Without You

27 Julai 2010
Sami Yusof - Without You

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do

Without You
Without You
Without You

Perkara-perkara yang membatalkan keislaman

26 Julai 2010

Jabatan Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang
diketuai oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ BIN BAZ dalam risalahnya kepada jemaah haji telah memberi amaran tentang
perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:

Ketahuilah wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan Islam dan yang paling banyak berlaku ialah sepuluh perkara, maka jauhilah daripadanya. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim." (Surah Al Maidah: Ayat 72)

Dan di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta
pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan menyembelih qurban kerana mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya dengan
Allah s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta bertawakkal kepada perantaraan itu. Yang melakukan hal tersebut menurut Ijma' (sepakat) Ulama' adalah kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan kekafiran mereka, atau membenarkan faham (ideologi) mereka, dengan demikian dia telah kafir.

4. Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain daripada
Nabi s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang lain daripada Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan hukum thoghut (orang yang melampaui batas Allah s.w.t.) lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w. maka dia menjadi kafir, contohnya ialah:

i. Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dicipta oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam, atau nidzam Islam itu tidak sesuai dipraktikkan di abad ke 20 ini. Atau menganggap Islam menjadi sebab kemunduran kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di sekitar hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan dalam urusan kehidupan yang lain.

ii. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah s.w.t. dalam memotong tangan pencuri ataupun merejam orang yang berzina (yang telah kahwin) tidak sesuai lagi di zaman kini.

iii. Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum yang
lain daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat, atau hukum hudud atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad bahawa hukum-hukum tersebut lebih baik daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikiah dia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut Ijma' (sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang diketahui umum akan haramnya seperti zina, arak, riba' dan berhukum dengan yang lain daripada syari'at Allah s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma' Muslimin.

5. Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)

6. Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada ajaran Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan siksaNya maka dia menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kamu telah menjadi kafir setelah beriman." (Surah At Taubah: Ayat 65-66)

7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan
seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu pengasih yakni menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau redha dengannya maka dia menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Sedangkan kedua-dua Malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada
seseorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu", sebab itu maka janganlah kamu kafir." (Surah Al Bagarah: Ayat 102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrikin untuk menentang
orang-orang Islam, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka dia termasuk dalam golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: Ayat 51)

9. Sesiapa yang beri'tiqad sebahagian manusia dibolehkan tidak
mengikut akan syariat Nabi Muhammad s.a.w. maka menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Barangsiapa menghendaki selain Islam sebagai agama (ad deen) maka
tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran: Ayat 85)

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah s.w.t. atau
daripada perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada sahnya Islam tanpa mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Tiadakah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling
daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa." (Surah As Sajdah: Ayat 22)

"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan
kepada mereka." (Surah Al Mukminun: Ayat 71)

Tidak ada beza dalam perkara yang membatalkan Islam ini dari segi
hukumnya di antara bermain-main dan bersungguh-sungguh, sengaja
melanggar atau kerana takut kecuali kerana dipaksa:

Kami memohon perlindungan dari Allah dari perkara-perkara mewajibkan kemurkaanNya dan kepedihan azabNya.

Mereka yang cerdik

Mereka yang cerdik bukanlah mereka yang pandai melepaskan diri dari ditangkap selepas melakukan sesuatu jenayah, bukan juga mereka yang berjaya mendapat 'A' di dalam semua mata pelajaran di dalam sesuatu peperiksaan, bukan juga mereka yang mampu mencipta virus baru yang berjaya merosakkan sistem komputer di seluruh dunia, bukan juga pakar-pakar yang memiliki ijazah kedoktoran di dalam bidang sains tetapi meragui kewujudan Tuhan Pencipta alam dan bukan juga mereka yang berjaya menjadi jutawan serta memiliki seribu satu kesenangan dan kemudahan di muka bumi ini. Sebaliknya
mereka yang cerdik ialah mereka yang sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi akhirat. Nabi s.a.w. telah bersabda:

"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih." (Tarmuzi)

Taqwa

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa." - Surah Al Baqarah: 183

Erti Taqwa secara mudah ialah " menjunjung dan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan Allah."

Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung perintah Allah dengan ikhlas.

"Katakanlah : "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." Surah az-Zumar: ayat 10

Jika manusia itu bertaqwa, kebaikan dan faedahnya adalah untuk manusia itu sendiri.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." - Surah At-Talaq: 2-3 (Masyhur dengan panggilan ayat seribu dinar).

Moga ada manfaat.

9 jenis anak syaitan

17 Julai 2010
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

6 perkara yang dipandang asing

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat", iaitu :

Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

5 jenis racun dan penawarnya

1. Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Ilmu tinggi akhlak rendah

Omar al-Kattab r.a. berkara: Jangan kamu pelajari ilmu untuk
tiga perkara:

1- untuk bertengkar.

2- untuk menyombongkan diri dan

3- untuk menunjuk-nunjuk.


............... (Dari Ihya Ulumuddin bab 'Bahaya Lidah' 4:303)

Ahli Syurga yang rendah kedudukannya

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya: Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman:

Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya.

Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya.

Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa yang melafazkan dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya.

Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 278

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

(Al-Isra':12)

20 Musuh Iblis

Pada suatu hari,Rasulullah SAW bertemu dgn iblis lalu baginda bertanya kpdnya, "Siapakah org yg paling engkau benci?" Jawab iblis, "Aku benci kpd 20 jenis umatmu".

Engkau sendiri wahai Muhammad
Org yg beramal dgn ilmu
Org yg mengamalkan isi ajaran al-Quran
Org yg melaungkan azan utk solat fardu
Org yg mengasihi org miskin dan anak yatim
Org yg penyayang
Org yg tunduk pada kebenaran
Org muda yg taat kpd Allah SWT
Org yg menjaga makanannya(makanan halal)
Org muda yg saling berkasih sayang kerana Allah SWT
Org yg solat berjemaah
Org yg solat Tahajjud
Org yg menjaga dirinya drpd perkara haram
Org yg menasihati saudaranya dgn ikhlas
Org yg sentiasa mengekalkan wudhuknya
Org yg murah hati
Org yg berakhlak mulia
Org yg yakin dgn jaminan rezeki drpd Allah SWT
Org yg berbuat baik terhadap janda(menjaga kebaikan mereka)
Org yg bersedia utk mati


Kesimpulan:Maka sesiapa di antara kamu yg menjadi musuh kpd iblis,maka bersabar dgn segala gangguan jahat tetapi berbahagialah kamu menjadi umat Muhammad SAW di akhirat nanti kerana Nabi SAW juga menjadi musuh iblis.Jika sesiapa diantara kamu menjadi sahabat kpd blis,maka berbahagialah kamu di dunia,sengsaralah di akhirat dan kamu bukan dari umat Muhammad SAW.

Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.


Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
Rasullullah s.a.w. bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU PERKATAAN"

~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana
Allah SWT~

7 Ayat Penting

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan
selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Hukum menggumpul 2 waktu solat

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas,
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)



SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;


2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan


3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.



CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.

Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya

Rahsiakan Dosa

Rasulullah SAW pernah menyatakan, setiap dosa kecil dilakukan seseorang akan terhapus apabila dia melakukan solat fardu dan solat Jumaat, berzikir, beristighfar atau amalan lain yang diredai serta diberkati.

Ini sebagaimana sabda baginda: “Akan gugur setiap dosa kecil yang dilakukan umat Islam seperti daun berguguran apabila dia melakukan solat fardu dan amalan lain yang diredai Allah SWT.”

Secara dasarnya, sebagai dipersetujui ulama, ‘iman’ dalam diri setiap individu itu boleh menaik atau menurun berdasarkan apa yang pernah dilakukannya.

Dosa kecil yang kita anggap boleh dihapus dengan amalan berkenaan sebenarnya mampu ‘bercambah’ dengan mudah tanpa kawalan melebihi amalan baik yang pernah dilakukan.

Jadi, persoalannya, bilakah pula setiap dosa kecil itu bercambah melebihi amalan yang kita lakukan?

Hal ini dapat dilihat paling mudah apabila seseorang memperlihat serta mendedahkan perbuatan buruknya secara tidak disedari dengan cara bercerita atau memberi ulasan mengenai perkara tertentu.

Paling mudah, menerusi laman sosial paling popular masa kini iaitu Facebook dengan meletak atau memuat-turun pelbagai bentuk filem yang diminati, drama televisyen yang disukai, muzik yang dikagumi atau sebagainya.

Pernahkah anda selidiki penulisan atau aplikasi berbentuk muzik atau paparan visual itu mempunyai unsur negatif, yakni yang salah dan bertentangan dengan norma agama Islam.

Mungkin ramai tertanya, namun perlu anda tahu jika paparan video, muzik atau pendapat serta komen yang dikongsi bersama rakan itu mempunyai unsur ‘mungkar’ seperti pendedahan aurat serta penghinaan, ia sebenarnya sama seperti tindakan kita mempromosikannya.

Dosa kecil ini mampu berganda apabila ada individu lain membacanya, berkongsi minat mengenainya, malah dengan memberi komen negatif mengenai sesuatu perkara yang jelas seperti menghina orang lain.

Antara dosa kecil yang paling tidak kita sedari adalah apabila ada antara kita mendedahkan dosanya menerusi gambar peribadi sebagai contoh gambar yang mendedahkan aurat, ketika menghadiri parti maksiat, berpelukan dengan bukan muhrim atau gambar yang bersentuhan dengan bukan mahram.

Pertama kali anda melakukan perkara itu, satu calitan dosa terpalit untuk diri anda dan satu lagi calitan dosa apabila anda memuat turun dan berkongsi gambar yang mendedahkan keburukan anda itu dengan orang lain dan seterusnya.

Dosa kecil ini bercambah apabila ada individu lain melihatnya yakni individu yang berkongsi itu tergolong dalam kategori ‘Penyebar Dosa’. Mengapa pula menjadi sedemikian?

Hal ini jelas dalam ingatan Rasulullah SAW yang menyatakan: “Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata, Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini... maka terhapus tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (Rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Sembunyikan dan taubat

Justeru, jadikan dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai muzik berunsur hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan secara tersembunyi itu hanya diketahui oleh anda dan Allah SWT saja supaya beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut.

Ini kerana apabila seseorang berkongsi perbuatan dosanya, ia sama seperti dia berbangga hal berkenaan, sekali gus boleh menimbulkan perasaan riak.

Justeru, jalan terbaik atas apa juga bentuk dosa yang pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN.

Ia bukan hipokrit, tetapi dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya dan usahakan bertaubat.

Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini si pelaku dosa hanya menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik.

Ini jelas sebagaimana dinyatakan dalam hadis Al-Hakim dalam sabda Rasulullah SAW: “Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang dilarang oleh Allah, sesiapa yang melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla.”

Allah SWT itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan.

Dalam sebuah lagi hadis sahih, disebutkan Rasulullah SAW bersabda: “(Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata, Adakah kamu tahu dosa kamu ini. Adakah kamu sedar dosa ini. Lalu jawab lelaki itu, Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), maka Allah berkata, Aku menutupinya di dunia dulu (daripada pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya.”

Jelas hadis di atas menyatakan dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni.

Bagi mereka yang lebih dulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah SWT serta pengampunannya.


Kesimpulan

Segera padam paparan minat dan pembabitan terhadap apa juga aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredaan Allah.

Walau sebanyak, sedalam manapun minat serta sejauh manapun pembabitan anda, sembunyikan ia... bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi supaya anda tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan forum sosial harian yang anda lawati supaya tidak tersalah, sekali gus menggandakan lagi dosa anda.

Tamak

07 Julai 2010

Orang tamak selalu rugi,peribahasa ini ada benarnya. Itulah apa yang berlaku apabila hati dihuni sifat tamak. Dunia dikejar separuh mati hingga akhirat berciciran

Tamak bermula apabila lahir kemahuan tanpa had. Orang yang tidak berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit biasanya tidak akan berpuas hati walaupun banyak.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Jika anak Adam memiliki satu lembah emas,pasti dia akan mencari agar menjadi dua lembah. Dan tidak ada yang akan menutup mulut melainkan tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat al-Bukhari no.6075)

Daripada Hakim bin Hizam r.a, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “sesiapa yang mengambilnya (harta) itu dengan jiwa serakah, maka tiadalah barakah Allah dalam harta tadi. Ia umpama seorang yang makan, namun tidak pernah kenyang.”(Muttafaq ‘alaih)


Usir Tamak

1.Arahkan sifat tamak anda kepada “tamak yang positif” seperti tamak mengejar pahala. Contohnya adalah berebut solat berjemaah berbanding solat berseorangan (27 kali ganda)

2.Cari penawar bagi sifat tamak anda. Contohnya , ingatlah selalu bahawa segala yang dimiliki samada harta, kesihatan , kecantikan adalah milik Allah S.W.T dan bersifat fana (tidak kekal)

3.Latih diri bersyukur

4.Elaklah mencari kemewahan dunia hingga melalaikan tuntutan Allah

5.Jadikan dunia sebagai jambatan hidup bahagia di akhirat kelak.


Pandanglah dengan mata hati bahawa kekayaan yang sebenar bukan pada hati malah kekayaan yang hakiki ialah kaya jiwa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Qanaah

Qanaah menurut definisi kamus dewan ialah sikap berpada-pada,iaitu berpuas hati dengan apa yang ada. Dengan erti kata lain,qanaah beerti redha dengan pemberian Allah berupa rezeki dan tidak meminta lebih daripada yang telah diberikan.

Rasulullah S.A.W ialah manusia yang paling tebal sifat qanaah dalam jiwanya.Baginda bersabda yang bermaksud; “Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya.” (riwayat al-Tirmizi no.2377)

Ciri-ciri Qanaah
1.Selalu mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” atas setiap nikmat dan musibah.
2.Jarang merungut
3.Redha dengan segala ketentuan
4.Sentiasa berfikiran positif
5.Tidak berputus asa
6.Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit
7.Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal

Bagaimana Membina Qanaah?
1.Memahami konsep qada’ dan qadar Allah S.W.T
2.Beriman bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, bahkan kitalah sebagai hamba yang menganiayai diri sendiri.
3.Sematkan syukur,pasti qanaah akan menyusul kemudian
4.Selalu berdoa kepada Allah S.W.T
5.Hitung nikmat yang Allah kurniakan
6.Berfikir tentang makhluk Allah yang telah disediakan sebagai taskhir (kegunaan) kepada manusia

Qanaah lahir daripada beberapa set sifat mahmudah. Alangkah indahnya wajah seorang Muslim yang selalu tersenyum tanpa keluh kesah. Itulah Qanaah, antara rahsia hidup bahagia

nasihat dan pengajaran

1.Apabila seseorang bertanya anda soalan yang anda tidak ingin menjawapnya,senyumlah dan ajukan kepadanya soalan “ mengapa anda mahu jawapannya”

2.Ingatlah selalu,jalan menuju kejayaan yang besar mengandungi bahaya yang juga besar

3.Hormatilah 3 perkara:hormati diri anda,hormati orang lain dan hormatilah tindak tanduk anda serta bertanggungjawab diatas semua tindak tanduk anda itu

4.Apabila anda menyedari anda telah melakukan kesilapan,perbetulkan segera kesilapan itu.

5.Senyumlah ketika anda menjawap telefon,pemanggil akan tahu anda sedang tersenyum melalui nada suara anda

6.Sebelum membuat keputusan meminjam wang dari sahabat anda,anda mesti putuskan yang manakah yang lebih anda perlukan,sahabat anda atau wang itu?

7.Ketika anda melakukan sesuatu yang betul,tiada seorang pun mengingatinya.tetapi bila anda membuat silap,tiada seorang pun yang melupakannya

8.Ingatlah selalu bahawa anda seorang cendiakawan sama seperti orang lain

9.Setiap hari mesti ada orang yang bahagia,tetapi mungkin hari ini bukan hari anda,begitu juga esok,mungkin juga bukan milik anda

10.Manusia melihat,perkara yang paling bernilai ialah seseorang itu menjadi cendiakawan. Tetapi ,mereka tidak tahu betapa sukarnya seorang cendiakawan hidup dikalangan orang-orang yang bodoh

11.Beritahu kawan2 anda bahawa terdapat 300 bilion bintang di langit,nescaya dia akan mempercayainya.beritahu pula bahawa dinding berhampiran dengannya baru sahaja dicat,anda akan melihat dia akan menyentuh-nyentuh dinding itu mahukan kepastian.


Seni memilih sahabat

Salah seorang Failasof berkata “andai engkau berkawan,berkawanlah dengan orang2 yang baik,sesungguhnya orang2 yang jahat itu umpama batu tidak memancarkan air.Bak pohon yang daunnya tidak menghijau.bagaikan tanah yang tidak menumbuhkan benih”.

Failasof terus menitipkan kata-kata hikmah ,” janganlah kiranya engkau berkawan dengan lima jenis manusia dan janganlah pula engkau menjadikannya saudara:
Orang yang fasik,kerana dia sanggup memukul hanya disebabkan sesuap makanan
Orang yang bakhil,kerana dia akan membiarkanmu,tidak menghulurkan hartanya kepada kamu meskipun engkau sangat memerlukan bantuannya

Pembohong, kerana dia bagaikan fatamorgana,dia menjauhkan daripada kamu orang yang dekat dengan kamu (sahabat) dan mendekatkan kepada kamu orang yang jauh daripada kamu (musuh)

Orang yang tolol, kerana dia akan cuba melakukan sesuatu yang bermanfaat bagimu tetapi memudharatkan kamu

Orang yang memutuskan silaturrahim,sesungguhnya dia dilaknat dalam kitab Allah

10 tabiat buruk yang merosakkan otak

Untuk membentuk modal insane yang baik,kita mestilah menjauhi 10 perkara yang mampu untuk merosakkan otak.seperti yang kita tahu bahawa otak adalah penggerak kepada segala anggota badan kita jika ia rosak,maka akan rosaklah anggota badan dalam erti kata lain akan menggurangkan atau membataskan apa yang kita mahu lakukan.Antara perkara2 yang mampu merosakkan hati adalah:

1.Tidak bersarapan: peratusan gula dalam darah orang yang tidak bersarapan akan menurun.ini menyebabkan makanan yang mencukupi tidak sampai kepada sel-sel otak.keadaan ini akan menyebabkan sel-sel tersebut rosak.

2.Makan berlebihan: makan berlebihan menyebabkan pembuluh darah di bahagian otak akan mengeras.ini akan menyebabkan kekurangan daya fikir

3.Merokok: merokok menyebabkan sel-sel otak mengecut dan mungkin akan menyebabkan datangnya penyakit.

4.Mengambil makanan manis: banyak mengambil makanan manis akan menghalang otak menyerap protein dan makanan.ini akan menyebabkan otak menerima pemakanan yang tidak sempurna

5.Pencemaran udara: otak merupakan anggota badan yang paling banyak menggunakan oksigen.menghirup udara yang tercemar akan mengurangkan bekalan oksigen kepada otak.ini akan mengurangkan keupayaan otak

6.Sukar tidur malam: tidur pada malam hari merupakan proses untuk merehatkan anggota badan yang telah penat berkerja pada siang hari,kerap berjaga malam akan menyebabkan sel-sel otak akan rosak dalam kadar masa yang cepat

7.Menutup kepala waktu tidur: tidur sambil menutup kepala menambahkan pemusatan asid karbon dan mengurangkan pemusatan oksigen.ini memberikan kesan buruk ke atas otak.

8.Melakukan kerja ketika sakit samada kerja berat atau belajar akan mengurangkan keaktifan otak.ia juga memberikan kesan negative ke atas otak.

9.Kurang berfikir,berfikir merupakan latihan terbaik bagi melatih otak,ia akan menyebabkan sel-sel otak mengecut ataupun musnah

10.Kurang bercakap dengan orang lain akan membuatkan otak kita kurang berkembang kerana berbual dan berdialog akan membantu menaikkan tahap keaktifan otak