut dipanggil sebagai roh al-Amin, roh yang amanah. Firman Allah SWT dalam surah al-Syu’ara’ ayat 193:



نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلأَمِي

Ia dibawa turun oleh Roh al-Amin (malaikat Jibril yang amanah)

Justeru, aduhai jiwa yang tenat. Kembalikanlah dirimu mendekati al-Quran. Baca, fahami, dan hayatilah isi kandungannya. Moga jiwa yang mati akan hidup kembali, dengna penuh ketenangan, dalam mendamba rahmat-Nya.