Berkenaan Solat

04 Februari 2010
UMAT Islam perlu mengetahui bahawa ada lima waktu yang dimakruhkan untuk solat tanpa sebab, iaitu selepas Asar, selepas Subuh, waktu tepat jatuh matahari, terbit atau terbenamnya matahari.

Bagaimanapun, untuk melakukan solat yang bersebab seperti mengqada solat sunat rawatib atau kerana gerhana atau untuk menyembahyangkan jenazah, maka waktu itu tidak dimakruhkan.

Antara rahsia larangan itu adalah untuk menjaga supaya tidak sama dengan penyembah matahari yang mungkin menimbulkan daya penarik atau perbuatan ke arah itu. Jadi, membiarkan waktu itu berlalu terlebih dulu adalah sebagai tambahan perhatian serta perintah bagi menjaga kesucian Islam.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah sembahyang dua rakaat selepas Asar, lalu baginda ditanya: “Bukankah Tuan melarang kita untuk bersembahyang pada waktu ini?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Dua rakaat yang saya sembahyang itu tadi semestinya saya lakukan selepas Zuhur, tetapi saya sibuk kerana ada perutusan yang datang.”

Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. itu apabila tertidur atau sakit, sehingga pada malam harinya itu tidak sempat bangun, maka baginda selalu bersembahyang untuk yang ditinggalkan itu pada permulaan hari sebanyak 12 rakaat.”

Oleh itu, barang siapa yang meninggalkan sesuatu wirid kerana keuzuran, janganlah memberikan keringanan kepada dirinya untuk terus meninggalkan perbuatan itu tetapi hendaklah dipenuhi pada waktu lain.

Langkah itu bagi memastikan diri kita tidak dibiasakan dengan kelalaian, meninggalkan atau memandang mudah saja. Jadi, memenuhinya itu amat baik dengan tujuan untuk menggiatkan diri dan melakukan secara tetap dan tertib supaya menjadi amalan berterusan.


Berikut adalah beberapa masalah yang perlu diketahui mengenai solat:

Sedikit perbuatan, sekalipun tidak membatalkan solat hukumnya makruh, melainkan jika ada keperluan. Contohnya, menolak orang yang hendak berjalan di depannya, membunuh kala atau keinginan untuk menggaru gatal pada tubuh yang mengganggu kekhusyukan.

Ketika seseorang itu menguap, tidak mengapa jika meletakkan tangan di mulutnya. Jika bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah dalam hati saja dan tidak menggerakkan lidah, manakala apabila sendawa, janganlah mengangkat kepala ke atas.

Jika berjemaah dan hanya ada seorang makmum saja, disunatkan seseorang itu berdiri di sebelah kanan imam dan berada di belakangnya sedikit. Kalau makmum hanya seorang wanita, maka hendaklah berdiri tepat di belakang imam. Jika dua orang makmum, seorang lelaki dan seorang perempuan, maka si lelaki berdiri di sebelah kanan imam seperti di atas dan wanita pula di belakang makmum lelaki itu.

Bagi makmum masbuq yang sempat bersolat pada akhir perbuatan dalam solat bagi imam, maka itu dianggap permulaan solatnya. Dia perlu menyesuaikan amalannya dengan amalan imam itu dan hendaklah meneruskan secara sendirian apabila imam selesai.

Dalam solat Subuh, makmum masbuq hendaklah membaca doa qunut sekali lagi sekalipun sudah mengikut imam membacanya pada rakaat sebelum itu. Jika mendapati imam sudah berdiri, maka jangan memulakan solat dengan membaca doa Iftitah sebaliknya terus membaca al-Fatihah.

Sekiranya imam rukuk pada hal dia belum selesai membaca al-Fatihah, tetapi mengagak mampu menyusul imam ketika iktidalnya dari rukuk selepas itu, maka lebih baik bacaan al-Fatihah diselesaikan saja. Tetapi, sekiranya tidak dapat menyusul imam, maka baiklah mengikut amalan imam dan terus rukuk.

Jadi, sekalipun hanya sempat membaca sebahagian saja al-Fatihah, gugur kewajipan membaca keseluruhannya kerana kemasbuqan makmum berkenaan. Seterusnya, apabila makmum datang ketika imam dalam keadaan sujud atau bertasyahhud, maka dia hendaklah terus bertakbiratul ihram lalu duduk.

Jangan cuba lakukan dan dijadikan amalan

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan diamalkan sifat amarah

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar² serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.. "janganlah engkau marah'... sebanyak tiga kali. jelaslah di sini... menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....
Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..

Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.

Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)

matahari,matahati,mata

salam diucapkan..
sekembalinya ke laman blog yang sungguh kotor ini adalah untuk memberikan sedikit posting berkenaan diri ini yg tersangat hina..terlalu banyak masalah yang aku hadapi dalam masa seminggu ini...dengan tugasan semester akhir yang menjadi semakin rumit dan juga pertambahan assignment membuatkan aku terasa macam nk giler..but aku cuba untuk mempertahankan diri ini supaya mampu untuk berdiri dengan baik...

keadaan cuaca di sungai petani,kedah yang tersangat panas membuatkan aku menjadi semakin tidak keruan dngan keadaan sebegini..bukan tidak suka dengan keadaan panas,mmg kita kene bersyukur dengan kepanasan yang diterima kerana kepanasan didunia ini tidak sama dengan kepanasan di akhirat..tp aku tidak dapat menahan kepanasan ini kerana antibodi yang lemah dan juga pengurangan air dalam badan dek kerana kepanasan tersebut..tetapi aku tidak merungut dengan melampau walau aku akui ada juga aku merungut dengan kepanasan ini,dah nama pun manusia,,msti ar ada yg tidak puas dengan apa yg ada..kita bukan maksum..yg tidak berbuat siklap..

pergerakan kerja2 grafik aku yang terlalu slow..membuatkan aku ketinggalan dihadapan rakan2 aku yang sudah jauh kedepan,syahmi dengan stressnya yang sudah sampai ketahap yang membuatkan aku cemburu dnganya..izzat n farhat juga sedang mendahului aku didepan walaupun tidak berapa jauh..tp still ketinggalan..tidak lupa juga kepada lin,anna,atin,sara n yanie yang juga sudah boleh dikategorikan hampir sampai ke tahap kepuasan melampau...

tetapi aku tidak merasa terlalu cuak dengan keadaan ini kerana aku telah berikrar dlm hati untuk cuba mengejar mereka2 ini dengan seberapa pantas..dan aku sedari yang aku bukan seorang pelajar yang sngt bagus...hanya ditahap yg boleh dibanggakan oleh monyet2 di hutan amazon..begitulah perumpaann kepada diri aku ini..
mmg diakui aku sngt pemalas...terlalu malas untuk melakukan tugasan2 yg diberikan..tidak buat dngn baik apa yng ada didepan mata..kemalasan yang terlampau ni lah yang menyebabkan aku ketinggalan agak jauh dan jauh dan jauh dan jauh..

woke up la hafeez..mu tu dah tua..nk belajar mcm ni baik tk payah ar..buang beras je...tkde makna mu blajar kalu tk perform betul2..rugi dan sia2 je duk kat sini hampir 3tahun...ni da sem last..cuba ar mu berubah untuk kepentingan mu sendiri...bila lagi mu nok bangga dengan kerja2 mu sendiri...kalu bukan skrang..jgn mimpi ar nk masuk degree kalu mcm ni punya perangai..dan sememangnya aku tidak mau masuk degree lagi kerana mau memberi peluang kepada adik2 aku untuk belajar...aku nk kerja dulu bila da habis belajr nnti..bila da rasa nk belajar baru aku smbung..

sesi mencatat dairi online ini sudah smpai ke penghujung..
esok2 bila ada bnda baru..baru aku postkan..
ok adios..salam..

Melawan Hawa Nafsu

03 Februari 2010
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal" Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.

Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi. "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal". Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.

Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.

Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri? Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.

Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya... berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.

Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal". Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.

Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan?

Perihal Mengenai Sahabat

Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.


CARA-Cara memilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Amalan baik didunia,selamat diakhirat

01 Februari 2010
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad Bersabda "Sesungguhnya aku mengalami mimpi menakjubkan pada malam sebelum aku diisraqkan.

"Aku melihat seorang umatku didatangi malaikat maut dengan keadaan menggerunkan untuk mengambil nyawanya, tapi perbuatan malaikat itu terhalang oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada ibu bapa."

"Aku melihat seorang umatku disediakan azab kubur menyeksakan, tetapi dia diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna."

"Aku melihat seorang umatku dikerumuni syaitan dan iblis laknatullah, tetapi dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah."

"Aku melihat umatku diseret dengan rantai diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan di dubur oleh malaikat ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk melepaskannya daripada seksaan itu."

"Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, tetapi dihalang meminumnya, ketika itu datang pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah memberi minum hingga dia puas."

"Aku melihat umatku cuba mendekati sekumpulan nabi yang duduk, setiap kali dia datang dia diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil memimpinnya ke kumpulanku, seterusnya duduk disebelahku."

"Aku melihat seorang umatku di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah lalu mengeluarkannya dari kegelapan ke tempat yang terang benderang."

"Aku melihat seorang umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturahim dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka supaya menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya."

"Aku melihat seorang umatku menepis-nepis percikkan api kemukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kepada Allah lalu menghalang muka dan kepalanya daripada bahaya api berkenaan."

kata2 berapi

''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''

''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini''

''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''

''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain''

''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah''

''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"

''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci''

''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''

''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu''

''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya

''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain''

Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa''

'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah''

''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik''

''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''

''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'.

''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''

''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah''

''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''

''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita''

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''

''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''

''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu"

"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"

"Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal"

"Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

"Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"

"Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita"

"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

"Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna"

"Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga"